Rate

BAB 113

Romance Series 197233

Dua minggu kemudian..

Sejak Tengku Harith Zaqwan pulang ke Malaysia, semenjak itulah juga dia tidak pernah membiarkan tubuhnya istirehat tenang. Dia sentiasa sibuk dengan kerjanya. Outstation sana sini sampaikan Hud Mikail pun menggeleng melihat sikap abang sepupunya begitu, seolah-olah tidak mengenal erti rasa penat.

Pagi itu Tengku Harith Zaqwan masuk ofis, dia tetap hadir meeting. Terkedu Hud Mikail, tak terkata dia melihat abang sepupunya ada di ofis.. sedangkan semalam baru saja Tengku Harith Zaqwan balik daripada outstation.

Selesai meeting, Hud Mikail mengambil sedikit masa untuk bercakap dengan abang sepupunya.

"Harith, aku nak cakap dengan kau sikit ni.."

"Cakap sikit je? Okay, 10 saat aku bagi masa untuk kau bercakap," ucap Tengku Harith Zaqwan tersengih.

"Kau ni.. aduh, mana sempatlah kalau bagi aku masa 10 saat bercakap dengan kau," balas Hud Mikail.

Tengku Harith Zaqwan menepuk bahu Hud Mikail, "Aku gurau ajelah.."

"Macam nilah Hud, aku ada nak settle kerja sikit ni. So, kalau kau nak cakap dengan aku.. tunggu lunch nanti. Boleh?"

"Eh, mestilah boleh. Kau bos kan, aku ni pekerja biasa je," balas Hud Mikail.

"Kau tu adik sepupu aku okay. Dahlah, aku sambung kerja dulu," ucap Tengku Harith Zaqwan segera berlalu pergi dari bilik mesyuarat.

Jam sudah menunjukkan pukul dua petang, Tengku Harith Zaqwan baru siap kerjanya. Jenuh Hud Mikail menunggu, hampir setengah jam juga dia di situ.

"Eh, jomlah. Sorry lambat!" Ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Alah, tak apalah.." balas Hud Mikail. Mereka berdua segera ke salah sebuah restoran untuk menikmati makan tengah hari.

"Sedap juga makanan kat sini ya," ucap Tengku Harith Zaqwan. Berselera dia menikmati makanan itu.

Hud Mikail melihat Tengku Harith Zaqwan dengan satu pandangan yang sukar untuk dia tafsirkan.

"Eh, kenapa pandang aku macam tu? Ada sesuatu melekat kat muka aku ke?" Soal Tengku Harith Zaqwan sambil meraba mukanya.

"Taklah Harith, okay aje.."

"Dah tu kenapa pandang aku macam tu?"

"Sebab aku pelik dengan perangai kau.."

"Pelik macam mana?"

"Harith, kau tak kenal erti penat ke?"

Tengku Harith Zaqwan tergelak kecil, "Penat? Aku nak penat kenapa? Aku okay aje.."

Belum sempat Hud Mikail menjawab, Tengku Harith Zaqwan bersuara lagi, "Aku okaylah Hud, kau tak perlu risaukan aku.."

"Kau tak okay, Harith. Kau kritikal, kau sakit tak terluah.."

"Kau merepek apa ni!"

"Aku tak merepek, aku cakap benda betul. Aku tahulah Harith, kau sibuk sana sini outstation sampai tak pernah bagi masa untuk diri sendiri rehat, sebab kau nak lupakan Arissya kan?"

Mendengar nama Tengku Arissya, Tengku Harith Zaqwan marah, "Kau sebut nama dia buat apa?"

"Kenapa? Kenapa aku tak boleh sebut nama tu depan kau?"

"Sebab aku nak belajar lupakan dia!!!"

Hud Mikail tersenyum sinis, "Semakin kau belajar lupakan dia semakin kau akan rindu pada dia, itu aku yakin Harith. Sebab hati kau tu cuma milik Tengku Arissya Binti Datuk Mustaqim.."

"Kau tak faham Hud, kau tak faham!!!"

"Apa yang aku tak faham lagi? Sudahlah Harith! Aku sedih tengok kau macam ni. Kenapa kau mesti seksa diri kau sendiri? Kau biarkan tubuh badan kau penat tanpa rehat, kau tu sekarang nampak macam orang sakit tahu tak. Muka kau tu pucat, badan kau tu susut.."

"Badan aku susut? Eh, kau tak tengok ke aku makan tadi. Banyak kut.."

"Banyak? Kau tipu orang lain bolehlah, bukan aku! Kau ingat aku tak tahu ke kau tipu aku. Eh, aku pernahlah tengok kau termenung depan makanan. Kau makan sikit je. Lauk yang Mak Cik Timah masak pun kadang langsung kau tak sentuh.."

Kali ini Tengku Harith Zaqwan terdiam. Matanya sudah berkaca, dia berpaling ke kanan.. cuba menyembunyikan kesedihannya.

"Kau tak perlu risaulah Hud, aku okay aje. Kalau aku tak okay pun, aku yakin aku mampu merawat sendiri setiap rasa sakit dijiwa aku ni.."

"Aku tak yakin, Harith. Hanya Arissya yang dapat merawat jiwa kau yang terluka tu.."

"Enough Hud!"

"Harith, kalau kau masih cintakan Arissya kejarlah dia.."

"For what?"

"Untuk perjuangkan cinta kau!"

"Aku dah pernah berjuang berkali-kali, tapi hati aku dipatahkan Arissya juga sudah berulangkali Hud. Kalaulah kau faham betapa sakitnya cinta.. kau mesti tak nak kenal sesiapa pun dalam hidup kau.. tapi cinta tu anugerah, aku sudah terlanjur mencintai terlalu dalam sampai aku harus merasakan sakitnya juga terlalu dalam, Hud.." balas Tengku Harith Zaqwan sebak.

"Aku pernah juga kenal cinta, tapi luka cinta yang aku pernah rasa dulu tidak sesakit kau Harith, tidak separah kau!"

"Hud, sudahlah kau bahas soal ni lagi. Aku sedang belajar untuk melupakan Arissya dan benar-benar ingin melepaskan dia pergi jauh dari dalam hati aku,"

"Hmm... alright, tapi kau kena janji dengan aku something.."

"What?"

"Kau kena jaga kesihatan diri kau baik-baik. Aku sayang kau Harith, aku anggap kau macam abang aku sendiri. Aku cuma ada kau aje dalam dunia ni," balas Hud Mikail.

"Insya-Allah, Hud.."

"Tapi sampai bila kakak? Takkanlah nak menetap kat sini lagi?" Ucap Tengku Elvia.

"Elvia kalau nak balik Malaysia, baliklah dulu. Akak belum settle hal kat sini.."

"Hal apa lagi?"

"Nilah pasal kerja, ingat senang ke nak berhenti kerja? Kena buat macam-macam tau. Ni bukan kat Malaysia.."

"Alah, akak ni.. tapi lambatlah!" Rungut Tengku Elvia.

"Sebab tu akak kata, Elvia baliklah Malaysia dulu. Kesian papa nak kena handle syarikat family sorang-sorang. Dahlah lama tinggalkan papa kat Malaysia tu.."

"Papa Pak Cik Asmawi jaga. Kalau akak kesiankan papa, kenapa tak akak aje yang handle business family kita?"

"Ya Allah.. budak ni. Peninglah akak, Elvia ni bisinglah. Malaslah cakap!" Balas Tengku Arissya penat melayani karenah adiknya.

"Jawab akak!"

"Elvia okay, listen! Akak bukan tak fikir pasal tu.. tapi akak cuma perlukan masa. Akak belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebesar tu.."

"Kenapa Elvia boleh buat akak tak?"

"Elvia, akak ni dalam bidang pendidikan okay. Akak pernah jadi lecturer. You lainlah, you tu dah sejak dari universiti ambil bidang business.."

"Alasan!"

"Elvia please, tak payah buat mukalah," balas Tengku Arissya geram.

Kali ini Tengku Elvia tersengih, "Okay, sorry akak. Elvia harap akak buat keputusan secepat mungkin. Papa dah lama menanti akak untuk kita sama-sama terajui business tu.."

"Insya-Allah akak akan fikirkan," balas Tengku Arissya.

"So, bila kita nak balik Malaysia ni?" Soal Tengku Elvia lagi.

"Bagi akak settle dulu urusan kat sini, lepas tu kita balik Malaysia okay," balas Tengku Arissya.

"Alright. Hmm.. Elvia nak tanya sikit boleh?"

"Tanyalah," balas Tengku Arissya.

"Bila akak balik sana, akak akan cari tak Abang Harith?"

"Elvia, akak mengantuklah. Akak tidur dululah. Good night, dear.." balas Tengku Arissya segera menapak ke biliknya.

Tengku Arissya duduk dibirai katil, dia sempat mengunci pintu biliknya. Takut kalau adiknya masuk. Pertanyaan adiknya tadi buat Tengku Arissya sebak, tipulah kalau hati dia tidak merindui Tengku Harith Zaqwan. Mahu saja dia text tapi entahlah, dia sendiri dapat melihat di dp whatsapp milik Tengku Harith Zaqwan tanpa gambar. Biasanya dp whatsapp lelaki itu akan terhias dengan gambar wallpaper.

Mungkin Tengku Harith Zaqwan sudah memadam nombor telefonnya. Jadi, untuk apa dia perlu menghubungi lelaki itu lagi. Dia yakin Tengku Harith Zaqwan sudah melupakannya. Biarlah dia menjalani kehidupannya sendirian, kembali menbina hidup baru tanpa cinta. Mungkin Tengku Harith Zaqwan bukan jodohnya di dunia ini.

Untuk masa akan datang dia perlu melakukan sesuatu demi masa depannya. Dia sedang berfikir untuk menerima atau tidak tawaran papanya bekerja di syarikat keluarga. Dia perlu berfikir semasak-masaknya kerana menggalas tugas sebagai seorang pengurus syarikat tidaklah mudah, tanggungjawabnya tentu lebih besar. Dia perlu lebih bersedia menghadapi setiap risiko dan kemungkinan yang akan dia depani di masa akan datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience