Rate

BAB 205

Romance Series 197233

Tengku Arissya masih memikirkan perihal semalam tentang orang gajinya. Siapa sebenarnya Rokiah a.k.a Kak Kiah, macam mana perempuan itu dapat memanjat pagar rumahnya dengan begitu mudah. Mana mungkin perempuan biasa mampu melakukannya.

Mungkin dia perlu bertanyakan papanya. Orang yang bertanggungjawab mencari orang gaji.

Tengku Arissya menapak ke bilik Datuk Mustaqim pada pagi itu.

"Masuk!"

"Hai, papa. Morning!"

"Morning!" Balas Datuk Mustaqim yang sedang menyiapkan kerja di biliknya.

"Papa busy tak?"

"Tak adalah busy mana, cuma nak siapkan kerja ni sikit. Kenapa Arissya?"

"Arissya nak cakap pasal Kak Kiah,"

"Kak Kiah? Kenapa dengan dia?" Soal Datuk Mustaqim hairan.

"Pagi semalam Arissya tengok Kak Kiah masuk ke rumah kita, entah dari mana dia. Tanpa minta kebenaran dia keluar macam tu aje," cerita Tengku Arissya.

"Agaknya ada urusanlah tu,"

"Tak!"

Datuk Mustaqim hairan, anaknya nampak begitu serius.

"Yang menghairankan papa tahu tak, rumah kita tu kan berkunci dalam jam dua tiga pagi. Macam mana dia boleh keluar tanpa ikut pintu utama?"

"Laa.. habis tu ikut laluan mana pula?"

"Papa tahu tak Kak Kiah panjat pagar rumah kita yang tinggi tu dengan begitu mudah.."

"Hah? Panjat pagar?"

"Ya! Jadinya Kak Kiah keluar melalui cara panjat pagar. Macam mana Kak Kiah yang usia macam tu boleh panjat pagar,"

Datuk Mustaqim ketawa.

"Papa why you ketawa pula ni?" Marah Tengku Arissya.

"Tak logik Arissya. Mungkin Arissya mamai kut. Yelah, waktu dah jam dua tiga pagi. Jangan nak mengarutlah," balas Datuk Mustaqim.

"Papa I'm serious!"

"Arissya sendiri tengok Kak Kiah panjat pagar masuk dalam rumah kita. Tapi tak tahulah dia masuk bilik dia ikut laluan mana pula," sambungnya.

"Entahlah, papa tak percaya.."

"Papa kena percaya. Arissya cuma takut orang gaji yang papa sangkakan baik tu bawa jantan ke masuk bilik dia. Siapa tahu kan!"

"Arissya tak baik menuduh. Selama ni Kak Kiah begitu baik menjaga Arissya. Papa percayakan dia," balas Datuk Mustaqim.

"Tapi papa.. Arissya risau sekiranya kecurigaan ini benar. Papa tak dengar ke sekarang ni macam-macam boleh terjadi, orang gaji bawa jantan masuk bilik buat maksiat, kadang tu curi emas bawa lari atau apa sajalah," Tengku Arissya sudah mencurigai Rokiah a.k.a Sharleez.

"Arissya enough!"

"Papa Arissya cakap benda betul,"

"Okay, kalau Arissya curiga pada Kak Kiah. Ada baiknya Arissya balik, lepas tu bertanyakan Kak Kiah sendiri.."

"Tapi macam mana kalau Kak Kiah memutarbelitkan fakta?"

"Arissya tak baik berprasangka buruk dengan orang, tanya dulu.."

"Hmm okay, malam ni kita tanya Kak Kiah.."

"Papa kena ada juga ke?"

"Yup, sebab papa yang ambil Kak Kiah jadi orang gaji dirumah kita kan.."

"Okay, malam ni kita tanya. Papa balik awal," balas Datuk Mustaqim bersetuju.

"Tak sabar nak hidup dengan you, sayang.." ucap Hud Mikail gembira.

Tidak lama lagi dia akan berkahwin dengan Iris Ariana. Lama dia tidak menemui kesayangannya. Baru hari ini sempat. Kerjanya pun agak banyak sejak menggantikan abang sepupunya menguruskan semua projek yang masuk.

"I pun sama Hud. Terima kasih sudi memperisterikan I,"

"Sama-sama sayang. I akan cuba jadi seorang suami yang baik untuk you. I harap kita akan sama-sama saling melengkapi setiap kekurangan tu.."

"Insya-Allah Hud.."

"Mana Harith, I tak nampak pun you dengan dia sekarang ni? Biasa you dengan dialah yang selalu keluar lunch," sambung Iris Ariana.

"Harith ada di Langkawi, dia bercuti dengan Qistina.."

"Hah? Tengku Qistina?"

"Yup, dengan perempuan gedik tulah. I pun tak fahamlah," balas Hud Mikail.

"Hud you tahu tak, Tengku Qistina tu sepupu I. You tahu kan I dah tahu pasal Harith dengan Qistina, apa yang pernah terjadi antara mereka berdua.."

"Sepupu you yup, tapi kan you..."

"You nak cakap yang perangai I tak sama dengan dia pun kan," balas Iris Ariana. Hud Mikail senyum dalam anggukannya.

"Maafkan I kalau apa yang I cakap tadi pasal sepupu you tu buat you berkecil hati. Tapi seriously sayang, I tak suka dia. Sebab dialah abang sepupu I menderita. Berpisah dengan Tengku Arissya.."

"Tak apa Hud, I okay. Qistina memang macam tu, dia akan dapatkan apa yang dia nak. Jadi, dia sanggup buat apa saja.."

"Yup, tulah yang I risaukan sekarang. You tahu tak, sepupu you tu.. hmm tak apalah, I cerita dengan you lain kali.." balas Hud Mikail serba salah. Takkanlah dia nak bagitahu mengenai rancangan Tengku Harith Zaqwan pada bakal isterinya.

"Ada apa you nak cuba sampaikan pada I?"

"Nothing.. suatu hari you akan tahu juga sayang.."

"Hmm okay. Actually, I dah lama tak jumpa Qistina tu. Dengan adik dia pun sama. I tak tahu sebelum ni dia kat mana.."

"Qistina tu baru balik dari luar negara, lepas tu dia cari Harith. You tahu tak Harith dengan dia bercinta..."

"What? Setahu I Harith sangat bencikan Qistina.."

"Betul, tapi ada sebabnya sayang Harith berbuat begitu. Harith berpura-pura hilang ingatan, Qistina tak pernah tahu pasal ni pun.."

"Why Hud?"

"Macam I kata tadi, one day you akan tahu sayang everything.."

"I tak kisah kalau you berat hati nak bagitahu I, tapi I harap semoga Allah lindungi Harith daripada segala bahaya. Sebab I kenal Qistina tu.. dia boleh bertindak diluar batasannya.."

"Insya-Allah sayang sama-sama kita doakan.." balas Hud Mikail. Dalam hati dia juga punya satu kekhuatiran. Tapi dia yakin abang sepupunya mampu menempuhi semua ujian hidup ini.

Pada malamnya Tengku Arissya dan Datuk Mustaqim baru saja selesai menikmati makan malam. Rokiah a.k.a Kak Kiah sudah menapak ke ruang tamu.

"Ada apa Datuk nak jumpa?" Soal Rokiah.

"Duduk," balas Datuk Mustaqim. Wajah Tengku Arissya masam mencuka. Rokiah jadi hairan, pasti ada sebabnya dia dipanggil.

"Semalam Kak Kiah ada pergi mana-mana tak?" Soal Tengku Arissya merenung wajah Rokiah a.k.a Sharleez.

'Mampus aku! Dia tengok ke aku keluar semalam eh? Apa yang harus aku buat ni?' Desis hati Rokiah a.k.a Sharleez.

"Kenapa Arissya?" Soal Rokiah a.k.a Sharleez main hentam. Dia sedang berusaha mencari sebuah penyelesaian. Ligat berfikir laju sekencang angin.

"Arissya tengok kamu panjat pagar pagi semalam, itu yang menghairankan," sampuk Datuk Mustaqim.

Rokiah a.k.a Sharleez terkedu, tapi reaksi mukanya nampak bersahaja. Nampaknya dia perlu melakonkan watak sedih pada malam itu.

"Betul ke tu Kak Kiah yang Arissya nampak? Kenapa keluar tanpa izin dan kenapa perlu panjat pagar. Why?" Soal Tengku Arissya tegas yang sudah berdiri.

Rokiah a.k.a Sharleez tiba-tiba menangis. Tengku Arissya dan Datuk Mustaqim hairan, mereka saling berpandangan.

"Sebenarnya pagi semalam Kak Kiah keluar jumpa sepupu, ada yang call bagitahu dia kemalangan. Kak Kiah terus ke sana," ucapnya..

"Rumah? Kenapa orang yang kemalangan ada kat rumah pula?" Soal Tengku Arissya.

Rokiah a.k.a Sharleez terdiam seketika, rupanya tidak mudah mematahkan soalan demi soalan dari anak majikannya.

"Sebenarnya pagi semalam ada orang jumpa sepupu Kak Kiah jatuh motor kena langgar, orang tu hantar kat rumah aje. Sepupu tak nak ke hospital,"

"Kenapa tak nak ke hospital? Atas sebab apa?"

Tangisan Rokiah a.k.a Sharleez kembali melebat.

"Arissya.. Kak Kiah ni pun bukannya orang yang berduit, asal kampung aje. Hidup Kak Kiah pernah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kadang kalau tak ada duit terpaksa berlapar. Samalah macam sepupu Kak Kiah tu, dia pun tak berduit. Jadi daripada dia ke hospital rawat luka jatuh motor tu, lebih baik dia memilih untuk rawat sendiri.."

Ada kesayuan bertapak di hati Tengku Arissya, begitu juga dihati Datuk Mustaqim.

"Kak Kiah jumpa dia tergesa-gesa pagi semalam. Emergency. Kak Kiah nak tolong dia, bagi duit. Hantar ke hospital supaya rawat luka tu tapi dia tak nak.."

"Kenapa tak minta izin kami dulu untuk keluar?"

"Kak Kiah tak nak ganggu sesiapa tidur. Yelah, Datuk pun dah balik lewat. Mesti penat nak rehat. Sebab tulah Kak Kiah ambil jalan mudah keluar ikut tingkap dan pintu pagar," balas Rokiah a.k.a Sharleez.

"Hmm.. macam mana keadaan sepupu Kak Kiah sekarang ni?" Soal Tengku Arissya sudah tidak begitu tegas pertanyaannya.

"Alhamdulillah dah nampak semakin baik,"

"Apa kata esok kita jumpa sepupu Kak Kiah tu? Arissya nak bawa dia ke hospital," ucap Tengku Arissya membuatkan Rokiah a.k.a Sharleez terkedu.

"Tak apalah Arissya, katanya dah baik luka jatuh motor tu sikit. Kalau Arissya ke rumah dia pun, dia pasti tetap berdegil tak mahu ke hospital.. lagipun Kak Kiah kenal sangatlah perangai dia tu.. susah nak dibawa berbincang," balas Rokiah a.k.a Sharleez dengan riak wajah yang penuh diselubungi kesedihan.

"Kejap!" Ucap Tengku Arissya. Dia menapak ke tingkat atas laju. Seakan mahu mengambil sesuatu. Datuk Mustaqim juga tidak bertanyakan apa-apa. Dia hanya menjadi pemerhati.

"Kak Kiah maafkanlah sikap Arissya tu. Sejak dia berpisah dengan suaminya, tak mudah dia mempercayai sesiapa lagi," ucap Datuk Mustaqim.

"Tak apa saya faham. Arissya tak bersalah pun, dia sedang melakukan perkara yang betul," balas Rokiah a.k.a Sharleez. Namun dihatinya penuh gementar dan tertanya-tanya, apa tujuan anak majikannya meminta dia menunggu.

Risau juga sekiranya cerita yang dia cipta penuh sandiwara itu tidak dipercayai, tidak pasal-pasal dia dihumban keluar dari rumah banglo mewah itu.

Beberapa minit kemudian, Tengku Arissya menapak turun dari tingkat atas. Dia menuju ke arah Rokiah a.k.a Sharleez, lalu mengenggam tangan itu dan memberikannya sejumlah wang ringgit.

"Arissya apa ni?"

"Kak Kiah ambillah duit ni,"

"Tapi Kak Kiah masih mahu berkhidmat di sini. Janganlah buat Kak Kiah macam ni," rayu Rokiah a.k.a Sharleez.

Tengku Arissya senyum, "Tak jangan cakap macam tu. Arissya selalu perlukan Kak Kiah. Duit ni Arissya bagi supaya Kak Kiah pujuk sepupu Kak Kiah tu ke hospital, kalau dia tak nak juga tak apalah. Setidaknya boleh beli ubat untuk merawat luka tu.."

Datuk Mustaqim yang sedang duduk di sofa itu tersenyum. Bangga memiliki seorang anak yang berhati pemurah.

"Eh, tak apalah. Duit ni banyak. Kak Kiah boleh guna duit sendiri aje," Rokiah a.k.a Sharleez menolak dengan cara baik.

"Tak apa ambil aje," balas Tengku Arissya meminta orang gajinya tetap mengambil duit itu. Akur akhirnya.

"Terima kasih, Arissya. Semoga Allah murahkan rezeki Arissya, juga Datuk.."

"Sama-sama Kak Kiah. Aamiin. Insya-Allah.."

"Tak apalah, sekarang ni Kak Kiah boleh masuk bilik. Rehatlah. Cuma satu aje Arissya nak pesan, lepas ni kalau nak minta tolong apa-apa bagitahu aje Arissya atau papa. Kak Kiah tak payahlah sampai keluar ikut tingkap dan pagar macam pencuri," pesanan itu disambut baik.

"Baiklah, Kak Kiah minta maaf ya. Lepas ni Kak Kiah tak buat lagi macam tu.."

Tengku Arissya mengangguk perlahan. Rokiah a.k.a Sharleez masuk ke biliknya. Dia rasa lega apabila cerita yang direkanya menjadi, jika tidak habislah segala yang dirancang. Sudah pasti yang akan menjadi mangsanya Tengku Harith Zaqwan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience