Rate

BAB 187

Romance Series 197233

"Tapi kenapa abang terima ajakan dia tu?" Marah Tengku Elvia.

"Abang pergi bukan berdua dengan Delisha sayang, tapi dengan Datuk Rino sekali, atas urusan bisnes," balas Tengku Emir Danish.

"Abang tahu tak dia tu sengaja, sengaja nak pancing abang dekat dengan dia. Mula-mula dia ajak Datuk Rino, lepas tu dia ajak abang pula masuk hotel!"

"Elvia!" Jerkah Tengku Emir Danish.

"Abang bukan lelaki murahan sampai nak ke hotel dengan Delisha tu. Abang masih ada iman, tahu batas diri," sambungnya marah.

Tengku Elvia memberi amaran, "Ingat abang, kalau ada apa-apa yang buat Elvia tak boleh terima sesuatu keadaan tu. Abang akan kehilangan Elvia,"

Disebalik pokok itu Tengku Delisha dapat melihat pasangan itu bertengkar. Bukan main seronok dia. Mungkin itulah permulaan yang terbaik untuknya menghancurkan mahligai yang dibina pasangan itu.

Tengku Elvia memberhentikan keretanya di bahu jalan, dia menangis semahu-mahunya. Sakit betul hatinya melihat suaminya keluar makan bersama Tengku Delisha. Memanglah Datuk Rino ada sekali tapi.. dia yakin itu semua permainan Tengku Delisha untuk dekat dengan suaminya.

Tengku Elvia keluar dari keretanya. Dia menikmati pemandangan dikawasan bukit itu.. tapi tiba-tiba kepalanya terasa pening. Dia rasa mual ingin muntah.

"Eh, itu kan Tengku Elvia. Buat apa dia kat situ," ucap Tengku Harith Zaqwan kebetulan lalu dilaluan itu.

Dia segera memberhentikan keretanya di bahu jalan.

"Elvia!"

"Abang Harith, buat apa kat sini?"

"Kenapa dengan Elvia ni?" Soal Tengku Harith Zaqwan tanpa menjawab pertanyaan Tengku Elvia.

"Tak tahu kenapa Elvia rasa pening. Berpusing. Lepas tu rasa nak muntah,"

"Ya Allah.. meh abang tolong. Masuk dalam kereta ya. Tak elok duduk kat luar ni," balas Tengku Harith Zaqwan membantu Tengku Elvia supaya duduk dalam keretanya.

"Kenapa Elvia sorang-sorang ni? Bahaya. Kat sini mana ada orang, kalau jadi apa-apa macam mana.." soal Tengku Harith Zaqwan. Tengku Elvia tiba-tiba menangis.

"Maaf kalau abang salah cakap, abang cuma risaukan keadaan Elvia yang macam ni,"

"Bukan sebab Abang Harith tapi sekarang ni Elvia tengah sakit hati dengan Emir.."

"Elvia gaduh dengan Emir ke?"

"Adalah sikit salah faham pasal perempuan,"

"Perempuan mana?"

"Tengku Delisha, dari dulu dia memang suka kacau Emir,"

"Tengku Delisha?" Soal Tengku Harith Zaqwan seakan dia pernah mendengar satu nama itu daripada Sharkief.

"Owh.. hmm apa sebenarnya yang terjadi, kalau tak keberatan Elvia boleh berkongsi cerita dengan abang.."

Tengku Elvia menceritakan semuanya dari awal hingga ke akhir.

"Ya Allah..."

"Tak sangka dalam dunia ada juga perempuan yang sanggup merampas kebahagiaan orang lain," ucap Tengku Elvia.

Tengku Harith Zaqwan tersenyum mendengarnya, "Ada yang lebih dahsyat dari tu,"

"Maksud abang?"

"Ada manusia yang bukan saja sanggup merampas kebahagiaan orang lain, tapi sanggup juga membunuh orang lain demi mencapai tujuannya.."

"Allahu.. itu sifat binatang. Manusia yang bertopengkan iblis,"

"Ya betul, hmm bila dengar apa yang Elvia ceritakan. Abang cuma nak ingatkan tolong jaga suami Elvia baik-baik. Walau apapun yang berlaku, jangan pernah hilang rasa percaya pada suami sendiri.."

"Tapi.."

"Kadang-kala apa yang dilihat mata tak sama dengan apa yang sedang kita fikirkan. Ketika Elvia berada di posisi marah, bertenanglah. Jangan mudah membunuh hati seseorang dengan lidah,"

Jelas sekali Tengku Harith Zaqwan merasa sangat kecewa akibat gagal dalam perkahwinannya. Mungkin kerana itu dia menyampaikan sebuah nasihat.

"Insya-Allah, Elvia akan cuba bersabar menghadapi semua masalah ni," balas Tengku Elvia.

Tengku Emir Danish menelefon isterinya tapi tidak dijawab. Dia mula risau. Dia ke ofis isterinya tetapi isterinya juga tiada di situ. Dia rasa bersalah pula menengking kasar isterinya. Sepatutnya dia bercakap secara baik.

Tengku Emir Danish balik ke rumahnya. Dia berasa lega apabila melihat kereta isterinya ada dihalaman rumah. Segera dia masuk ke ruang tamu mencari isterinya.

Dia sudah menapak ke tingkat atas. Kelihatan sekujur tubuh itu sedang tertidur dalam selimut. Segera dia mendapatkan isterinya.

"Sayangg..." Panggil Tengku Emir Danish perlahan.

Tengku Elvia masih pejam, dia betul-betul tidak sihat. Badannya juga terasa begitu panas membahang.

"Ya Allah.. panasnya badan sayang. Sayang demam ni. Jom abang bawa pergi klinik," ucap Tengku Emir Danish risau. Segera tubuh kecil itu diangkat supaya ada dekat disisinya.

"Kenapa tak bagitahu abang yang sayang demam ni? Allahu.. kenapa pinggirkan abang sampai macam ni sekali,"

Tengku Elvia hanya diam, bibir dan hidungnya merah menyala. Demam. Dia rasa sangat penat.

"Sayangg.. jom pergi klinik. Kejap abang ambilkan tudung sayang.." ucap Tengku Emir Danish. Tudung isterinya dicapai.

"Ni sayang abang tolong pakaikan ya.."

Siap membantu memakaikan tudung kepada isterinya, segera tubuh itu diangkatnya. Tidak ada masalah untuk lelaki sado seperti Tengku Emir Danish mengangkat tubuh isterinya itu.

Sampai saja ditingkat bawah Tengku Emir Danish meletakkan isterinya di seat depan.

"Sayang sabar ya.." ucap Tengku Emir Danish sebak.

Sampai saja di klinik, segera doktor memeriksanya.

"Macam mana dengan keadaan isteri saya doktor?"

Doktor muda itu senyum, "Encik tak perlu risau. Isteri encik okay. Apapun tahniah ya.."

"Tahniah?"

"Tahniah sebab tak lama lagi encik bakal menimbang cahaya mata.."

Wajah Tengku Emir Danish berubah gembira, "Hah? Betul ke ni doktor?"

"Ya encik, tahniah ya!"

"Terima kasih doktor, saya betul-betul gembira mendengar berita ini," balas Tengku Emir Danish sambil bersalaman dengan doktor itu.

"Sayanggg.. I'm so happy, thank you bagi abang baby," ucap Tengku Emir Danish. Tengku Elvia senyum. Dia juga rasa gembira.

"Sayang okay tak ni? Ada nak makan apa-apa tak?"

"Tak ada selera nak makan abang,"

"Eh, tak boleh macam tu sayang. Makan dengan abang ya.."

"Hmm okay," balas Tengku Elvia tidak ingin menghampakan suaminya.

Selesai makan mereka berdua pulang.

"Sayang baring ya, rehat tau. Abang nak mandi kejap, lepas tu nak solat maghrib,"

"Elvia nak solat dulu abang, lepas tu baru rehat.."

"Okay abang bawa sayang ke bilik mandi"

"Abang tak apa Elvia dah okay sikit,"

"Tak boleh sayang, takut bilik mandi tu licin. Abang tolong okay,"

Selesai semuanya, Tengku Emir Danish baring di sisi isterinya. Rambut panjang isterinya dibelai sayang.

"Sayang.. abang minta maaf. Abang ada tengking sayang. Abang..."

"Tak ada apa yang perlu Elvia maafkan. Elvia yang salah,"

"Tapi abang...."

"Syhh.. dah ya, Elvia tak nak cakap pasal ni lagi. Anggapnya semuanya dah selesai abang,"

Tengku Emir Danish mengangguk faham. Tubuh kecil isterinya dipeluk sayang. Dia faham isterinya benar-benar marah. Barangkali takut kehilangannya. Tapi mana mungkin dia akan meninggalkan isterinya. Perempuan yang bernama Tengku Delisha langsung tidak bermakna untuknya.

"Bila kita nak bagitahu papa dan mama yang sayang dah pregnant ni?" Soal Tengku Emir Danish ceria.

"Terpulang pada abang,"

"Abang yakin mama tentu suka, tak lama lagi dia dapat cucu.."

"Kan.."

"Hmm.. papa sayang lagi suka kan, lepas ni meriahlah rumah dengar tawa anak-anak kita sayang," balas Tengku Emir Danish membuatkan Tengku Elvia tergelak kecil.

"Anak-anak kita?"

"Yup,"

"Tapi macam banyak aje kedengarannya," balas Tengku Elvia.

"Of courselah sayang. Takkanlah nak sorang aje baby, mestilah dua tiga orang. Tak pun satu team bola sepak,"

Tengku Elvia tergelak mendengar usikan suaminya, "Elvia bukan kilang menghasilkan baby abang,"

Kali ini Tengku Emir Danish tergelak, "Abang bergurau aje sayang.."

"Abang happy sangat sayang. Lepas ni dah nak jadi papa. Terima kasih sayang.." sambung Tengku Emir Danish.

"Sama-sama.."

Sesungguhnya cinta itu perlukan belaian dan kelembutan yang syahdu, walau bara neraka menyala di hati pencinta ketika taufan melanda.. ia akan dapat memadamkan seluruh lahar cinta itu menjadi salju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience