Rate

BAB 169

Romance Series 197233

"Macam mana Kief? Kau dah dapat apa-apa maklumat?" Soal Sharleez serius. Dia sekarang berada dalam satu bilik yang tersimpan banyak rahsia dirumah Sharkief.

"Aku dah dapat kesan siapa yang call tuan kita tu,"

"Panggilan tu dari mana?"

"Luar negara,"

Sharleez tersenyum sinis, "Owh jadi betul anggapan aku yang memang dia,"

"Aku tak dapat pastikan lagi Leez," balas Sharkief.

"Kalau memang dia aku rasa nak bunuh aje, cincang dia lumat-lumat, lepas tu panggang daging dia!" Marah Sharleez. Hatinya terbakar apabila mengenangkan kezaliman itu.

"Kalau memang dialah si pelakunya, dalang disebalik kematian Tengku Suria. Aku pun takkan berdiam diri!"

"Kau kena pantau dia di sana,"

"Susah Leez nak pantau dia, tapi aku tetap upah orang kat luar negara untuk ikut gerak-geri dia,"

"Bagus! Penting untuk follow dia supaya kita tahu bila dia akan pulang ke Malaysia,"

"Dia tu licik juga, aku yakin ada konco-konco dia kat sini untuk pantau gerak-geri tuan kita,"

"Sebab tu kita kena jaga-jaga, jangan sampai mereka dapat menghidu rancangan kita,"

"Betul tu, Leez.."

Dania tidak habis-habis mengalirkan air matanya. Dari tadi lagi, puas Uyu memujuknya namun tidak memberi kesan apa-apa.

"Dania sudahlah, kau kena move on!"

"Aku tak sangka yang Abang Harith dah ada girlfriend. Tak sangkalah dia punya taste macam tu. Seksi gila kut perempuan tu," balas Dania masih teresak-esak tapi tidak berhenti ingin meluah rasanya pada Uyu.

"Yeke? Aku pun tak sangka kalau macam tu taste dia,"

"Apa kurangnya aku ni Uyu? Kenapa Abang Harith buat aku macam ni?"

"Aku tak tahu nak cakap apa Nia, lagipun dia dah ada girlfriend. So, move on ajelah,"

"Senanglah kau bercakap, hati aku ni haa yang terluka. Sakit sangat tau!" Balas Dania.

"Dah tu aku nak buat macam mana.."

"Aku benci dia!" Marah Dania kemudian menangis lagi.

"Nia sabarlah,"

"Aku yakin yang dia tahu aku sukakan dia, tapi dia sengaja buat tak tahu. Kalau betul dia tak sukakan aku, kenapa dia bagi harapan? Kenapa dia layan aku baik, siap belanja aku dan bawa jalan-jalan lagi.." balas Dania geram.

"Nia jangan nangis,"

Dania masih menangis, dia tidak dapat menahan kesedihan itu. Uyu buntu.

Uyu bingkas bangun, dia keluar dari bilik itu kemudian menelefon Tengku Arissya. Dia yakin hanya gadis itu dapat membantu Dania kembali tenang.

"Kak Arissya! Uyu ni.. akak tolong, Dania tak berhenti nangis ni,"

"Hah? Nangis, kenapa? Dania sakit ke?" Soal Tengku Arissya.

"Dania.. diaaa.. diaa.."

"Dia kenapa?" Soal Tengku Arissya agak tinggi nada suaranya.

"Dania tengah sedih, dia kecewa dengan Abang Harith," balas Uyu membuatkan Tengku Arissya terkedu.

'Kecewa dengan Tengku Harith? Kenapa ni, apa dah jadi sebenarnya?' Desis hati Tengku Arissya.

"Kak Arissya busy tak? Boleh tak datang rumah Uyu? Uyu bagi location,"

"Akak kat ofis lagi ni Uyu, kejap lagi nak jumpa klien bisnes, boleh tak esok?"

"Esok pagi ke?"

"Yup, pujuk dulu Dania ya. Nanti akak pergi pagi esok. Tapi jangan lupa send location malam ni,"

"Okay akak,"

Tengku Arissya tidak boleh batalkan pertemuannya dengan kliennya pada malam itu, lagipun dia ada urusan penting. Jadi esok saja dia akan ke rumah Uyu memujuk Dania. Dia harap semuanya dalam keadaan baik-baik saja.

Tengku Harith Zaqwan melabuhkan punggungnya di katil, dia kemudiannya baring. Baru dapat dia rehat. Hari ini dia agak tenang sedikit, semuanya sudah selesai. Dia harap Dania akan memahami sesuatu. Bukan bermaksud dia ingin melukakan hati Dania, namun dia terpaksa. Biarlah Dania terluka sekarang, asalkan jangan dikemudian hari.

Dania masih terlalu muda, dia berhak mendapatkan lelaki yang lebih baik daripadanya. Seseorang yang boleh mencintainya seadaanya. Kerana hati milik Tengku Harith Zaqwan cuma bertakhta akan satu nama. Meskipun hakikatnya Tengku Arissya tidak lagi mencintainya, tapi cinta dia pada gadis itu tetap tidak berubah.

Keesokannya awal pagi lagi Tengku Arissya ke rumah Uyu, dia masuk lewat office disebabkan hal tersebut. Sudah dia maklumkan pada adiknya Tengku Elvia.

Sampai saja di rumah Uyu, loceng diluar pintu ditekan.

"Siapa tu?" Soal Dania lemah.

"Tak apa kau duduk aje sini, aku tahu siapa yang datang," balas Uyu segera menapak ke luar membuka pintu.

Tengku Arissya tergesa-gesa masuk ke dalam rumah itu, menuju ke ruangan dapur. Mereka berdua tadinya sedang breakfast.

"Kak Arissya?" Soal Dania terkedu. Dia kemudiannya memandang ke arah Uyu. Uyu buat tak tahu.

"Dania okay?" Soal Tengku Arissya.

"Kak Arissya duduklah dulu ya. Uyu nak ke bilik kejap bersiap ke tempat kerja,"

Tengku Arissya hanya mengangguk perlahan. Dania tiba-tiba memeluk Tengku Arissya. Dia menangis.

"Apa sebenarnya dah jadi?" Soal Tengku Arissya setelah merenggangkan pelukan itu.

Dania menceritakan segalanya, tapi cerita Dania lebih kepada dia menyatakan yang Tengku Harith Zaqwan memberi harapan palsu sehingga mengundang amarah yang membara dihati Tengku Arissya. Dia langsung tidak menyangka begitu sikap bekas suaminya.

"Tak apa Nia jangan sedih. Kak Arissya janji akan buat perhitungan dengan dia,"

"Err.. eh tak apalah kak, Nia redha. Biarlah dia bahagia dengan girlfriend dia tu,"

"Tapi cara dia salah. Dia tak sepatutnya buat Nia macam ni!"

"Tak apa, Nia boleh ubati luka hati ni sendiri,"

"No! I say no! Akak akan jumpa dia. Akak tak suka dia buat Nia macam ni,"

"Hmm terpulanglah pada akak," balas Dania lega dapat meluahkan semuanya.

Kereta milik Tengku Arissya laju membelah jalan. Dia begitu marah dengan Tengku Harith Zaqwan. Bagi dia, apa yang bekas suaminya lakukan sudah melampaui batas, dia tidak sepatutnya mempermainkan hati dan perasaan Dania.

Sekarang ini Tengku Arissya sedang menuju ke ofis Tengku Harith Zaqwan untuk membuat perhitungan.

Tengku Harith Zaqwan baru sampai ofis, Hud Mikail masuk. Ada sesuatu yang dia nak tanya.

"Masuk!"

"Kau rupanya, masuklah,"

"Harith.. ni haa.. aku nak bagitahu kau, jam sebelas pagi kita ada meeting penting,"

"Alright. Lagi?"

"Ni dokumen yang perlu kau tandatangani,"

Tengku Harith Zaqwan menandatangani beberapa dokumen.

"Harith macam mana dengan yang lakonan tu? Kau dah settlekan ke?"

"Alhamdulillah, dah. Dania dah tahu hakikatnya, ni semua atas bantuan Sharleez,"

"Wah.. baguslah, setidaknya beban yang kau tanggung dah reda," balas Hud Mikail.

Tengku Arissya sudah sampai di ofis Tengku Harith Zaqwan, laju langkahnya menghala ke bilik bekas suaminya, dia langsung tidak pedulikan setiausaha Tengku Harith Zaqwan yang cuba menghalangnya. Dia siap bagi amaran keras. Maka, terdiamlah setiausaha suaminya itu.

"Sampai bila kau nak tipu Arissya yang kau tu amnesia?" Soal Hud Mikail.

Pertanyaan itu jelas kedengaran dicuping telinga Tengku Arissya. Membuatkan dia terdiam seketika, tidak jadi melulu masuk ke ofis milik Tengku Harith Zaqwan.

"Sampai semuanya selesai Hud. Arissya tak boleh tahu aku tipu dia. Aku kena terus berlakon jadi seseorang yang lupa ingatan,"

"Tapi suatu hari Arissya akan tahu juga,"

"Betul, bila tiba masanya. Bukan sekarang Hud,"

"Tapi menurut aku lebih baik kau hentikan semua ni. Kalau Arissya tahu mesti dia marah,"

"Biarlah dia marah sekalipun, lagipun aku buat semua ni untuk kebaikan dia juga," balas Tengku Harith Zaqwan.

Tiba-tiba pintu terkuak luas, terlihat satu susuk tubuh kecil milik Tengku Arissya di situ yang sedang berdiri dengan wajah yang penuh kecewa.

Tengku Harith Zaqwan dan Hud Mikail terkedu, mereka berdua menelan saliva. Oh my god! Tengku Arissya sudah mendengar semuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience