Rate

BAB 111

Romance Series 197165

"So, awal lagilah penerbangan aku ke Malaysia?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Yup, petang esok kau dah kena balik sini. Ada tiket tu aje yang tinggal," balas Hud Mikail.

"Alright," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Siapa call?" Soal Darius yang sedang mengunyah roti pada pagi itu.

"Hud Mikail. Dia bagitahu petang esok aku dah kena balik Malaysia," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Owh.. so, kau dah buat keputusan memang nak balik jugalah ni?"

"Yup," balas Tengku Harith Zaqwan bersahaja.

"Tak nak jumpa Arissya dulu ke sebelum balik Malaysia?" Sampuk Rubina Elizaberth.

"Aku ada hal kejap, nak keluar.." ucap Tengku Harith Zaqwan sudah bingkas bangun. Dia berpaling pula pada Rubina Elizaberth tanpa menjawab pertanyaan itu.

"Rubina thank's sediakan breakfast ni. Very delicious!"

"Welcome!"

"Abang nampak tak?"

"Nampak apa dear?"

"Harith nampak sedih, masam saja wajahnya," balas Rubina Elizaberth. Darius tersenyum.

"Harith tu tengah berperang dengan perasaan dia tu. Jiwa dia tengah kacau," balas Darius yang memahami hati dan perasaan kawan baiknya.p

Tengku Harith Zaqwan berjalan perlahan-lahan di kawasan yang biasa dilewatinya. Pagi itu dia ingin menikmati udara segar di Kota Cinta.. lagipun petang esok dia akan pulang ke Malaysia. Tengku Harith Zaqwan mencapai telefonnya, dia mahu text Tengku Arissya tapi dia rasa serba salah mahu atau tidak text. Dia asyik dengan telefonnya sambil berjalan.

Dan tiba-tiba...

"Arghhh..." Jerit seseorang yang hampir terjatuh dilanggar oleh tubuh sasa milik Tengku Harith Zaqwan. Namun sempat tangan itu menarik pergelangan tangan gadis itu.

"Really sorry. Sorry!" Ucap Tengku Harith Zaqwan berdebar.

Tengku Arissya terkedu. Rupanya lelaki yang melanggarnya itu Tengku Harith Zaqwan.

"Arissya?" Ucap Tengku Harith Zaqwan juga terkedu. Dia tak sangka yang dia akan menemui Tengku Arissya.

"Arissya wait!"

"Arissya please, wait!" Ulang Tengku Harith Zaqwan. Langkah Tengku Arissya terhenti kali ini. Dia berpaling menoleh ke arah Tengku Harith Zaqwan.

"Ada apa?"

"Boleh kita jumpa sekejap?"

"Hmm.. okay" balas Tengku Arissya. Mereka berjalan berdekatan pokok yang setia mendengar segala keluh tangis pasangan itu.. berdekatan juga dengan Menara Eiffel.

Sampai di situ Tengku Harith Zaqwan yang memulakan perbualannya.

"Arissya sihat?"

"Sihat, alhamdulillah..."

"Hmm.. abang nak cakap sikit ni, boleh tak?"

"Apa dia?"

"Abang cuma nak bagitahu yang abang dah nak balik Malaysia esok. Sebab masih banyak urusan syarikat yang tak settle," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Baliklah, kenapa bagitahu saya pula. Itu bukan urusan saya," balas Tengku Arissya.

Jawapan itu menghampakan hati Tengku Harith Zaqwan. Dia ingat Tengku Arissya akan menghalanginya.. tapi bodohnya hati dia terus berharap walaupun hati itu telah disakiti berulangkali.

"Abang nak tanya something, boleh?"

"Tanyalah.."

"Arissya dah tak sayangkan abang lagi ke?"

"Apa awak merepek ni!"

"Arissya cuma perlu jawab apa yang abang tanya," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Kenapa perlu bercakap soal hati lagi?"

"Kenapa Arissya dah banyak berubah? Kenapa dingin dengan abang? Besar sangat ke dosa abang sampai sekarang pun Arissya masih menghukum abang!"

Tengku Arissya memandang ke arah Tengku Harith Zaqwan geram. Hatinya terasa sakit.

"Abang nak salahkan Arissya? Siapa yang sebelum ni ajar Arissya untuk lupakan abang?" Soal Tengku Arissya.

Buat pertama kalinya Tengku Harith Zaqwan rasa senang hati, bekas isterinya sudah tidak ber'awak' dan 'saya' lagi dengannya.

"Abang tak pernah minta Arissya pergi, sayang.."

"Tapi abang diam! Abang tak cakap sepatah pun. Abang tak halang pun Arissya pergi. Abang biarkan Arissya macam tu aje," balas Tengku Arissya terkilan.

"Banyak benda yang jadi sayang, waktu tu pun abang tengah berserabut. Abang kena tangkap khalwat dengan Tengku Qistina lagi. Masa tu abang cuma fikir apa yang akan terjadi pada hubungan kita. Abang makin tertekan bila sayang minta cerai, abang tak tahu nak cakap apa. Masa tu Arissya langsung tak bagi abang peluang untuk bela diri abang sebab Arissya terlalu marahkan abang, pandang abang penuh jijik," luah hati Tengku Harith Zaqwan perlahan.

"Alasan!"

"Sebenarnya abang pun terkejut dengan apa yang terjadi. Abang binggung! Tapi demi Allah, abang tak pernah sentuh Tengku Qistina. Hati abang tak pernah menduakan Arissya. Hanya Arissya bidadari abang.."

"Tipu! Abang tipu!!!" Jerit Tengku Arissya.

"Abang tak tipu! Abang cakap jujur. Tengku Qistina hanyalah masa lalu yang pahit. Sayang masa depan abang, jodoh abang.. itu abang yakini.."

"Susah untuk Arissya percayakan abang lagi. Semua yang terjadi sebelum ini sangat menyakitkan," balas Tengku Arissya membuatkan Tengku Harith Zaqwan memejamkan matanya seketika. Jawapan itu menghancurkan jiwanya. Lumat.

"Abang faham. Abang dah bunuh rasa percaya tu, ia tentu sukar untuk kembali tumbuh di hati Arissya tapi sayang tahukan jika kejujuran itu hilang bagaimana? Cinta itu tidak akan ada ertinya lagi..."

"Abang sudahlah. Arissya tak nak dengar apa-apa lagi," ucap Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan melepaskan keluhan kecil, seraut wajah indah itu dipandang penuh sayang sebelum dia ingin menamatkan semuanya. Hari ini dia mahu melepaskan demi kebahagiaan Tengku Arissya. Untuk apa terus mengejar cinta jika yang ada cumalah sekeping hati yang semakin menyeksakan.

"Arissya nak pergi dari abang kan? Baik, Arissya pergilah. Abang takkan halang atau cari Arissya lagi.. sebab abang dah penat sayang.."

Tengku Arissya hanya mendengar saja dan diam seribu bahasa.

"Abang dah penat terbunuh oleh jutaan mimpi kerana terlalu lama menanti, sayang..."

Kali ini Tengku Arissya terasa mahu menangis. Dia dapat melihat betapa kecewanya wajah itu. Wajah kesayangannya. Wajah tampan yang selalu membuatnya tenang.

"Abang dah usaha perjuangkan cinta kita, abang dah lakukan apa yang patut lakukan sebagai seorang lelaki yang mencintai bidadarinya. Kalau mungkin dulu abang pernah ada buat silap, itulah kekurangan abang sebagai manusia biasa. Abang tak sempurna.." Tengku Arissya memandang wajah Tengku Harith Zaqwan yang tertunduk itu. Entah kenapa dia rasa Tengku Harith Zaqwan mahu menangis.

"Arissya tahu tak, seksanya abang menanggung rindu semenjak kita berpisah. Kalaulah Arissya faham abang, tentu Arissya takkan biarkan abang tenggelam bersama rindu, sedangkan Arissya kian mencipta sepi. Dulu abang pernah rasa takut, bukan kerana jauhnya kita tapi takut kalau Arissya dah terbiasa hidup tanpa abang. Hari ni ketakutan abang tu dah jadi kenyataan," luah Tengku Harith Zaqwan diiringi senyuman. Mungkin dia sedang berusaha menutupi kesedihan hatinya atau untuk menangis di hadapan Tengku Arissya.

Air mata Tengku Arissya sudah bergenang di kelopak matanya, kali ini dia bersuara, "Abang enough!"

"Jangan halang abang cakap. Abang belum habis cakap lagi. Lepas ni Arissya takkan dengar lagi suara abang. Abang janji...."

"Abang enough!" Jerit Tengku Arissya.

"Abang janji lepas ni abang...."

"Tengku Harith Zaqwan enough! Shut up!"

Tengku Harith Zaqwan tunduk, dia sudah tidak mampu menatap wajah Tengku Arissya. Wajah yang akan meninggalkannya. Mimpi ngeri cintanya akan terwujud. Tengku Arissya akan jadi milik orang lain suatu hari nanti. Bukan miliknya lagi.

Tengku Harith Zaqwan cuba jadi kuat, dia mengangkat wajahnya. Satu senyuman manis diukirnya, lalu dia katakan, "Baik-baik saja sayang ya. Abang doakan Arissya bahagia. Abang minta maaf sebab dah lukai hati tu.. abang tak mampu nak sembuhkan sebab abang tahu kewujudan abang hanya akan terus menyeksa jiwa sayang. Hari ni abang lepaskan Arissya sebebas burung di langit. Abang takkan kejar lagi sayang.. abang takkan tagih lagi kasih sayang Arissya. Arissya layak dapat lelaki yang jauh lebih sempurna dari abang. Abang pergi dulu sayang. Assalamualaikum.."

Tengku Harith Zaqwan sudah berlalu pergi dari situ. Tengku Arissya terduduk di bangku itu, air matanya mula mengalir laju. Dia teresak-esak menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience