Rate

BAB 257

Romance Series 197165

"Jom lunch Arissya!" Ajak Airel Azumi yang sudah menapak masuk ke bilik ofis Tengku Arissya.

"Awalnya you datang, I tak settle lagi kerja ni.."

Airel Azumi senyum, "It's okay I tunggu sini.."

"Tak apa ke?"

"Tak apa aje.. I tunggu sini," balas Airel Azumi yang sudah melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan Tengku Arissya.

"Okay, thank's..."

Tengku Arissya meneruskan kerjanya kembali, dia nampak serius menyiapkan kerjanya. Airel Azumi dari tadi melihat wajah cantik itu sedang gigih bekerja. Sungguh, dia sudah tertawan dengan gadis itu.

Dia pernah diberitahu oleh papanya, yang Tengku Arissya pernah berkahwin. Tapi dia tidak tahu siapa bekas suami kepada Tengku Arissya.. papanya juga sudah lupa tentang itu.

Dia pun tak banyak bertanya papanya, tapi yang dia tahu dia sudah jatuh cinta pada Tengku Arissya. Mungkin dia perlu menawan hati itu lebih gigih lagi, mendekatinya dengan lebih serius.. biar gadis itu selesa dengannya. Apabila keselesaan dan keserasian itu terwujud, maka dia akan meluahkan rasa cintanya pada Tengku Arissya. Dia yakin Tengku Arissya takkan menolak. Tengku Arissya pasti akan menjadi miliknya.

Lama Airel Azumi memandang seraut wajah cantik itu, Tengku Arissya yang mula perasan dia diperhatikan segera memandang ke arah Airel Azumi.

"Rel?"

"Hello, Rel!" Ucap Tengku Arissya. Sedikit tinggi nada suaranya.

"Errr..owh why?"

"You pandang I macam tu kenapa?"

"Eerr... rrr.. tak... tak adalah. I tengah mengelamun tadi.."

"Owh yeke? Sorrylah I tanya macam tu.." balas Tengku Arissya. Airel Azumi diam saja dia tidak mahu menyatakan apa-apa. Sebenarnya memang dia mencuri pandang gadis itu.

'Pandai dia tipu. Mengelamun tak mungkin! Dia ingat aku ni apa.. hmmm lelaki semua sama!' Desis hati Tengku Arissya yang sudah muak dengan ragam lelaki.

Sepanjang dia menguruskan syarikat di Melaka, dia jumpa dengan macam-macam perangai klien lelaki. Semuanya miang keladi. Suka mengambil kesempatan, nasib baik dia pandai handle.

"Jomlah kita lunch. I dah settlekan kerja untuk yang pagi tadi.."

"Okay jom, hari ni I akan belanja you.."

"Eh, kenapa pula? I boleh aje bayar makanan yang I makan. Makanan you pun I mampu bayar..."

Airel Azumi tersengih, "I tahu you mampu tapi apa salahnya I belanja you.."

"Alah tak apalah, apa kata hari ni I belanja you.."

"Really?"

"Yup, so jom you pilih nak pergi makan kat tempat mana.."

"Alright, I nak makan tom yam thai..boleh?"

"Tentulah boleh. Jom!"

Sampai saja di restoran masakan thailand itu, keduanya menikmati makan tengah hari bersama. Banyak yang dibualkan, soal perniagaan sehinggalah akhirnya Airel Azumi bertanyakan perihal peribadi Tengku Arissya.

"Arissya you memang duduk sorang aje ke dengan bibik? Kenapa tak duduk dengan family you?"

Pertanyaan itu membuatkan Tengku Arissya mengangkat wajahnya memandang lelaki itu.

"Owh.. pasal tu, sebenarnya I tak nak ulang alik dari Kuala Lumpur ke Melaka. So, I rasa better tinggal sini ajelah. Dekat dengan tempat kerja. Tak adalah I tergesa-gesa nak balik kerja sampai malam pun.."

"Owh patutlah. Papa you okay ke you tinggal sini?"

"Papa I tak pernah halang pun. Why?"

"Tak adalah saja tanya. Yelah, walaupun papa I dengan papa you best friend, tapi I masih tak kenal you secara lebih dekat.."

"Kenapa sampai nak kenal lebih dekat?"

"Why not kan Arissya. Dulu I bukan tak pernah kenal you, I kenal tapi tak secara dekat. So, sekarang kita kan handle projek bersama. Tulah sebab I nak kenal you dengan lebih dekat agar wujud keserasian.."

"Keserasian yang macam mana?"

"I nak you lebih selesa dengan I berkongsi apa-apa pun masalah yang you hadapi.."

Kata-kata Airel Azumi membuatkan Tengku Arissya tersengih.

"Rel I bukan budak kecil lagi. I ni dah besar. Dah tahu handle masalah yang datang. So, you tak payah risaulah..."

"Tapi I cuma..."

"Dah lewat ni, I ada banyak kerja lagi nak buat. Jomlah," balas Tengku Arissya yang sudah bingkas bangun. Dia tidak mahu membahaskan soal itu.

'Hisyh kenapa perempuan ni rumit sangat hah! Susah betul nak bercakap dengan dia...' desis hati Airel Azumi.

"Ya Allah, Fiya! Letak sekarang pasu tu. Sini Kief tolong. Kenapa sampai angkat pasu berat macam ni sorang-sorang?" Soal Shakief yang baru pulang dari urusan kerjanya.

"Bukannya berat pun pasu bunga ni.."

"Tak berat apa sayang, pasu ni besar kut.." ucap Kief memanggil bakal isterinya 'sayang'. Merona merah wajah Dafiya.

"Lepas ni kalau nak angkat pasu bunga ke apa, bagitahu Kief. Kief tolong. Kita buat sama-sama.."

"Tapi Kief bukannya selalu ada kat sini, jarang ada. Ni datang mesti nak jumpa Papa Mus kan?"

Shakief senyum memandang seraut wajah itu.

"Taklah, kali ni nak jumpa cinta hati Kief. Sebab dah rindu sangat. Tu singgah kejap," ucap Shakief. Dafiya tunduk senyum. Dia segan. Apalagi lelaki itu sedang merenungnya.

"Eh, Kief!" Panggil Puan Ros.

Sharkief berpaling ke belakang apabila dia di sapa.

"Bila sampai ni?" Soal Puan Ros ramah.

"Umi Kief baru je sampai. Umi sihat?"

"Alhamdulillah, eh jomlah masuk. Umi buatkan air. Boleh sembang.."

"Ha'ah jomlah," tokok Dafiya. Sharkief mengangguk perlahan sambil tersenyum. Dia sudah mampu membeli sebuah rumah banglo, di situlah dia tinggal sekarang. Kalau dia nak terus tinggal di rumah Datuk Mustaqim tak manis rasanya. Ada Dafiya di situ. Dia perlu menjaga batas.

Tinggal kahwin saja, dia akan bawa Dafiya dan Puan Ros tinggal bersamanya. Dia tidak sabar mahu menantikan saat indah itu. Hidup bersama perempuan yang dia cintai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience