Rate

BAB 198

Romance Series 197233

Dua tiga hari kemudian..

Tengku Qistina menyaksikan sesuatu yang menyakitkan matanya, dia melihat Tengku Harith Zaqwan sedang bercakap dengan Tengku Arissya dari kejauhan.

"Arissya marah abang lagi ke?"

"Amarah I pada you takkan pernah hilang,"

"Okay, teruslah mengenggam amarah tu. Cuma abang nak ingatkan, tolong jaga diri baik-baik. Lagi satu jauhi Faqrul,"

"Hei, apa hak kau nak...."

"Hei you!" Tiba-tiba Tengku Qistina muncul. Tengku Harith Zaqwan terkedu.

"Kenapa kau ganggu teman lelaki aku lagi hah? Tak cukup jantan ke kau ni?" Sambungnya yang melulu menampar Tengku Arissya.

Tengku Arissya menggosok pipinya. Pedih ditampar melulu. Dengan rasa amarah yang membara di dada, Tengku Arissya kembali menampar Tengku Qistina. Terkedu Tengku Harith Zaqwan melihatnya.. tidak terkata dia.

"Tak guna!" Sekali lagi Tengku Qistina mahu menampar Tengku Arissya namun tangan itu dihalang oleh Tengku Harith Zaqwan. Dia tidak mahu perempuan gila itu menyakiti kesayangannya.

"Stop it Tengku Qistina!"

"You bela dia?"

"No, I tak bela dia tapi you tengok tu.. orang tengah pandang you tahu tak," balas Tengku Harith Zaqwan memberi alasan.

"Suka hatilah diaorang nak pandang ke apa, yang I tahu I sakit hati dengan betina ni,"

"Kau jangan biadap dengan aku Qistina. Untuk pengetahuan kau aku tak hadaplah dengan lelaki macam Harith ni, kau nak kau ambillah dia. Jaga dia baik-baik. Cakap dengan dia jangan ganggu aku. Faham!" Jerit Tengku Arissya, segera dia berlalu pergi dari situ. Sakit betul hatinya. Kenapalah malang sungguh nasibnya, terpaksa hadap singa betina tu.

"You menggatal dengan dia kan?" Soal Tengku Qistina tidak puas hati.

"I tak ada pun menggatal dengan dia, dia tu goda I. Takkanlah you tak percayakan I,"

"I tak percaya!"

Tengku Harith Zaqwan buat-buat jual mahal, "Okay fine, kalau you tak percaya sudah!'

"Sayangg.. wait! I'm so sorry. Harith!" Panggil Tengku Qistina mengejar Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya masuk ofis dengan perasaan yang masih berkecamuk. Mukanya yang masam itu juga dapat dihidu oleh Tengku Elvia.

"Kakak are you okay?"

"I'm not okay,"

"Why?"

"Sebab singa betina kacau akak pagi ni,"

"Hah? Singa betina? Ada ke singa betina kat kawasan kita ni akak?" Soal Tengku Elvia tidak memahami maksud yang disampaikan kakaknya.

"Elvia akak tengah serabut ni, so pleasee tinggalkan akak kejap.."

"Kejap, Elvia nak dapatkan tandatangan akak untuk dokumen ni,"

Tengku Arissya menandatangani dokumen itu, "Okay done!"

Tengku Elvia terus keluar dari bilik ofis kakaknya, tapi yang anehnya kenapa kakaknya berserabut begitu. Mesti ada yang tidak kena.

Selesai sesi memujuk Tengku Harith Zaqwan, Tengku Qistina menelefon Faqrul.

"Hello, kau kat mana?"

"Tengah kerjalah,"

"Aku nak jumpa kau sekarang," balas Tengku Qistina.

"Aku tengah kerja ni bos, mana boleh keluar sesuka hati. Aduh kau ni,"

"Aku tak peduli, kau dengan aku pun bekerja kan," balas Tengku Qistina tegas.

"Tapi bos.."

Tutt tuttt.. Tengku Qistina sudah offkan telefonnya. Terpaksalah Faqrul curi keluar dari tempat kerjanya untuk menemui Tengku Qistina.

Setengah jam kemudian Faqrul sampai disalah sebuah restoran yang agak tersembunyi untuk menemui bosnya.

"Ada apa kau nak jumpa aku bos?"

"Kau dengar sini, nak atau tak.. kau kena juga melamar Arissya. Buatlah apapun asalkan dia kahwin dengan kau,"

"Buat apa?"

"Kau nak tidur dengan dia pun tak apa, letak aje pil yang aku pernah guna pada Harith dulu,"

"Hisyh bos, aku tak sampai hati nak buat macam tu.. lagipun dia kawan baik aku, dia banyak juga tolong aku.."

"Habis tu kau fikir cara yang boleh buat dia kahwin dengan kau,"

"Aku pujuk ajelah dia kahwin dengan aku,"

"Kalau dia tak nak kahwin dengan kau?"

Terdiam Faqrul kali ini, dia buntu mahu menjawab pertanyaan bosnya.

"Biar lelaki lain aje yang akan tidur dengan dia. Lelaki upahan. Aku nak ajar sikit perempuan tak guna tu. Lepas tu aku nak hantar gambar yang mengaibkan dia dengan jantan lain kat Harith," balas Tengku Qistina zalim.

"Bos jangan! Aku janji akan pujuk Arissya kahwin dengan aku,"

"Kalau Datuk Mustaqim halang perkahwinan ni, aku nak kau culik orang tua tu,"

"Bukan mudah nak culik orang tua tu bos,"

"Apa susah, kau culiklah dia masa dia ada kat rumah. Bukannya ramai pun orang dalam rumah tu, adik dia dah kahwin. Siapa je ada kat rumah dia tu. Pergi siasat!"

"Okay, bos aku akan ikut arahan kau.."

"Bagus!"

"Aku tak nak kau main-main kali ni, kalau tak siap kau!" Marah Tengku Qistina memberi amaran keras.

Sharkief masuk ke dalam keretanya, wajahnya nampak tegang.

"Tuan, Tengku Arissya dalam bahaya!"

"What?"

"Aku nak jumpa kau sekarang," ucap Sharkief.

"Okay, aku akan ke tempat biasa," balas Tengku Harith Zaqwan kembali keluar dari ofisnya.

Sampai saja Tengku Harith Zaqwan di rumah terpencil di kawasan hutan itu, dia segera masuk.

"Tuan!"

"Kief apa yang cuba kau nak sampaikan pada aku tadi?"

Sharkief bercerita tentang semuanya, tadi dia mengikuti jejak Tengku Qistina. Dan dia dapati Tengku Qistina menemui Faqrul bersama rancangan baru.

"Ni mesti perempuan gila tu marahkan Arissya pasal tadi. Shitt!" Marah Tengku Harith Zaqwan menumbuk kuat meja dihadapannya.

"Aku pantang dengar benda alah macam ni, ia melibatkan maruah Tengku Arissya. Aku tak suka!"

"Betul tu tuan, aku juga terkejut mendengar rancangan mereka,"

"Aku takkan biarkan Faqrul buat sesuatu yang buruk kepada Tengku Arissya, juga Datuk Mustaqim.."

Sharkief mengangguk faham, dia melihat Tengku Harith Zaqwan mencapai telefon dalam poket seluarnya. Seakan dia ingin menelefon seseorang.

"Hello, Leez!"

"Tuan!"

"Aku nak kau pastikan setiap rumah Datuk Mustaqim terkunci. Jaga Tengku Arissya dan Datuk Mustaqim baik-baik," pesan Tengku Harith Zaqwan.

"Pasti ada yang tak kena, betul ke tuan?"

"Ya, Sharkief bagitahu aku Tengku Qistina dan Faqrul merancang rancangan jahat,"

"Rancangan apa?"

Tengku Harith Zaqwan bercerita secara ringkas kepada anak buahnya.

"Gila perempuan tu!"

"Ingat, jaga Arissya dan Datuk baik-baik. Pastikan CCTV berfungsi dirumah banglo tu,"

"Okay baik tuan!"

"Sekiranya ada berlaku sesuatu, lindungi mereka Leez,"

"Ya tuan, aku janji akan jaga Arissya dan Datuk sebaiknya," janji Sharleez. Dia sudah bersiap sedia untuk beraksi. Lihat saja suatu hari dia mahu menemui Tengku Qistina. Saat itu dia akan beraksi.

Sharleez orangnya kasar, jangan main-main dengan dia. Dia masih belum beraksi. Jika sudah lihat saja akibatnya. Tengku Qistina pasti teruk dibelasahnya. Taekwondonya bukan bertali biasa, ia sudah mencapai peringkat tertinggi. Senang untuk dia mematahkan tulang temulang Tengku Qistina. Gunalah apa saja, pedang samurai, kapak, parang untuk menentangnya. Semua itu tidak akan mematahkannya. Bahkan pistol sekalipun. Dia belajar taekwondo bukan di Malaysia tetapi diluar negara. Dididik oleh mahaguru yang sangat hebat. Kehebatannya setanding Jackie Chan.

"Aku dah maklumkan pada Leez, kau tolong pantau apa yang patut. Lagi satu, Tengku Delisha juga harus diberi perhatian,"

"Baik tuan!"

"Aku pergi dulu. Apa-apa maklumkan pada aku. Jaga diri kau baik-baik!"

Sempat Tengku Harith Zaqwan berpesan. Dia tidak akan sesekali membiarkan Tengku Arissya diapa-apakan. Jika ada yang berani menyentuh bidadarinya, walau seurat bilahan rambutnya. Siaplah. Buruk padahnya.

Tengku Harith Zaqwan sudah menaiki keretanya, dia mahu kembali ke ofisnya. Jika dia berlama disitu, dia risau sekiranya Tengku Qistina mencarinya. Pasti perempuan itu akan mula syak sesuatu.

Namun sempat dia menghantar pesanan kepada Datuk Mustaqim menerusi telefonnya.

'Assalamualaikum papa. Tolong hati-hati, ada yang ingin menculik papa. Tapi Harith takkan benarkan. Please, take care!' - THZ

Datuk Mustaqim yang baru saja selesai meeting itu terkedu membaca pesanan itu.

'Wa'alaikumussalam. Boleh kita jumpa?' - DM

'Maaf papa, keadaan sekarang tidak mengizinkan kita bertemu. Harith takut pihak musuh tahu..' - THZ

Balas Tengku Harith Zaqwan. Agak terkilan Datuk Mustaqim dengan kenyataan itu, namun apakan daya. Dia tahu apa yang dilakukan Tengku Harith Zaqwan untuk kebaikan mereka.

'Papa jangan risau. Harith akan jaga papa dan Arissya, Harith akan lindungi semua orang' - THZ

'Terima kasih, Harith' - DM

Tengku Harith Zaqwan kembali menyambung kerjanya, namun hatinya tidak tenang apabila memikirkan akan keselamatan Tengku Arissya. Jiwanya kacau. Dia hanya mampu berdoa semoga Tengku Arissya dalam keadaan baik-baik saja.

"Apa lagi bos?"

"Aku mahu kau segera merancang sesuatu,"

"Apa?"

"Aku nak kau pukul Tengku Emir Danish, bawa dia ke bilik hotel. Bagi dia tidur dengan Tengku Delisha,"

"Bos kau gila ke? Bukan Tengku Delisha tu adik kau ke?"

"Adik aku ke tak, aku nak kau buat aje apa yang aku suruh. Tahulah aku nak pujuk dia supaya bersetuju dengan rancangan aku ni,"

"Tapi bos.. kenapa banyak sangat kerja kau bagi aku ni? Remy dan yang lain takkan tak buat kerja,"

"Hisyh! Bodohlah kau ni, tak boleh harap langsung. Okaylah pasal ni aku minta Remy settle,"

"Haaa.. macam tulah bos,"

Tengku Qistina segera offkan telefonnya. Rupanya dia masih belum berpuas hati. Dia bukan saja mahu menghancurkan hidup Tengku Arissya tetapi juga Tengku Elvia.

Sungguh zalim pemilik nama Tengku Qistina. Dia punca segala kemusnahan ini, tunggulah balasan dari Tuhan. Tidak selamanya kejahatan akan menang. Kebaikan akan mengalahkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience