Rate

BAB 48

Romance Series 197165

Honda Civic Type R FK8 milik Tengku Elvia laju membelah bumi pada pagi itu. Civic Type R generasi baharu itu dijana enjin 2.0 liter VTEC Turbo K20C1, dipadankan dengan hanya kotak gear manual enam-kelajuan nisbah rapat bersama short shifter dan LSD helical.

Laju sungguh Tengku Elvia drive, namun begitu hebat pemanduannya. Cekap. Tangkas. Dia perlu cepat sampai ke ofis. Jika tidak bersoal jawablah dia dengan Datuk Mustaqim. Siapa sangka dia yang ingatkan papanya, dia pula yang terlewat bangun. Makin kuat pedal minyak jenteranya ditekan. Jentera miliknya itu mampu mencapai kelajuan maksima 272 km/j. Jadi tidak ada masalah untuk dia sampai lebih awal ke ofis, walaupun mungkin akan terlewat selama 5-10 minit.

Hampir setengah jam kemudian dia sampai ke ofis, laju langkahnya ke bilik meeting. Datuk Mustaqim sudah menjerling ke arahnya, tapi dia buat tak tahu.. dia meminta maaf di atas kelewatannya kepada Tan Sri Johari.

"Sorry I'm late Tan Sri, jalan jammed!"

"It's okay Tengku Elvia. Rasanya kita dah boleh mulakan meeting sekarang," balas Tan Sri Johari. Tengku Elvia hanya tersenyum dan melabuhkan punggungnya di kerusi. Mesyuarat pun bermulalah pada pagi itu dengan jayanya.

Selesai meeting Tengku Elvia mahu mengelak dari papanya, cepat-cepat dia kemaskan fail di atas meja di bilik meeting itu.

Baru saja dia ingin melangkah keluar, namanya dipanggil, "Tengku Elvia!"

Dia berpaling ke belakang perlahan sambil tersengih memandang papanya.

"Yes, what?" Soal Tengku Elvia. Semua stafnya sudah kembali ke tempat masing-masing, kini tinggal berdua Tengku Elvia dan Datuk Mustaqim di bilik meeting.

"Kenapa boleh lewat tadi?"

"Elvia terbabas, mimpi. Mimpi ngeri semalam papa. Mimpi panjat pokok sambil makan buah rambutan, lepas tu..."

Datuk Mustaqim segera memotong kata-kata Tengku Elvia, "Okay dah-dah. Papa tahu Elvia sengaja buat cerita pasal mimpi tu.."

"Sorry papa. Elvia sebenarnya bangun lewat, tak sedar jam berdering, lagipun Elvia ABC.." balas Tengku Elvia mengakui kesilapannya dan segera meminta maaf.

"Okay, papa maafkan. Tapi satu soalan lagi papa nak tanya ni, masa datang sini Elvia memandu ke atau berlumba kereta?

"Errr.. Elvia dah lewatlah papa, ada banyak lagi kerja nak buat ni. Bye pa!" Ucap Tengku Elvia buat-buat kalut. Segera dia menapak keluar dari bilik meeting itu tergesa-gesa. Datuk Mustaqim menggelengkan kepalanya perlahan. Macam-macam ragam anaknya.

Dua orang puterinya itulah penyeri hidupnya sejak dia kehilangan isterinya. Isterinya selalu berpesan supaya dia menjaga anak-anaknya. Amanah itu digalasnya dengan baik, alhamdulillah kedua-dua anaknya menjadi orang yang berjaya dan pandai hidup berdikari. Cuma Tengku Arissya agak degil, mungkin hati itu masih terluka dengan mahligai cintanya yang pernah karam ditiup taufan. Namun doanya selalu ada buat anak-anaknya.

"Akhirnya.. aku terlepas dari soal siasat papa. Lega! So, sekarang dah boleh mula kerja. Bismillahirrahmanirahim.." Ucap Tengku Elvia mula membuka laptopnya. Fail yang ada di sebelahnya segera dibelek perlahan-lahan.

'Aduhai.. siapa pulak ni call aku, baru mood kerja nak masyhuk. Ada aje yang menganggunya..' desis hati Tengku Elvia. Tangannya pantas mencapai handbagnya untuk mengambil telefonnya. Tertera nama 'Tengku ED'

"I kat ofislah kerja.." ucap Tengku Elvia.

"Jom temankan I breakfast. Kejap aje sayang.." ajak Tengku Emir Danish yang sedang memandu keluar dari halaman rumahnya.

"Tak bolehlah Emir. I baru je masuk bilik ofis ni, baru habis meeting. Dahlah I datang ofis pun lewat tadi," balas Tengku Elvia.

"Okay I faham. Kalau time lunch kita jumpa nak?"

"Alright.."

"Okay dear, jumpa lunch nanti. Take care. Bye!" Balas Tengku Emir Danish. Nampaknya dia terpaksa breakfast sorang-soranglah pagi tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience