Rate

BAB 183

Romance Series 197233

Malam itu Tengku Harith Zaqwan termenung sendirian di luar halaman rumahnya. Dia memandang kosong ke arah kolam renang. Air kolam sememangnya nampak begitu tenang tetapi sayang sekali ia tidak setenang jiwanya yang sedang bergelora hebat.

Nampaknya Faqrul sudah maju setapak darinya. Sharkief telah memaklumkan kepadanya yang Faqrul akan melamar Tengku Arissya melalui Datuk Mustaqim.

'Sayanggg.. jauh disudut hati abang, rasa ini begitu sangat menyakitkan abang. Terasa saat ini hati abang bagaikan dihiris sembilu, sakitnya! Tapi abang jauh lebih sakit jika membiarkan Arissya hidup bersama lelaki yang tidak bermaruah tu. Dan abang tahu.. abang perlu lagi berjuang. Abang perlu lagi belajar melupakan setiap rasa sakit ini sehingga semuanya selesai. Sampai abang rasa tenang, setenang-tenangnya sayang. Tapi mampukah abang menghadapinya lagi Arissya? Sejauhmana hati ini mampu mengubah rasa hempedu menjadi coklat yang cukup manis? Mampukah abang menelannya tanpa rasa sakit? Allah.. bantulah hambamu yang lemah ini supaya terus kuat menghadapi semua ujian ini..' desis hati Tengku Harith Zaqwan sambil melihat langit yang kian kelam tenggelam dalam pekatnya malam.

"Harith, masih tak tidur lagi?" Soal Pak Cik Karim apabila melihat anak arwah majikannya yang masih belum tidur.

"Eh, pak cik. Belum lagi.."

"Sedang fikirkan apa?"

"Tak ada fikir apa Pak Cik Karim," balas Tengku Harith Zaqwan cuba tersenyum menutupi kesedihannya.

Pak Cik Karim tahu anak arwah majikannya itu sedang bersedih, seakan menghadapi masalah yang sangat besar.

"Harith.. pak cik tak tahu apa yang Harith lalui saat ini, pak cik pun tak akan bertanyakan apa masalah yang sedang kamu hadapi. Kerana kamu sudah cukup dewasa, cuma..."

"Cuma apa pak cik?" Soal Tengku Harith Zaqwan sambil terbatuk kecil.

"Jangan pernah merasa putus asa dalam hidup ni. Andai kata kamu terjatuh, segera bangkit. Sebagai lelaki, seorang pemimpin dan ketua.. kita perlu jadi lebih kuat,"

"Harith faham pak cik, arwah mama pun selalu ingatkan macam tu,"

"Lagi satu jangan pernah berhenti berdoa. Apa yang kita nak minta dengan Allah. Allah akan bagi. Usaha, doa dan diiringi tawakal,"

"Doa adalah bahasa cinta yang terindah kan pak cik," ucap Tengku Harith Zaqwan. Pak Cik Karim menganggukkan kepalanya perlahan sambil tersenyum.

"Terima kasih bagi semangat untuk Harith,"

"Sama-sama. Dahlah, kamu masuk tidur ya. Tak elok berembun di sini, lagipun pak cik perasan batuk kamu tu sejak dua menjak ni agak teruk juga.."

"Sikit aje batuk ni pak cik. Tak ada apapun," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Tapi kesihatan kena jaga juga ya, kalau tak sibuk pergilah ke klinik, biar doktor check,"

"Insya-Allah pak cik. Tak apa kejap lagi Harith masuk tidur. Pak cik masuklah tidur dulu ya," balas Tengku Harith Zaqwan. Kini tinggal dia sendirian, sedang melayani perasaan yang berkecamuk. Hanya dia dan dirinya sambil memandang bintang dilangit malam.

Seawal pagi lagi Tengku Harith Zaqwan menelefon Sharkief.

"Ya tuan, ada apa?"

"Kau kat mana?"

"Dalam kereta, aku tengah perhatikan gerak geri musuh kita, lagipun aku nak tahu mereka ada konco-konco ke tidak,"

"Jadi kau tak balik dari semalam, kau tidur dalam kereta?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Ya tuan. Hm tuan ada apa call aku ni?"

"Aku nak minta tolong kau ni, tapi takut menyusahkan kau pula. Kau kena pantau diaorang semua lagi. Kesian juga kau penat tak cukup rehat.."

Betapa bertimbang rasanya Tengku Harith Zaqwan. Dalam keadaan tegang pun dia masih memikirkan tentang anak buahnya.

"Tuan kerja macam ni sudah menjadi makanan aku dengan Sharleez. Kami diajar bertumbuk, berperang dan guna pistol serta lasak sejak dari kecil lagi. Tak perlu kesiankan aku. Tuan cakap aje tuan nak aku buat apa. Aku akan lakukan,"

"Aku tahu siapa kau tapi kau juga manusia, perlukan rehat yang cukup untuk bertarung.."

"Tak apa tuan, cakap aje nak aku buat apa,"

Tengku Harith Zaqwan terdiam seketika sebelum bersuara, "Aku nak kau culik Datuk Mustaqim,"

"Hah? Tuan sedar tak apa yang tuan cakapkan ni? Datuk Mustaqim tu kan papa Tengku Arissya, perempuan yang tuan cinta setengah mati," ucap Sharkief mempersoal. Dia tidak bersetuju untuk menculik Datuk Mustaqim.

"Aku tahu kerja aku. Buat aje apa yang aku suruh,"

"Tapi tuan kalau aku buat macam tu, sekiranya Tengku Arissya tahu mesti dia akan bencikan tuan,"

"Tak ada bezanya Kief, selama ni pun aku dibenci,"

"Tapi cara tuan ni salah. Buat apa nak culik Datuk Mustaqim?"

"Ikut saja arahan aku. Aku tahu apa yang aku lakukan!" Marah Tengku Harith Zaqwan.

"Okay-okay, aku akan ikut arahan tuan. So, bila nak aku buat kerja tu?"

"Hari ini,"

"Tapi aku kena tengok keadaan juga tuan. Bukan senang nak culik Datuk Mustaqim, lagipun dia selalu dijemput oleh pemandunya. Dia juga bukan calang-calang orang,"

"Pemandu tapi bukan bodyguard. Aku yakin kau mampu melakukannya tanpa meninggalkan jejak,"

"Okay aku cuba tuan. Apa-apa hal aku akan contact tuan," balas Sharkief.

"Bagus!"

Selesai bercakap dengan Tengku Harith Zaqwan. Sharkief menelefon Sharleez.

"Haaa.. nak apa?"

"Kau ada tahu sesuatu tak?"

"Tahu apa?"

"Tuan minta aku culik Datuk Mustaqim,"

"Kau biar betul?"

"Tulah yang aku hairan, kenapa mesti tuan minta aku culik Datuk Mustaqim,"

"Aku rasa tuan kita berdendam dengan Datuk tak, yelah.. pasal Tengku Arissya tu," sambung Sharkief.

"Tak logik apa yang kau cakapkan tu. Aku tak rasalah tuan berdendam. Mesti tuan ada alasan tersendiri,"

"Entahlah,"

"Macam ni, kau tak payahlah nak fikir semua tu. Kau buat aje apa yang tuan nak. Dia mesti tahu apa yang dia buat,"

"Okay,"

"So, bila kau nak culik Datuk? Aku akan cuba bantu kau juga,"

"Bantu aku?"

"Yup, aku akan maklumkan pada tuan. Aku boleh bantu kau,"

"Tapi kau kan orang gaji dirumah Datuk, macam mana kau nak keluar bantu aku. Tanggungjawab kau sekarang jaga Tengku Arissya," balas Sharkief.

"Tak mudah menculik seseorang tanpa meninggalkan jejak. Kau ingat senang ke? Nak lagi culik Datuk, eh.. gila arr.. kalau sangkut memang terus masuk lokap kau tu.."

"Okaylah okay, kau bantu aku.."

"Okay, aku akan segera maklumkan pada tuan.." balas Sharleez ingin membantu Sharkief.

Sharleez menelefon Tengku Harith Zaqwan, dia ingin memaklumkan tentang perkara itu. Nasib baik dia berjaya menyakinkan tuannya. Jadi, dia diberi keizinan untuk membantu Sharkief.

Sekali lagi Sharleez akan beraksi dimedan pertarungan dalam satu penyamaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience