Rate

BAB 36

Romance Series 197165

Sepasang mata milik Tengku Arissya menatap lama bunga mawar merah yang ada di tepi meja kecilnya. Nampak sudah ada perubahan pada bunga mawar itu, semakin kekeringan. Dia tersenyum sendiri. Dia teringat waktu mereka berdua masih bersama, bekas suaminya itu selalu juga hadiahkan dia mawar merah. Tapi apalah guna diingat sesuatu yang kini menjadi sejarah cinta. Semua itu sudah tidak bermakna lagi.

Malam yang sepi itu juga membawa ingatan Tengku Arissya pada Tengku Suria, mak mentuanya. Sudah terlalu lama dia tidak menelefon mak mentuanya, agaknya bagaimana keadaannya. Sihatkah? Walaupun dia dan Tengku Harith Zaqwan sudah berpisah tapi dia sangat menghormati Tengku Suria. Dia sudah menganggap orang tua itu seperti mama kandungnya sendiri. Sikapnya sama persis arwah uminya. Seorang yang baik hati, murah dengan senyuman dan melayani dia dengan penuh santun. Tengku Arissya terasa rindu pada Tengku Suria.

Tengku Arissya mencapai telefonnya, dia seakan sedang berfikir mahu menelefon Tengku Suria atau tidak. Dia akui sejak dia menukar nombor telefon baru, Tengku Suria juga tidak di beritahu mengenai nombor telefon barunya. Sudah tentu kalau malam ini dia menelefon Tengku Suria pasti dia akan dapat bercakap dengan mak mentuanya itu.

Tengku Arissya nekad. Dia mahu menelefon Tengku Suria. Dia masih simpan nombor telefon mak mentuanya itu. Dia yakin Tengku Suria masih menggunakan nombor telefon yang sama. Namun timbul rasa hairan apabila dia cuba menelefon mak mentuanya berkali tapi tiada dalam talian. Nombor itu seperti sudah tidak digunakan lagi.

'Mama tukar nombor baru ke?' Desis hati Tengku Arissya. Tengku Arissya berfikir buat kali kedua, samada mahu whatsapp Tengku Harith Zaqwan atau tidak bertanyakan nombor telefon baru mak mentuanya.

Akhirnya dia telah membuat keputusan, dia mahu whatsapp Tengku Harith Zaqwan. Sewaktu Tengku Arissya whatsapp, Tengku Harith Zaqwan baru selesai menunaikan solat maghrib. Dia baru mahu menikmati makan malamnya. Lalu dibiarkan saja bunyi whatsapp masuk dalam telefonnya. Dia fikir paling tidak mesti orang kepercayaannya, yang memaklumkan kepadanya mengenai syarikatnya.

'Mana dia ni? Cepatlah jawab! Aku rindu sangat nak cakap dengan mama ni..' Desis hati Tengku Arissya. Agak lama dia menunggu, kali ini dia menelefon Tengku Harith Zaqwan ingin bertanyakan nombor telefon mak mentuanya.

Tengku Harith Zaqwan bingkas bangun mendapatkan telefonnya, dia masih belum lagi selesai makan. Tapi kerana bimbang jika ada panggilan penting terpaksa dia tinggal makanannya dulu.

"Tengku Arissya?" Ucap Tengku Harith Zaqwan tersenyum. Segera dia dail nombor kesayangannya.

"Hai, assalamualaikum sayang. Call abang kenapa? Rindu ke?"

"Wa'alaikumussalam. Jangan perasan okay!" Marah Tengku Arissya.

"Okay, dah tu kenapa ni? Ada apa-apa yang abang boleh tolong sayang?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Nak tanya ni..."

"Tanya apa?"

"Saya nak minta nombor telefon mama. Mama tukar nombor baru ke?" Soal Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan membisu seribu bahasa.

"Hello, awak! Awakkk..."

"Hmm.. tak ada.."

"Takkan tak ada. Takkanlah awak tak tahu. Hisyh, sengajalah tu. Kalau tak nak bagi tak apalah!" Marah Tengku Arissya. Segera dia matikan panggilan itu. Mata Tengku Harith Zaqwan sudah berkaca.

'Arissya.. mama dah tak ada kat dalam dunia ni. Arissya telefonlah walau beribu kali takkan dapat buat panggilan lagi. Allah dah jemput mama awal. Mama pergi jumpa papa. Mama takkan kembali lagi untuk abang, sayang...' Desis hati Tengku Harith Zaqwan bersama air mata kali ini. Sebak dadanya mendengarkan pertanyaan Tengku Arissya. Kalaulah Tengku Arissya tahu. Tapi belum tiba masanya lagi. Dia mahu bersemuka dan bercakap dengan tenang untuk bercerita tentang segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience