Rate

BAB 65

Romance Series 197233

Tengku Harith Zaqwan mendekati Tengku Arissya pada pagi itu, dia sangat merindui bekas isterinya itu.

"Hai sayang!" Sapa Tengku Harith Zaqwan yang muncul secara tiba-tiba di situ. Terkejut Tengku Arissya dibuatnya, dia melurut dadanya perlahan.

"Terkejut tahu tak! Ingatkan siapa tadi main sergah macam tu aje. Nasib baik saya ni tak ada sakit jantung. Nak apa ni?"

"Sorry sayang! Jom breakfast nak?"

"Boleh tak jangan ganggu saya. Semak ajelah awak ada kat sini!" Balas Tengku Arissya tidak menyenangi kedatangan bekas suaminya itu. Dia mempercepatkan langkahnya.

"Semak? Kat sini tak ada semak samun pun sayang. Tempat ni bersih aje ni.." balas Tengku Harith Zaqwan, dia malas nak ambil serius dengan kata-kata Tengku Arissya.

"Eeeii.. main-mainlah. Dahlah macam chispmore. Kejap ada, kejap tak ada!" Marah Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan tersengih, "Yeke abang macam chipsmore? Kalau abang macam chipsmore Arissya macam kek coklat.."

"Hisyh.. suka je samakan kita dengan kek. Dahlah, pergilah jangan kacau!" Marah Tengku Arissya sambil menolak badan sasa milik bekas suaminya itu.

"Kek coklat kan manis, Arissya pula dua kali ganda lagi manis.." Usik Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya menjerling ke arah bekas suaminya, mukanya masam mencuka. Tengku Harith Zaqwan tergelak, dia tahu kesayangannya sedang marah.

"Semakin marah semakin cantik, semakin cantik abang semakin tertawan.."

"Ya Allah.. dia buat hipotesis pulak kat sini. Dahlah kacau, saya dah lewat ni.."

"Hmm.. okaylah abang tak kacau. Arissya jaga diri baik-baik ya. Haaa... ni abang ada satu pesanan untuk Arissya.."

"Jangan mudah percayakan orang yang kita tak kenal hati budinya. Tak semua orang kita boleh percaya," sambungnya serius.

Tengku Arissya tersengih sinis memandang wajah bekas suaminya itu, "Yup, right. Sama macam awak. Saya tak boleh percaya!"

Tengku Arissya segera melangkah pergi dari situ meninggalkan Tengku Harith Zaqwan yang masih memandangnya dari kejauhan. Pandangan yang rapuh bersama kesedihan yang menghuni di hati. Hakikatnya Tengku Arissya sudah tidak mempercayainya lagi.

'Kenapa Harith bagi pesanan pada aku macam tu ya? Seperti ada yang tersirat, seakan ada yang dia cuba ingin sampaikan sesuatu. Tapi soal apakah yang ingin di sampaikan? Harith kalau pesan mesti ada sebab tapi.... Hmmm stop it Tengku Arissya! Tak payah nak sakitkan kepala kau fikir benda yang tak penting okay!' Desis hati Tengku Arissya berperang dengan perasaannya sendiri.

Beep beeeppp!

Kedengaran ada bunyi whatsapp masuk. Sebelum masuk ke pintu pagar tempat mengajarnya, Tengku Arissya menyeluk telefon di dalam poket seluarnya. Dia mahu melihat gerangan siapa yang whatsappnya.

Rupanya ada satu whatsapp daripada Aakif Aryanz. Tengku Arissya tersenyum setelah membaca whatsapp itu. Baik benar tutur katanya, penuh sopan.

"Hai, Arissya. Good morningggg! Have a great day. Sorry semalam Aryanz tak jawab call. Terlelap awal lepas isyak.." - Aakif Aryanz

Tengku Arissya sempat membalas whatsapp itu.

"It's okay.." - Tengku Arissya

Aakif Aryanz terdiam membaca whatsapp itu, ringkas sungguh whatsapp yang dibalas oleh Tengku Arissya. Dari situ dia membuat kesimpulan bahawa tentu Tengku Arissya adalah seorang perempuan yang membosankan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience