Rate

BAB 190

Romance Series 197165

"Morning paa.."

"Morning, meh join papa breakfast dengan Harith," pelawa Datuk Mustaqim.

"It's okay, Arissya breakfast dengan Faqrul pagi ni,"

"Papa tak suka Arissya dekat dengan dia,"

"Tapi kami sekadar breakfast aje paa, don't worry,"

"Arissya nak breakfast macam mana tanpa ada kereta?" Balas Datuk Mustaqim.

"Pak Cik Asmawi ada,"

"Asmawi akan hantar papa ke Melaka sekejap lagi, papa kena jumpa klien penting,"

Terdiam Tengku Arissya, dia menjerling ke arah Tengku Harith Zaqwan yang sedang menikmati sarapan pagi itu. Mesti bekas suaminya itu sedang tertawakan dia.

"So now Arissya duduk, kita breakfast sama-sama. Kejap lagi Harith yang akan hantar Arissya ke ofis,"

"Tapi kereta Harith tu rosak teruk juga, tak bahaya ke?"

"Tak, papa dah minta Asmawi check, tak ada apapun.."

Tiba-tiba telefon Tengku Arissya berdering minta diangkat, dia segera berlalu pergi dari meja makan itu.

"You kat mana? I dah tunggu you kat kawasan ofis ni,"

"Sorry I tak dapat temankan you breakfast,"

"But why?"

"Kereta I rosak, accident masa nak balik rumah petang semalam.."

"Hah? Macam mana dengan keadaan you. You okay?"

"Okay aje, sorry ya. I breakfast kat rumah aje," balas Tengku Arissya.

"Okay, take care!" Balas Faqrul.

Faqrul bukan main sakit hati. Tengku Arissya memang mengada betul! Penat-penat dia hadap jammed, senang-senang pula perempuan tu cakap tak jadi breakfast.

'Sepatutnya accident petang semalam kau mati aje, senanglah!' Desis hati Faqrul bengang.

Selesai breakfast Tengku Arissya ke tempat kerja bersama Tengku Harith Zaqwan.

Sampai saja mereka di tempat parkir kereta, Tengku Harith Zaqwan turun dari kereta dan siap bukakan pintu kereta untuk Tengku Arissya.

"Thanks.." ucap Tengku Arissya.

"Arissya pasal kereta tu don't worry, bila dah siap abang akan bawa kereta tu kat sini,"

"Nanti you bagitahu I harga siap kereta tu ya,"

"Okay, take care Arissya!" Balas Tengku Harith Zaqwan. Dia kembali ke rumahnya selepas menghantar Tengku Arissya. Dia perlu mandi dan tukar baju terlebih dahulu sebelum masuk kembali ke ofisnya.

"Pak Karim langsung tak tahu ke Harith ke mana? Semalaman dia tak balik ni," ucap Hud Mikail risau.

"Pak cik pun tak tahu. Tak ada pula Harith call pak cik ke apa bagitahu," jawab Pak Cik Karim.

"Assalamualaikum..." Sapa Tengku Harith Zaqwan yang sudah menapak masuk ke ruang tamu.

"Harith, kau okay ke ni?" Soal Hud Mikail. Jelas wajahnya penuh dengan keresahan.

Tengku Harith Zaqwan senyum, "Sorry aku tidur rumah Datuk Mustaqim semalam. Kereta Arissya rosak, so aku tolong dia. Lepas tu Datuk minta aku tidur sana, dah lewat pagi kan.."

"Lega aku dengar, aku ingatkan kau kena culik ke apa,"

Tengku Harith Zaqwan tergelak, "Eh taklah. Aku okay. Aku naik atas dululah. Nak bersiap-siap ke ofis pula,"

"Okay.."

"Tak guna!"

Habis meja ofis Tengku Qistina berterabur disepahkannya. Dia mengamuk pada pagi itu. Mengamuk kerana terpandangkan Tengku Harith Zaqwan bersama Tengku Arissya.

"Siap kau Arissya!"

"Kau memang sengaja nak buat aku naik angin kan.. kau sengaja goda dia. Buat dia jadi milik kau. Entah-entah kau sendiri dah tahu yang Harith pemilik tunggal harta Tengku Suria. Sebab tu kau nak bersaing dengan aku," sambung Tengku Qistina.

Dia benar-benar marah bila melihat Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya ditempat parkir kereta berdua.

"Hisyh mana Harith ni, kenapa dia tak call aku. Dah siap ke tak kereta tu ya.." ucap Tengku Arissya bercakap sendiri.

Tiba-tiba bunyi ketukan pintu di ofisnya.

"Masuk!"

"Hai kakak!"

"Elvia, masuklah.."

"Thank you, ni Elvia ada nak minta kakak tandatangan dokumen ni," balas Tengku Elvia sambil menghulurkan fail itu.

Tengku Arissya menyambut fail itu dan segera menandatangani dokumen itu.

"Dah siap!"

"Thanks. Kakak hmm Elvia nak ajak akak malam ni datang rumah,"

"Untuk apa?"

"Elvia dengan Emir ada buat makan-makan sikit.."

"Owh okay, insya-Allah akak akan cuba datang,"

"Cuba datang, kenapa? Akak ada temujanji lain ke?"

"Tak, sebenarnya kereta akak rosak semalam. So, kalau tak siap lagi kereta tu.. mungkin susah untuk akak datang,"

"Tak apa, akak balik ajelah dengan Elvia petang nanti,"

"Tak boleh, akak tengah tunggu Harith call.."

"Abang Harith? Aik, apa kena dengan Abang Harith nak call pula?" Soal Tengku Elvia hairan.

Tengku Arissya menceritakan semua yang terjadi petang semalam.

"Wah.. akak, bagusnya Abang Harith tu. Dia betul-betul sayangkan akak.."

"Kenapa kaitkan dengan rasa sayang pula?"

"Tak semua lelaki macam Abang Harith akak. Dia baik. Percayalah, apa yang jadi dulu bukan salah dia," balas Tengku Elvia.

"Tak kisahlah apapun, akak tak nak cakap pasal ni.."

'Suatu hari akak akan menyesal, waktu tu akak akan cakap akak nak tahu semuanya. Tapi waktu tu Elvia tak tahu akak masih diberi kesempatan atau tidak untuk memperbaiki semuanya..' desis hati Tengku Elvia.

Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon milik Tengku Arissya, segera dia menjawabnya.

"Bila?"

"Petang ni,"

"Abang jemput Arissya kat ofis," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Okay,"

"Kenapa kak?"

"Harith bagitahu dia jemput akak petang ni. Dia akan bawa akak ke bengkel tu ambil kereta,"

"Owh okay, jangan lupa ajak Abang Harith sekali malam ni,"

"Kenapa nak kena ajak dia pula,"

"Bukan majlis akak okay, Elvia punya. So, jangan lupa ajak Abang Harith. Bye!" Balas Tengku Elvia yang sudah berlalu dengan satu senyuman.

Petang itu Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya ke bengkel kereta. Tengku Qistina pula ke tempat kerja Tengku Harith Zaqwan tapi malangnya lelaki itu sudah keluar awal dari ofisnya. Bukan main sakit hati dia. Entah ke manalah lelaki pujaan hatinya pergi.

'Ni mesti keluar dengan Arissya, tak guna punya perempuan!' desis hati Tengku Qistina marah. Mahu dicarinya tidak pula dia tahu ke mana perginya mereka berdua.

"Owh ya lupa I nak bagitahu you, Elvia ajak you datang rumah dia malam ni,"

"Rumah Elvia yang baru tu ke?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"You tahu dari mana?"

"I hantar Elvia balik hari tu, lagipun dia tak sihat. I follow dari belakang," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Tak sihat? Bila?"

"Dia pening sikit aje, cuma I risau kalau dia drive sorang-sorang balik rumah,"

Tengku Arissya terdiam.

"Arissya datang tak malam ni?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Hmm datang,"

"Owh.. abang pun datang. Jumpa malam ni ya.."

"Tak penat ke? Datang ambil I, lepas tu balik. Nak datang pula rumah Elvia malam ni,"

"Elvia ajak mesti abang datang, abang nak raikan dia.."

"Kejap! Haa.. dah sampai ni," sambung Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan turun dari keretanya. Tengku Arissya juga sama.

"Abang tu kereta abang. Semua tayar dah ditukar, mana yang tak okay saya dah repair.."

"Okay, terima kasih..".

"Berapa dik repair semua tu?" Sampuk Tengku Arissya.

"Owh.. semuanya dah dibayar kak," balas pemuda itu.

"Hah? Dah dibayar. Siapa bayarkan?"

"Abang yang kat sebelah akak nilah yang bayar,"

"Owh ya abang, ni baki duit yang lebih," sambung pemuda itu yang berpaling ke arah Tengku Harith Zaqwan.

"Tak apa baki ni simpanlah ya. Abang sedekahkan," balas Tengku Harith Zaqwan bermurah hati.

"Banyak lebih ni bang,"

"Tak apa ambil aje,"

"Terima kasih abang.." balas pemuda itu dengan penuh rasa suka. Rezeki tak pernah salah alamat.

Tengku Harith Zaqwan berjalan ke arah kereta milik Tengku Arissya.

"Arissya dah siap semuanya. Ni anak kunci keretanya,"

"Kejap, I belum settle lagi dengan you Harith,"

"What?"

"You jangan buat-buat tak faham okay. Ni harga repair kereta I berapa?"

Belum sempat Tengku Harith Zaqwan bersuara, Tengku Arissya kembali bersuara, "Jangan lupa kira sekali ganti rugi yang I langgar kereta you tu.."

"Arissya tak perlu bayar. Anggaplah abang belanja,"

"Noo!!! You kena ambil duit ni Harith," ucap Tengku Arissya menghulurkan sejumlah wang pada bekas suaminya.

"Abang tak perlukan duit ni. Abang tak nak,".

"Habis tu you nak apa?"

"Abang nak Arissya boleh?" Usik Tengku Harith Zaqwan membuatkan Tengku Arissya merona merah pipinya.

"You jangan main-mainlah Harith, I serius ni.."

"Abang pun serius,"

"Harith pleaseee.."

"Arissya pleaseee.."

"Harith!"

"Arissya!" Balas Tengku Harith Zaqwan mengajuk percakapan Tengku Arissya. Dia tergelak melihat wajah masam mencuka milik kesayangannya. Makin marah makin cantik.

"Okaylah, kalau betul Arissya nak bagi abang something. Abang ambil tapi bukan duit, mungkin Arissya boleh belanja abang makan atau apa saja,"

"Okay, esok malam kita dinner," balas Tengku Arissya laju.

Membulat mata Tengku Harith Zaqwan mendengarnya. Terkedu. Tak sangka dia yang Tengku Arissya ajak dia dinner malam esok.

"Abang senang mendengarnya. Kita nak makan malam kat mana esok?"

"Nanti I whatsapp location kat you malam esok,"

"Alright. Thanks dear. Love you sayang!" Ucap Tengku Harith Zaqwan. Dia segera berlalu pergi dari situ.

Ketika Tengku Arissya masuk dalam keretanya dia tersenyum sendiri. Barangkali bahagia mendengar lafaz cinta itu. Mungkinkah masih ada cinta yang bertapak dihati itu?

Jika masih ada cinta pasti mereka berdua akan bersatu walau banyak manapun ujian yang menguji hati mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience