BAB 217

Romance Completed 198147

Selesai menemani Tengku Arissya, esoknya Tengku Harith Zaqwan masuk ke ofis. Risau sekiranya Tengku Qistina dapat menjejakinya.

"Lunch?"

"I busy Qistina, banyak kerja nak kena settlekan.."

"But I really miss you, Harith. Semalam you dah outstation.." rengek Tengku Qistina.

"Alright.. tunggu I kat restoran tempat biasa. Kita lunch berdua," balas Tengku Harith Zaqwan. Dia terpaksa ikutkan saja.

Jam 2.00 petang mereka berdua menikmati makanan di salah sebuah restoran.

Semasa sedang makan, Gee tiba-tiba menelefon Tengku Qistina. Namun gadis itu tidak menjawabnya.

"Siapa call tu?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Sengaja dia bertanya, sedangkan dia sudah tahu pasti itu anak buahnya.

"Err.. tak ada siapapun," Tengku Qistina memberi alasan.

"Are you sure dear?"

"Yup. Nothing pun, Harith. So, bila kita nak kahwin ni sayang?"

"Owh.. kan kita dah discuss pasal tu, you tak ingat?"

"I tak kisahlah pasal tu, I nak kita cepat kahwin. Pleasee.."

'Jangan haraplah aku nak kahwin dengan perempuan jahat macam kau!' Desis hati Tengku Harith Zaqwan.

"Dear, are you okay? Kenapa diam aje ni?"

"Err.. yup, I akan segerakan.."

"Really?"

"Yup!"

Nampaknya Tengku Harith Zaqwan perlu cepat bertindak. Dia sedang menunggu kata putus dari pihak polis, lagipun bukti sudah dihantar.. hanya menunggu kesepakatan.

Jika bukti itu masih belum cukup, maka dia perlu berusaha mengambil bukti yang masih ada melalui telefon yang dicuri oleh Tengku Qistina.

Pada malamnya..

"Esok akak dah boleh balik. So now, akak kena banyak rehat ya.." pujuk Tengku Elvia. Mereka sudah berbaik-baik.

"Akak okay Elvia, tapi tak sangka kena tinggal sini dua hari.."

"Doktor dia lebih tahu pasal kesihatan akak, so jangan nak pandai-pandai lawan cakap doktor.." ucap Tengku Elvia membuatkan Tengku Arissya tergelak kecil.

"Okaylah adik akak.."

"Papa nak Arissya rest, tak payah masuk kerja selama seminggu dua okay. Papa risau juga jika ada sesuatu terjadi pada Arissya.."

"Tak ada apa yang akan berlaku papa.." balas Tengku Arissya. Datuk Mustaqim turut ada disitu menemani anaknya.

"No, papa nak Arissya rehat kat rumah. Kali ni papa guna kuasa power rangers," usik Datuk Mustaqim tidak mahu terlalu serius dengan anaknya. Pecah tawa kedua orang anaknya.

"Okaylah papa Arissya ikut cakap papa kali ini.."

"Good!"

Tengku Harith Zaqwan menemui Remy pada malam itu, ditempat yang tersembunyi. Malam itu Tengku Harith Zaqwan hanya mengenakan hoodie dan topi supaya tidak dikenali sesiapa.

"Macam mana Remy?"

"Qistina sibuk mencari Sharleez, dia arahkan aku cari dengan Gee sampai dapat," balas Remy.

"Aku dah agak!"

"Selagi tak jumpa selagi tulah perempuan gila tu akan minta aku cari Sharleez," ucap Remy.

"Tak apa, kau teruskan lakonan kau. Aku akan cuba selesaikan awal.."

"Okay, tahulah aku macam mana nak uruskannya. Owh ya, macam mana dengan mak aku?" Soal Remy bertanyakan emaknya.

"Mak kau okay, dia dalam jagaan Kief. Kau jangan risau. Aku akan jaga dia baik-baik. Aku janji," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Terima kasih, bro. Nanti kau sampaikan salam aku pada mak aku ya. Cakap dengan dia aku minta maaf dan sayang dia sangat-sangat.."

"Sama-sama. Baik, akan aku sampaikan pada mak kau.."

"Macam mana bukti yang kau serahkan pada pihak polis tu?"

"Masih belum ada apa-apa lagi, pihak polis belum maklumkan pada aku.."

"Tak apa, kalau ada apa-apa kau contact aje aku. Aku dah bersedia menerima hukuman.."

"Okay, Remy.."

"Aku chow dululah Harith, takut pula ada yang tahu pasal kita," ucap Remy tidak sedap hati. Tengku Harith Zaqwan mengangguk faham.

"Owh.. jadi ini rupanya kerja kau. Dasar pembelot!" Ucap Gee marah. Dia sudah mengetahui Remy belot, tapi dia tidak dapat mengenali siapa lelaki bertopi itu.

Apa agaknya nasib yang bakal menimpa Remy? Gee sudah mengetahuinya. Pasti saja buruk padahnya. Gee segera pergi dari situ.

"Apa?"

"Aku tak salah lagi bos. Remy memang belot dengan kita. Aku dah agak dari awal!" Marah Gee sudah menyampaikannya pada Tengku Qistina.

"Kau tahu siapa lelaki bertopi tu?"

"Aku tak dapat kenalpasti wajah lelaki tu bos, lagipun kawasan tu gelap.."

"Bodoh! Tu pun tak boleh buat kerja. Susahlah kerja kita kalau tak tahu siapa lelaki bertopi tu," ucap Tengku Qistina.

"Tak ada masalah bos, kita boleh merancang sesuatu untuk menjerat Remy dan lelaki bertopi tu," Gee memberi idea.

"Tapi hanya buang masa saja!"

"Habis tu kau nak aku buat apa bos?"

"Bunuh Remy!"

"Tanpa mengetahui siapa lelaki bertopi tu?"

"Ya! Pasal lelaki tu kita boleh menyiasat sendiri. Sekarang aku nak kau bunuh Remy.."

"Okay, aku akan bunuh Remy.." balas Gee.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience