Rate

BAB 8

Romance Series 197165

Pada pagi itu sarapan yang disediakan Tengku Arissya tidak dijamah langsung oleh suaminya. Awal nampaknya Tengku Harith Zaqwan ke ofis.

Tengku Arissya tidak dapat menyembuyikan rasa hatinya, dia begitu terasa dengan sikap suaminya yang semakin berubah. Layanannya juga sudah tidak seperti dulu. Hambar!

“Kenapa Arissya, ada apa-apa masalah ke?” Soal Faqrul yang merupakan kawan baiknya.

“Tak ada apa-apalah Faq,” ucapnya menyembunyikan masalah yang dia sedang hadapi dalam rumahtangganya. Dia tidak mahu membuka aib suaminya.

"Faq tak rasa yang Arissya tak ada masalah, lagipun Faq tengok Arissya asyik termenung aje.."

"Hidup ni kalau tak ada masalah hambar juga. Adalah sedikit masalah tapi tak apalah Arissya masih boleh settlekan sendiri..." Balas Tengku Arissya jujur.

"Faq harap apapun masalah yang Arissya lalui semoga terus sabar dan tabah, pasti ada hikmah disebalik ujian," ucap Faqrul memberi kata semangat.

Faqrul sememangnya seorang yang mudah ramah dan menghiburkan, Tengku Arissya juga senang berkawan dengannya. Hubungan mereka berdua hanyalah sekadar kawan biasa, tidak lebih dari seorang kawan. Cintanya hanya milik Tengku Harith Zaqwan.

Sepasang mata milik Tengku Harith Zaqwan melihat Tengku Arissya dan Faqrul makan tengah hari berdua sambil berbual-bual, mereka nampak begitu mesra sehingga ia mengundang api cemburu di hati itu.

Share this novel

Robiah Ateen
2021-03-03 15:34:04 

%%%%%


NovelPlus Premium

The best ads free experience