Rate

BAB 134

Romance Series 197165

Tengku Arissya masih berada dalam bilik mandi, telefonnya yang sedang berbunyi bising diluar dibiarkan saja.

Beberapa minit kemudian, Tengku Arissya keluar dari bilik mandi. Dia masih mengenakan tuala di kepalanya, mengesat rambutnya yang basah. Rambutnya separas pinggangnya, memang nampak sangat seksi.

Dia menuju ke almari bajunya, mengambil baju tidur satinnya yang cantik. Kemudian kembali ke meja soleknya, menampalkan sedikit bedak di pipi dan spray perfume di baju tidurnya. Telekungnya dicapai, dia segera menunaikan solat maghrib. Pada hujung solatnya dia berdoa untuk kesejahteraan keluarganya dan tidak lupa dalam doanya, dia menyebut satu nama. Satu nama lelaki yang pernah hidup bersamanya, Tengku Harith Zaqwan.

Selesai semuanya Tengku Arissya menuju ke katilnya. Sempat dia mencapai handphonenya sebelum baring meniarap dan melihat siapa si pemanggil yang menelefonnya semasa dia sedang mandi tadi.

"Laa.. Faq rupanya call!" Ucap Tengku Arissya perlahan. Segera nombor itu di dial semula.

"Assalamualaikum, Faq! Sorry tak jawab you call tadi. I solat maghrib," ucap Tengku Arissya, lebih baik dia memberitahu sedang solat daripada dia bagitahu sedang mandi. Lelaki kadang pemikiran mereka seringkali menjurus ke arah lain.

"Wa'alaikumussalam, Arissya. It's okay. I cuma nak minta maaf pasal tadi. Sorry tak dapat datang jumpa you," balas Faqrul yang merupakan kawan baiknya yang bekerjaya sebagai seorang pensyarah.

"Alah tak apalah Faq I faham you ada hal,"

"Sebenarnya tadi mak I sakit. Adik I call dari kampung,"

"Ya Allah yeke? Habis tu macam mana keadaan mak you?"

"Alhamdulillah, dah stabil. Dia kena serangan jantung," balas Faqrul.

"Allahu.. teruk ke? Kat hospital sana ya? So, you kat kampunglah ni?" Soal Tengku Arissya agak terkejut menerima perkhabaran itu. Dia kenal mak Faqrul, Puan Ros..."

"Agak teruk juga, Arissya. I pun risau tadi, tapi dah rasa lega bila mak I stabil. Sekarang ni memang I ada kat kampung. Mak I kena tahan kat wad seminggu. Doktor masih memantau keadaannya," jelas Faqrul.

"Owh.. I see.."

"I doakan semoga mak you cepat sembuh. Insya-Allah, mak you akan okay. You jangan risau ya," sambung Tengku Arissya memberi kata-kata semangat.

"Thanks Arissya. Youlah best friend I, bila dengar you bagi spirit kat I.. lega terus hati I ni," balas Faqrul membuatkan Tengku Arissya tersenyum.

"You kan best friend I juga, Faq.." balas Tengku Arissya.

"Hmm.. you mesti penat kan atau mungkin ada yang nak kena uruskan kat sana. I tak nak kacau you," sambungnya lagi.

"Alright, take care Arissya!"

"Okay, you too. Bye!" Balas Tengku Arissya yang faham situasi Faqrul.

Sejurus selepas itu, kedengaran pintu bilik Tengku Arissya diketuk dari luar.

"Masuklah, pintu tu tak berkunci Elvia," jerit Tengku Arissya. Terjengul wajah Tengku Elvia, dengan muka tepung. Tak semena-mena debar di hati Tengku Arissya kencang.

"Hisyh, Elvia ni terkejutlah akak,"

Tengku Elvia tergelak, "Macam biasalah, nak awet muda kena tampal tepung pemutih,"

"Tepung pemutihlah sangat. Suka pakai kosmetik yang tampal sampai muka tu haa dah macam hantu," rungut Tengku Arissya.

Tengku Elvia tersengih, dia terus baring di atas pinggang kakaknya yang tengah meniarap.

"Kak..."

"Apa?"

"Akak tak jenguk Abang Harith ke kat rumah dia?"

"Kenapa tanya?"

"Tak adalah, sejak Abang Harith keluar dari hospital akak jarang jenguk dia. Nak kata akak busy pun tak je,"

"Mana boleh akak jenguk dia selalu,"

"Sebab?"

"Sebab pertamanya dia lelaki. So, dia tak boleh manja sangat. Sebab keduanya, Pak Karim dan Mak Cik Timah kan ada. Hud tu pun selalu juga jenguk abang sepupu dia. So, rasanya akak tak perlulah selalu ke rumah dia. Takut jadi lain pula,"

"Jadi lain macam mana?"

"Takut tertangkap basah," balas Tengku Arissya membuatkan Tengku Elvia tergelak.

"Alah kalau tertangkap basah pun apa salahnya, dapat kahwin free. Jimat duit,"

"Duit boleh cari, tapi maruah bukan ringgit nilainya," balas Tengku Arissya padu.

"Akak, Elvia nak tanya ni. Elvia harap akak boleh jawab jujur,"

"Okay, nak tanya apa?"

"Akak dengan Abang Harith memang dah tak nak together ke?"

"Aduh, sakit pinggang ni. Bangunlah, lengguh.." ucap Tengku Arissya sambil mengubah posisi duduknya. Tengku Elvia duduk bersila mengadap kakaknya.

"Jawablah soalan tadi,"

Tengku Arissya memandang ke arah adiknya, "Elvia, pertama Elvia kena tahu yang hubungan kami dah lama retak. So, lagi satu.. Harith amnesia, dia tak ingat apa-apa. Akak pun dia lupa tahu tak. Entah berapa lama keadaan dia macam tu, so buat masa sekarang akak tak nak fikir soal cinta,"

"Buat masa sekarang? So, maksud akak kalau Abang Harith dah ingat semula akak nak together ya?"

"Elvia stoplah tanya akak pasal ni. Soal ajal, jodoh, pertemuan dan perpisahan tu ketentuan Allah. Akak pun tak tahu nak jawab apa. Bagilah akak ruang untuk bertenang dan menikmati hidup ini tanpa menyoal soal masa lalu hidup akak, boleh tak?" Pinta Tengku Arissya, terasa pula sebak hati Tengku Elvia mendengar luahan kakaknya. Dia tertunduk. Kemudian memegang tangan kakaknya sambil memandang wajah polos itu.

"Akak, maaf tau.. Elvia selalu tanya soal akak dengan Abang Harith. Sepatutnya Elvia tak masuk campur, tapi disebabkan Elvia fikir kalau akak dengan Abang Harith kembali bersama, mungkin ia dapat bahagiakan akak, tapi Elvia silap,"

Tengku Arissya senyum, dia genggam tangan adiknya, "Jujur akak kata, akak memang sedih. Sangat sedih dengan jalan takdir hidup akak, tapi akak cuba fikir positif. Mungkin ini jalan hidup akak, pahit manis akak kena telan. Semua kepahitan tulah buat akak lebih faham erti hidup ini. Sebenarnya kebahagiaan tu luas, tidak semestinya seseorang yang gagal dalam cinta dia juga perlu gagal dalam hidupnya. Cinta dan kehidupan adalah dua hal yang berbeza. Kalau boleh, akak langsung tak nak fikir soal cinta lagi.."

Tengku Arissya diam seketika, dia rasa sebak. Dia tertunduk. Namun kembali bersuara setelah kekuatan dalamannya terkumpul.

"Akak balik sini dengan satu azam baru, nak mulakan hidup baru. First akak tahu Elvia tipu cakap papa sakit, akak memang sakit hati. Bila tahu pula Harith koma akak rasa hancur. Risau, sedih, geram, sakit hati, tertekan.. semua ada. Tapi akak cuba bertenang dan berdamai dengan takdir, alhamdulillah akak bersyukur bila Harith sedarkan diri, walaupun dalam keadaan yang akak memang tak sangka yang dia akan mengalami amnesia. Tapi akak tetap belajar, belajar untuk redha. Entah kali ke berapa akak pun tak tahu bagaimana akak terus genggam dihati rasa redha tu, tapi ia lebih baik kan daripada harus kehilangan Harith, lelaki yang pernah buat akak tersenyum dan bahagia,"

Sudah jatuh air mata Tengku Elvia mendengarnya. Sebak.

"Ya Allah, kenapa nangis ni?"

"Sebak. Luahan akak buat Elvia terasa sampai ke hati, dahlah suara akak tu lembut," balas Tengku Elvia.

"Alahai, dahlah jangan sedih. Jom kita turun makan malam, nak?"

"Dah kenyanglah akak,"

"Tak kira, temankan akak makan malam. Nanti kita ajak papa makan sama. Jom-jom!" Ajak Tengku Arissya menarik pergelangan tangan adiknya supaya turun dari katilnya.

"Hisy.. memaksa!" Rungut Tengku Elvia geram.

Tengku Arissya harap setelah dia meluahkan semua rasa hatinya, adiknya tidak akan menyoal lagi soal hubungannya dengan Tengku Harith Zaqwan kerana dia mahu menikmati hidup ini dengan satu nafas baru.

"Papa!"

"Papaaa... jom makan malam!" Jerit Tengku Elvia.

Datuk Mustaqim baru keluar dari biliknya.

"Wah.. papa pun pakai baju tidur satin? Sama macam Arissya," sapa Tengku Arissya.

"Nampak mudalah papa. Boleh kahwin lagi," usik Tengku Elvia.

"Ha'ah kan.. boleh tahan papa ni. Mengancam!" Ditambah lagi dengan usikan Tengku Arissya, kali ini Datuk Mustaqim tergelak besar sambil menuruni tangga ke tingkat bawah untuk makan malam. Ceria jadinya dengan tawa.

Mungkinkah esok ada kebahagiaan yang menanti? Segalanya akan terjawab pada jalan takdir yang sudah tertulis untuk Tengku Arissya dan keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience