Rate

BAB 51

Romance Series 197165

"Aryanz bangun wey! Dah jam berapa ni, aku dah laparlah. Jomlah keluar breakfast!" Darius mengejutkan Aakif Aryanz.

Kelihatan Zulfiqar mula bingkas bangun dari katilnya untuk menuju ke tandas. Aakif Aryanz dan Zulfiqar hanya menumpang dirumah Darius. Lelaki itu memang kaya, dia berkahwin dengan orang yang berharta di Kota Paris. Rumah besar yang dimilikinya itu sebenarnya milik bekas isterinya, Rubina Elizaberth.

Asal usul Darius bukanlah orang kaya, dia hanyalah budak kampung yang hidup susah sejak dari kecil lagi. Tetapi kerana kebijaksanaannya dalam pelajaran dia menjadi terkenal di kalangan orang kampungnya. Semasa dia masih belajar di tingkatan neneknya yang memeliharanya, sejak sekolah rendah dia telah kehilangan kedua ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya.

Kejayaannya dalam pelajaran demi pelajaran telah membanggakan nenek dan guru-gurunya, bahkan semasa dia berada di universiti juga dia merupakan seorang pelajar yang di sayangi dan disenangi oleh pensyarahnya. Disebabkan kejayaannya yang telah banyak mengharumkan nama universiti, pihak uinversiti telah menajanya menyambung pengajiannya di Paris. Sampai saja di Paris dia seperti rusa masuk kampung, banyak yang dia tidak tahu. Tetapi atas usahanya sendiri dia berjaya mengenali Kota Paris.

Semasa semester pertama dia di Paris, neneknya masih ada. Neneknyalah yang telah memberi semangat dan bimbingan dari segi didikan agama, tetapi berbulan kemudian neneknya telah meninggal dunia akibat sakit tua. Darius sangat sedih dengan kehilangan neneknya. Dia yang sebelum ini solat mula lalai akibat tekanan dan terlalu leka dengan dunia di sana. Apabila masuknya semester ketiga dan seterusnya sikap Darius mula berubah, dia tidak boleh dicontohi.

Darius mula berjinak dengan budak-budak nakal yang berlainan agama dengannya, dia mula minum minuman syaitan, suka berfoya-foya bertukar perempuan, ponteng kuliah dan sebagainya. Sampailah dia berkahwin dengan salah seorang perempuan di sana,
namanya Rubina Elizaberth. Perempuan itu berlainan agama dengannya. Demi rasa cinta Rubina Elizaberth masuk islam kerana dia yakin bahawa Darius akan membimbingnya dari segi agama. Mereka berdua akhirnya berkahwin di sana atas bantuan kawannya.

Pada awal perkahwinan mereka berdua hidup bahagia, tetapi di pertengahan timbulnya konflik. Darius selalu balik ke rumahnya dalam keadaan mabuk, dia selalu memukul Rubina Elizaberth. Gadis itu yang mengharapkan suaminya akan mendidiknya dari segi agama telah gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Dia merasa sangat kecewa dengan sikap suaminya. Kejahilan seorang suami akhirnya mengubah sikap isterinya. Rubina Elizaberth telah keluar daripada agama islam. Semua ini berlaku kerana kegagalan Darius menjadi seorang suami yang baik. Sifat tamak, gilakan harta, suka hidup berfoya-foya dan mahukan keseronokan hidup semata-mata menyebabkan kehidupannya penuh dengan kejahilan.

Sehingga ke hari ini Darius masih bertemankan kejahilan. Hidupnya penuh dengan kegelapan dan tanpa arah tuju. Dia juga jadi begitu kerana pengaruh rakan sebaya. Berkawan dengan si jahil, maka semakin jahillah dirinya. Jika dia berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi, sudah tentu wangi hati dan jiwanya. Sudah tentu dekat dia dengan Allah, tetapi apakan daya tiada siapa yang dapat menolongnya selain Allah. Semoga Allah memberi Darius hidayah sebelum matanya tertutup rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience