Rate

BAB 255

Romance Series 197233

Dua tiga hari kemudian, Tengku Harith Zaqwan menerima panggilan daripada Hud Mikail. Dari situ mereka berbual-bual panjang, kebetulan hujung minggu. Cuti. Dapatlah berbual lama menerusi telefon.

"Hahaha..aku still single. Tak ada masa nak cari calon isteri kat sini," ucap Tengku Harith Zaqwan apabila dia diusik tentang calon isteri.

"Eh, dengar cerita kat sana perempuan cantik-cantik. Tak nak kenalkan aku dengan kawan ofis kau ke?" Soal Hud Mikail.

Sekali lagi Tengku Harith Zaqwan tergelak, "Kau ni menempah mautlah. Kalaulah Ariana tu tahu pasal ni, habislah kau!"

"Tak apa isteri aku tak tahu..."

"Ehem ehem..." Iris Ariana berdehem. Rupanya dia terdengar perbualan suaminya dengan Tengku Harith Zaqwan.

"Abang jangan macam-macam!" Jerit Iris Ariana yang sedang menonton TV di ruang tamu.

"Err..tak ada apalah sayang.." balas Hud Mikail, dia bingkas bangun menapak ke halaman luar ruang rumahnya.

Tengku Harith Zaqwan tersengih, dia dengar semuanya.

"Ambik kau! Isteri tengah pregnant ada hati nak aku kenalkan kau dengan kawan ofis aku.."

Hud Mikail tersengih, "Aku gurau ajelah Harith. Ariana cinta aku sampai mati..."

"Owh okaylah, bagus tu. Oh ya, macam mana bisnes kat sana? Everything okay ke?"

"Everything okay setakat ni, tapi aku ni tak adalah sibuk macam Arissya tu. Kau tahu tak aku jumpa Arissya dengan lelaki lain waktu lunch tempoh hari, tengah handle projek baru.." ucap Hud Mikail lantang menyuarakan semua itu. Dia sudah terlanjur kata. Lain jadinya, berubah terus muka Tengku Harith Zaqwan.

"Owh yeke? Siapa lelaki tu?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Suaranya perlahan bertanya.

'Bodohlah kau! Kenapa kau cakap kat Harith ni!' Desis hati Hud Mikail. Dia tak sepatutnya menyebut tentang perkara itu.

"Hud?"

"Err... Owh dengan Airel Azumi.."

"Anak Datuk Iqbal?"

"Kau kenal dia?"

"Pernah kenal, dulu dia study dan kerja kat luar negara. So, sekarang dia handle syarikat papa dia ke?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Yup, mungkin kut. Aku tak berapa kenal dengan anak Datuk Iqbal tu. So, tak tahulah.."

"Hmmm.. Arissya dengan dia ada apa-apa ke?"

"Entahlah Harith, aku tak tahu tapi nampak macam mesra aje aku tengok.."

"Owh baguslah, Arissya dah ada pengganti aku.."

"Errr.. kau sedih ke Harith?"

Tengku Harith Zaqwan tergelak besar, "Sedih?"

"Eh, kau gila ke Hud? Aku nak sedih buat apa? Biarlah Arissya bahagia. Dia dah jumpa lelaki yang sesuai dengan dia. So, teruskan ajelah. Aku doakan dia bahagia.." sambungnya.

Aneh kedengarannya, tadi suara itu perlahan tapi sekarang ketawa. Seakan cuba menutupi kesedihan di hatinya.

"Kau okay ke Harith?"

"Kau tanya aku soalan bodoh macam ni buat apa?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Marah. Tiba-tiba marah? Hud Mikail tersengih.

"Kau lagi bodoh tahu tak! Hei, aku kenallah kau Harith. Kau tak payahlah berlagak kau okay sekarang ni. Aku tahu kau tengah sedih kalau perangai kau macam ni.."

"Apa kau cakap ni!"

"Aku cakap benda yang betul, aku kenallah ketawa kau tu.. lepas ketawa kau akan marah aku biasanya. Kau akan cakap yang kau okay, tapi sebenarnya tak!" Lantang Hud Mikail menyuarakannya. Geram juga dia dengan perangai Tengku Harith Zaqwan.

"Kau dengar sini, kau dengar!" Jerkah Hud Mikail, dia pula rasa nak marah. Tak tahulah syaitan apa yang merasuk dalam tubuhnya.

"Kau apahal ni nak marah aku?"

"Hei, kau dengar sini. Dengar! Aku belum habis cakap lagi ni..."

"Kalau kau betul-betul cintakan Tengku Arissya Binti Datuk Mustaqim tu lebih baik kau balik sini, rebut hati dia. Sebelum kau betul-betul menyesal lepaskan dia kat lelaki tu.."

"Kau cakap apa ni?"

"Aku tengah nak sedarkan kau. Bro sakit tahu tak hilang orang yang kita sayang ni. Sakitttt.."

"Sekarang ni kau pilih dua benda ni, mana satu kau nak. Kau nak terus kekal ego dan akhirnya kehilangan Tengku Arissya. Atau kau nak usaha untuk rebut hati Tengku Arissya semula. Kau pilih, Harith! Kau cuma ada satu pilihan aje..."

"Tapi Hud, aku yakin yang Arissya dah pilih Airel Azumi. Dia tak kurang hebatnya.."

"Kau ni bodohlah, balik sini dapatkan Tengku Arissya pun tak. Tapi sibuk nak bercakap soal keyakinan dengan aku. Balik dululah!" Marah Hud Mikail. Kali ni dia geram. Itu yang dia mengamuk tiba-tiba.

"Tapi aku..."

"Pergi mampuslah kau!!!!" Tengking Hud Mikail. Dia kemudiannya mematikan telefon bimbitnya.

Tengku Harith Zaqwan melepaskan keluhan berat.

"Abang are you okay?" Soal Iris Ariana yang sudah menapak keluar ke ruang halaman taman rumah mereka.

"Abang kenapa ni? Kenapa Ariana dengar abang marahkan Harith.."

Kali ini Hud Mikail bersuara, "Abang geram dengan Harith tu. Asyik junjung ego dia tu aje. Tak pernah nak mengalah. Dia nak ke hilang Arissya nanti?"

"Abang.. kadang abang tak adil juga tahu tak. Abang cakap Harith tu ego, tapi abang tak sedar ke dia dah rendahkan ego dia sampai jadi pengemis cinta Arissya suatu masa dahulu. Abang lupa ke usaha Harith selama ni? Macam mana dia perjuangkan Tengku Arissya?"

Hud Mikail terdiam.

"Abang lupa ke apa yang Harith buat selama ni? Dia berkorban segalanya, malah sanggup mempertaruhkan nyawa dia demi Tengku Arissya. Bukan sekali dia masuk hospital, tapi dua tiga kali tewas. Untuk apa semua tu sayang? Untuk meraih cinta perempuan yang bernama Tengku Arissya.."

Hud Mikail mengangkat wajahnya. Matanya redup melihat isterinya. Benar juga kata-kata isterinya, kenapalah dia marahkan Tengku Harith Zaqwan pula.

"Ariana bukan nak bela sesiapa. Tapi sebelum kita dipertemukan, Ariana pernah jumpa Harith atas urusan wasiat Tengku Suria. Dari situlah Ariana dapat lihat macam mana dia struggle untuk dapatkan cinta dia. Ariana tak pernah tengok lelaki segigih Tengku Harith Zaqwan tu, bersungguhnya dia nak perbaiki keadaan, nak kembali bersatu dengan Tengku Arissya. Tapi sayangnya, apa yang kita lihat sekaranglah terjadi..."

"Sayang benar, abang salah sebab marahkan Harith tadi.."

"Tak apalah, cuma Ariana nak pesan. Kadang kita tak ada dalam situasi orang tu, jadi kita takkan faham apa yang dia rasa. Sebaiknya.. jangan cepat menghukum... Kita doa ajelah yang baik-baik.." nasihat seorang peguam berkaliber pada suaminya. Hud Mikail mengangguk faham.

"Abang nak call Harith minta maaf.."

"Whatsapp aje sayang.." balas Iris Ariana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience