Rate

BAB 85

Romance Series 197165

Seminggu kemudian..

Sejak pertengkaran Darius dengan Aakif Aryanz dan Zulfiqar. Mereka tidak lagi seakrab dulu. Aakif Aryanz sudah berputus asa untuk menghalang Darius berubah. Dia dapat melihat perubahan Darius semakin serius. Wajah Darius yang selama ini kusam, tidak bercahaya.. kelihatan sudah memiliki 'nur' pada wajahnya.

Namun begitu, Aakif Aryanz tidak lagi kisah tentang semua itu. Bagi dia, keseronokan lebih di sukainya. Zulfiqar juga mempunyai anggapan yang sama. Dia rasa nikmat apabila dikelilingi oleh ramai perempuan cantik, itulah syurga dunianya.

Memang benar syurga dunia itu indah, mampu membuat sesiapa saja terpesona. Tapi ingatlah, barangsiapa yang terlalu mencintai dunia hingga melupakan akhirat, mereka akan mendapat balasan azab yang pedih. Satu hari akhirat sama dengan seribu tahun dunia.

Jika kita telah hidup selama 30 tahun di dunia, bayangkan masa di akhirat baru hanya berapa minit. Bayangkan bagaimana proses menunggu dalam lautan manusia sebelum dihisab. Kemudian perlu melalui titian sirat, berhujah pula di Qanthoroh atas kesilapan yang masih tidak selesai dengan manusia. Kemudian barulah ditentukan boleh masuk ke syurga atau tidak. Sungguh lama sebuah penantian itu. Mampukah kita bertahan melalui perjalanan yang panjang itu?

Allah mengingatkan kita bahawa hidup di dunia ini ibarat senafas sahaja melalui kalam-Nya (Surah Al-Mu’minun: 112-115, Surah As-Sajdah: 5) dan Surah Al-hajj ayat 47.

"Sesungguhnya sehari dari hari-hari azab disisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.." - (QS. Al Hajj: 47)

Sesungguhnya kita hanya tinggal di dunia sekejap sahaja. Allah telah mengingatkan jika kita benar-benar tahu hakikat ini pasti kita akan bersiap sedia dan tidak terleka dengan kehidupan dunia. Maka, ambillah dari duniamu berpada-pada. Ambil dunia dalam keadaan tidak terleka.

Ujian ke atas diri setiap orang itu berbeza-beza. Kita bukan tidak boleh menikmati apa yang telah Allah sediakan di dunia ini, tetapi kita perlu sentiasa sedar bahawa hidup kita bukan sekadar di sini.

Tengku Harith Zaqwan menemui Darius sedang solat di masjid, bukan main suka dia melihat perubahan itu.

"Alhamdulillah Darius, aku senang hati tengok kau dah berubah macam ni," ucap Tengku Harith Zaqwan.

Darius senyum, "Semua ni tunjuk ajar dari kau juga. Masih ada lagi yang perlu aku pelajari.."

"Semuanya dari Allah. Allah yang jentik hati kau untuk berubah. Allah bagi kau hidayah. Aku cuma bantu kau saja. Tak apa, kau boleh belajar lagi. Kat sini kan ada juga kelas agama.." balas Tengku Harith Zaqwan.

"Terima kasih bro. Ya, aku sedang mencari kelas agama untuk lebih mendalami ilmu agama," balas Darius benar-benar ingin berubah.

"You're welcome. Eh, aku minta diri dululah. Nak masuk kerja," ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Bro malam ni kau free tak?"

"Yup, why?"

"Kita jumpa. Aku nak bercerita pada kau something," balas Darius.

"Alright, see you tonight," balas Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan menemui Darius pada malam itu. Mereka menikmati makan malam bersama.

"Thank's belanja aku malam ni," ucap Tengku Harith Zaqwan.

"No hal bro. Kau pun banyak tolong aku," balas Darius.

"Aku tak mengharapkan apa-apa balasan pun. Aku happy tengok kau dah berubah.."

"Alhamdulillah.."

"Hmm.. Zaq aku actually nak cerita pada kau something ni," sambung Darius.

"What?"

"Aku pernah berkahwin sebelum ni..."

Kenyataan itu buat Tengku Harith Zaqwan terkedu, "Hah? Jadi kau dah kahwin? Dengan siapa?"

"Dengan perempuan kat sini. Dulu kami sama-sama study. Dia fasih berbahasa melayu. Dia yang nak kahwin dengan aku. Masa tu aku main-main dengan dia, tapi aku kahwin juga dengan dia sebab harta," cerita Darius.

"Apa nama dia?"

"Rubina Elizaberth. Dia baik, cantik tapi disebabkan sikap aku rumahtangga kami hancur. Aku dulu perangai teruk, selalu mabuk dan suka pukul dia. Tapi sekarang aku...."

Darius sebak. Dia tunduk. Tengku Harith Zaqwan faham, dia tepuk bahu kawannya itu.

"Kau pernah ada rasa sayang pada dia tak?"

"Tak tahulah, tapi hati aku pernah rindu dia," balas Darius.

"Itu bermakna kau sayang dia. Bila sayang rindu tu adalah untuk dia," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Dah bertahun kami berpisah. Aku tak tahu kat mana dia sekarang ni. Aku rasa dia sangat bencikan aku. Yelah, hampir separuh harta dia aku ambil. Kau bayangkanlah," ucap Darius membuatkan Tengku Harith Zaqwan tergamam.

"Allahu..."

"Aku malu nak berhadapan dengan dia. Nak cari dia.. tapi aku perlu cari dia balik Zaq untuk minta maaf atas segala kesalahan aku pada dia. Sebab aku baru tahu, kalau kita ada dosa dengan manusia sesama manusia.. kita kena cari dia untuk minta maaf. Aku tak tenang selagi tak jumpa Rubina," balas Darius bersungguh ingin menemui Rubina Elizaberth.

"Hmm.. dia masih beragama Islam?"

"Entahlah.."

"Kau betul-betul nak cari dia? Kau tahu dia kat mana?"

"Aku tak tahu tapi aku boleh contact kawan baik dia, untuk tahu di mana dia tinggal sekarang," balas Darius.

"Okay, kau contact kawan Rubina tu dulu. Dah dapat alamat rumah bekas isteri kau tu kita pergi cari sama-sama," balas Tengku Harith Zaqwan ingin membantu Darius.

"Really? Kau nak bantu aku cari Rubina?"

"Yup, tapi aku tak berapa kenal jalan kat Kota Paris ni. Temankan kau bolehlah.."

"Okay, no problem. Thank you Zaq, thank you so much!" Balas Darius. Jasa baik Tengku Harith Zaqwan padanya tak terbalas. Dia janji akan membalas kebaikan itu suatu hari nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience