Rate

BAB 131

Romance Series 197165

Selesai menunaikan solat zohor dan makan tengah hari, Tengku Arissya singgah di tempat membeli-belah. Matanya melilau mencari kedai menjual gadjet.

"Cik, nak cari handphone ke?" Sapa seorang jurujual lelaki muda itu.

"Handphone tak juga, saya cari tab.. yang sesuai untuk main game," balas Tengku Arissya.

"Untuk anak ke?"

"Eh, tak.. untuk dijadikan hadiah pada seseorang," balas Tengku Arissya.

"Owh.. boleh-boleh. Kejap saya carikan.."

Tengku Arissya menunggu di situ untuk beberapa minit, sementara jurujual itu mencari tab yang sesuai untuknya.

"Cik, ni tabnya.. pilihlah yang mana cik nak. Semua tab ni sesuai untuk main game,"

Tengku Arissya memerhati semua tab-tab itu, banyak jenama yang ada di situ. Akhirnya matanya tertarik pada satu tab yang brand Iphone.

"Saya nak yang ni. Berapa tab ni?" Soal Tengku Arissya.

"Tab ni agak mahal, nak dekat dua ribu cik," bagitahu jurujual itu. Tengku Arissya senyum, "It's okay, saya nak yang ni.."

"Colour?"

"White," balas Tengku Arissya.

"Okay, kejap ya," ucap jurujual itu tersenyum. Mana taknya, banyak komisen yang akan jurujual itu dapat.

Tengku Arissya jenis yang tidak cerewet, dia perempuan yang paling mudah pilih barang. Kalau dia rasa berkenan dihatinya, dia akan terus beli tanpa mempersoalkan apa-apa.

Selesai semuanya Tengku Arissya menapak keluar dari pusat membeli-belah itu, lagipun dia risaukan Tengku Harith Zaqwan yang tinggal sendirian di hospital.

"You I bosanlah, jom kita pergi melawat Harith nak?" Ucap Rubina Elizaberth.

"Dear, kejaplah. I nak tengok movie ni dulu," balas Darius.

"Bila you nak pergi?"

"Petang ni kita pergi melawat Harith, lepas asar.."

"Hm okay.." balas Rubina Elizaberth.

Tengku Arissya menapak masuk kembali ke bilik wad.

"Assalamualaikum.."

"Wa'alaikumussalam..." Jawab Tengku Harith Zaqwan yang sedang bersandar di atas katil hospital.

"Lamanya you keluar, you pergi mana Arissya. Pergi lunch ke you yang jadi chef?"

Tengku Arissya tidak menjawab pertanyaan itu, dia letak handbagnya atas sofa kemudian mendekati Tengku Harith Zaqwan bersama sesuatu ditangannya.

"Nah, ni I bagi hadiah untuk you. You bukalah," ucap Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan mengambil bungkusan itu.

"Apa benda dalam kotak ni?"

"Kalau tak buka kotak tu mana nak tahu,"

Tengku Harith Zaqwan membuka bungkusan itu, dia terkedu. Ada tab brand Iphone.

"Wow! Cantiknya tab ni. Mesti mahal kan," ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Mestilah cantik, I yang pilih. You suka tak?"

"Suka, thanks.." ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Welcome. So, lepas ni you tak adalah rasa bosan lagi ada kat hospital ni. Dah ada tab tu you boleh main game mana yang you nak, tapi I tetap nak pesan satu benda ni,"

"What?"

"Walaupun I bagi you tab ni untuk main game, you tak boleh sesuka hati main game berjam-jam. You kena banyak rehat biar cepat sembuh,"

"Okay I promise akan ikut cakap you tu.."

"Good! So, you dah lunch ke belum ni? Nurse ada hantar makanan tak?"

Belum sempat Tengku Harith Zaqwan menjawab, seorang jururwat masuk ke bilik wad itu menolak troli makanan.

"Masa untuk makan. Saya letak sini ya," ucap jururawat itu.

"Terima kasih," ucap Tengku Arissya pada jururawat itu sebelum berlalu pergi dari bilik wad itu.

"Jom lunch," ajak Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan menapak ke hujung katilnya untuk makan. Tengku Arissya pula hanya duduk di kerusi berhadapan Tengku Harith Zaqwan, menemani lelaki itu makan.

"You dah lunch?"

"Alhamdulillah dah lunch," balas Tengku Arissya.

Selesai makan Tengku Harith Zaqwan meneliti tab yang dibeli oleh Tengku Arissya.

"Tab tu I dah minta jurujual tu setting, so you cuma download aje game yang you nak main," ucap Tengku Arissya seakan mengerti apa yang bermain di fikiran Tengku Harith Zaqwan.

"Owh okay.."

Kedengaran bunyi ringtone telefon milik Tengku Arissya, segera dia menjawab panggilan itu.

"Still kat hospital. Why?"

"Elvia saja tanya, cadangnya nak ke sana, nak melawat Abang Harith,"

"Boleh aje, datanglah sini.."

"Okay, Elvia ke sana sekarang. Emir datang sekali tau, kami berdua baru lepas lunch.."

"Alright,"

"Siapa call you, buah hati ke?"

"Adik I, Tengku Elvia.." balas Tengku Arissya.

Setengah jam kemudian, Tengku Elvia dan Tengku Emir Danish sampai di hospital.

"Hai, kakak!" Sapa Tengku Elvia, dia mencium kedua belah pipi kakaknya.

"So, macam mana keadaan Abang Harith?"

"Doktor kata badannya masih lemah, tapi dah mula menunjukkan tanda-tanda positif," jelas Tengku Arissya.

Tengku Emir Danish pula duduk di hadapan Tengku Harith Zaqwan, mereka saling berkenalan dan berbual-bual kosong.

"Tengok tu, dah rancak sembang. Sihatlah tu nanti," balas Tengku Elvia sekilas memandang Tengku Harith Zaqwan.

"Insya-Allah, Harith dah sedarkan diri pun akak rasa dah bersyukur sangat.."

"So, lepas ni apa perancangan akak?"

"Perancangan apa?"

"Yelah, perancangan nak kerja ke lepas ni,"

"Soal tu akak tak fikir lagi, semua tu akan terjadi bila Harith dah keluar hospital. Lepas tu baru akak akan fokus pada kerja,"

"Kerja kat syarikat papa ke?"

"Hmm.. akak akan maklumkan kemudian,"

"Tapi Elvia harap sangat akak boleh kerja kat syarikat papa tu. Papa sangat berharap tau," ucap Tengku Elvia. Tengku Arissya hanya mendiamkan diri saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience