Rate

BAB 246

Romance Series 197165

"Sayang... are you okay?" Soal Adrian Smith walaupun dalam keadaan sakit ditembak.

"I'm okay, kau okay tak?"

Adrian Smith mengangguk faham, tapi tiba-tiba Sharleez marahkan kekasihnya itu.

"Kau tahu tak, apa yang kau buat tadi tu.. tindakan yang paling bodoh!" Ucap Sharleez, air matanya sudah mengalir perlahan.

"Why dear?"

"Yang kau pergi tahan kau punya tubuh tu kenapa? Kau ingat tubuh kau tu besi ke? Kau ingat kau tu robot?"

"Leez, I really love you!"

"Pergi mampuslah dengan love you kau tu!" Marah Sharleez, esakan sudah mula kedengaran.

"Please don't cry, my dear. I'm so sorry!" Balas Adrian Smith. Sempat lagi mereka bergaduh.

"Kau tahu tak aku takut tadi, aku takut hilang kau. Kau kan kekasih aku. Nanti kang tak sempat nak kahwin!" Kata-kata Sharleez kali ini mengundang senyum di wajah lelaki tampan itu.

"Okay, kita kahwin. Dah, tak nak gaduh lagi. Penat. Nak rawat luka ni dulu.." balas Adrian Smith membuatkan Sharleez tergelak kecil.

Pada ketika itu pihak polis sudah menangkap semua penyangak itu. Ambulans juga sudah datang membawa Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya ke hospital. Hud Mikail juga turut dibawa ke sana.

Semua keluarga Tengku Arissya berada di hospital, masih setia menunggu apa keputusan daripada doktor. Sebaik mengetahuinya, keluarga Tengku Arissya merasa sangat lega. Tengku Arissya selamat, tapi menurut doktor badannya masih lemah. Manakala Tengku Harith Zaqwan pula mengalami kecederaan yang parah, ada bahagian tulangnya patah. Jadi, dia perlukan masa untuk kembali sembuh.

Hud Mikail pula stabil, hanya mengalami kecederaan yang tidak serius dibahagian kepalanya. Mereka sudah ditempatkan di wad biasa. Namun, masih belum ada di antara mereka yang sedarkan diri.

Iris Ariana sudah nampak sembab matanya, barangkali menangis sedih mengenangkan keadaan Hud Mikail. Berapa kali dia melarang Hud Mikail pergi, namun Hud Mikail degil.

"Papa kesian kakak. Banyak yang lebam dibahagian mukanya. Jahat betul Tengku Qistina tu! Dasar perempuan gila!" Marah Tengku Elvia.

"Elvia sudahlah, semua dah berakhir. Arissya pun dah selamat. Papa nak kita sama-sama doakan kesembuhan Arissya ya.."

"Hmm yelah.."

"Macam mana sayang, Kak Arissya dah sedar tak?" Soal Tengku Emir Danish yang baru saja masuk ke bilik wad itu.

"Belum abang.."

"Tak apa, insya-Allah Kak Arissya akan kembali sembuh. Kita doakan ya.."

Tengku Elvia hanya mengangguk faham. Manakala di sebuah bilik Tengku Harith Zaqwan pula, kelihatan Adrian Smith, Darius, Rubina Elizaberth dan Sharkief berada di situ.

Adrian Smith kelihatan sudah berbalut dibahagian otot-ototnya. Sharleez juga sudah menerima rawatan. Dia tidak mengalami kecederaan yang teruk. Dia masih boleh bangun walaupun langkahnya agak lemah. Dia baru saja menapak masuk ke bilik itu setelah bercakap dengan pihak polis. Dia juga baru saja menerima perkhabaran buruk.

"Kesian Harith, terpaksa melalui semua ni.." ucap Darius sedih sambil menatap wajah Tengku Harith Zaqwan yang masih tertidur...

"Saya pun kesiankan Harith, abang. Saya harap Harith cepat sedar dan kembali sembuh.."

"Semua yang jadi ni mesti ada hikmahnya. Tak apa, derita Harith dah berakhir..."

"What do you mean?" Soal Adrian Smith pada Sharleez.

"Untuk pengetahuan semua, Tengku Delisha sudah meninggal dunia. Baru saja pihak polis maklumkan tadi.."

Semuanya tertunduk, merasa sangat kecewa. Benar, pada mulanya Tengku Delisha jahat. Dia bukanlah seorang wanita yang baik. Tapi jangan dilihat awal kehidupannya, lihatlah akhir pada kematiannya. Sebelum dia meninggal, dia telah banyak berubah. Kakaknya, Tengku Qistina tidak pernah mengetahui tentang perkara itu. Dia hanya hairan apabila adiknya mula memakai tudung, menganggap adiknya cuma ingin bertukar angin. Tapi tidak, Tengku Delisha sudah melalui satu penghijrahan.

Dia telah ditakdirkan oleh Allah menemui seorang nenek tua disebuah kampung, nenek itulah yang telah mengubahnya menjadi insan yang lebih baik. Di rumah nenek itu dia mula solat, dia mula membaca Al-Quran walaupun masih merangkak, dia mula menunaikan solat sunat, kemudiannya menggantikan solatnya yang telah dia tinggalkan selama ini. Sejak itu juga dia insaf dan bertaubat kepada Allah. Bukankah taubat seorang pendosa itu lebih mulia dibandingkan dengan kita.

Ketika dia pulang, dia merasa kecewa apabila kakaknya masih dengan kegiatan jahatnya. Dia sengaja berlakon di hadapan Tengku Qistina untuk terus menyokong segala kegiatan jahat kakaknya kerana dia nekad ingin menolong Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya. Dialah yang telah membantu Adrian Smith, memberitahu keberadaan di mana Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya.

Ketika itulah Adrian Smith mula bertindak, kerana pada saat itu Hud Mikail tidak juga pulang dalam masa setengah jam. Dan dari situlah segalanya bermula.

Menerima perkhabaran Tengku Delisha meninggal bukanlah sesuatu yang menggembirakan semua, tapi semua yang ada di situ merasa sangat sedih.

"Aku kagum pada dia. Dia berani menentang kakaknya sendiri. Dia juga sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan Harith," ucap Adrian Smith.

"Dia memang wanita terhebat.."

"Dia berani.." sampuk Sharkief pula. Darius dan Rubina Elizaberth mengangguk perlahan.

"Macam mana dengan Tengku Qistina?" Soal Adrian Smith.

"Tengku Qistina koma.." semua yang ada di situ terkedu.

"Faqrul dan yang lain pula sudah dipenjarakan," sambung Sharleez.

Malam itu Darius dan Rubina Elizaberth yang berada di hospital menunggu Tengku Harith Zaqwan. Tengku Arissya pula Datuk Mustaqim yang temankannya. Tengku Elvia terpaksa pulang, dia tidak boleh berlama di situ. Dia perlu menjaga anaknya.

Datuk Mustaqim sebak memandang anaknya yang masih belum sedarkan diri.

"Arissya.. papa ada kat sini. Bangunlah sayang..." Ucap Datuk Mustaqim perlahan.

"Papa tahu Arissya kuat. Arissya kena bangun. Papa tunggu ya. Papa dah lama tak berbual-bual dengan Arissya.. "

"Tolong jangan tinggalkan papa, cukuplah mama sorang je. Papa nak Arissya kekal ada dengan papa..." Ucapnya kali ini mengundang sebak, air mata Datuk Mustaqim gugur.

Datuk Mustaqim berharap anaknya akan segera sedarkan diri (sembuh). Dia mahu anaknya mencapai kebahagiaan, cukuplah hidup dalam penderitaan. Sebagai bapa, dia akan selalu mendoakan kebahagiaan anak-anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience