Rate

BAB 5

Romance Series 197165

Tengku Arissya memejamkan matanya. Dia teringat itulah keindahan yang pernah dia miliki sewaktu semuanya masih belum sirna. Tengku Harith Zaqwan memang baik melayaninya. Tapi sayang setiap kata-katanya cumalah janji berkalam dusta.

Dia sendiri tidak menyangka suatu hari kepulangan Tengku Qistina di Malaysia telah mendatangkan banyak hal buruk menimpa dalam rumahtangganya sehingga akhirnya mereka bercerai. Perpisahan adalah jalan yang menyakitkan, tapi dia terpaksa rela. Dia tidak mahu terus dilukai.

“Abang baru balik?”

“Hmmm,” jawab Tengku Harith Zaqwan bermalasan.

“Jom makan sama-sama. Arissya ada masak makanan kegemaran abang, banyak lauk ni abang mesti suka,” ucap Tengku Arissya mahu menyenduk nasi untuk suaminya, tapi segera ia dihalang.

“Tak apa abang dah kenyang. Dah makan dekat luar tadi..”

"Sikit je tak nak ke abang?"

"Abang dah kenyang! Kenapa nak paksa abang makan ni? Bagi ajelah makanan tu kat jiran sebelah kalau dah banyak masak." Marah Tengku Harith Zaqwan segera berlalu ke tingkat atas biliknya.

Tengku Arissya terdiam. Dia tak sangka yang Tengku Harith Zaqwan akan bercakap kasar macam tu dengan dia. Tapi bila difikir secara positif mungkin suaminya penat. Salah dia juga memaksa suaminya makan. Tengku Arissya cuba berbaik sangka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience