Rate

BAB 259

Romance Series 197233

Sudah sebulan lebih berlalu, Airel Azumi sentiasa mendekati Tengku Arissya, dia mahu gadis itu menjadi miliknya. Kalau boleh dia tidak mahu kecewa lagi dalam pencintaan. Dia yakin dia akan berjaya merebut hati itu.

Dia akan buat Tengku Arissya selesa dengannya, setelah itu dia akan meluahkan rasa cintanya pada Tengku Arissya. Dia akan sediakan satu tempat yang istimewa untuk mengungkapkan perasaannya itu. Dia tidak sabar menantikan saat indah itu.

Tengku Arissya tergelak kecil apabila diusik Airel Azumi, lelaki itu memang pandai mengambil hatinya.

"So, lepas ni kita nak pergi jalan-jalan kat mana lagi?" Soal Airel Azumi.

"Entahlah I pun tak tahu Rel.." jawab Tengku Arissya.

"Rugi tau kalau you tak habiskan masa dengan sebaiknya kat Pulau Langkawi ni, lagipun kita kat sini sampai hari ni je. Esok dah nak balik Melaka.."

"Rasanya I nak shopping sikitlah, nak beli coklat yang best-best.."

"Okay, jom kita pergi sebelah sana. Kat sana ada jual macam-macam, mungkin coklat pun ada.." Jawab Airel Azumi. Tengku Arissya mengangguk perlahan sambil tersenyum. Dia seronok dapat menikmati keindahan di Pulau Langkawi itu.

Mereka berdua ke sana pun atas urusan kerja, handle projek di sana. Namun malangnya berita itu baru diketahui oleh Datuk Mustaqim pada malam itu, itu pun Tengku Elvia memaklumkan pada papanya.

Sudah dua tiga kali Datuk Mustaqim menelefon anaknya, tapi panggilan itu tidak dijawab. Dia benar-benar risaukan keadaan anak sulungnya itu, mana tidaknya Tengku Arissya hanya pergi ke sana bersama Airel Azumi. Berdua.

"Huh, penatnyaa kan... tapi you puas hati tak jalan-jalan tadi?" Soal Airel Azumi.

"I puas hati sangat, nak lagi bila dapat belikan coklat untuk kesayangan hati.."

"Hah? Kesayangan hati?" Wajah Airel Azumi berubah terkejut.

"Yup, my family. Papa.. adik I dan yang lain-lain lagi," balas Tengku Arissya. Airel Azumi tersenyum, lega jiwanya. Sangkanya Tengku Arissya sudah ada buah hati.

"Owh.. ya I pun sama. Dapat belikan papa baju.. mesti dia suka.."

"Hmm okaylah, dah lewat malam ni I masuk bilik dulu.." ucap Tengku Arissya. Airel Azumi mengangguk perlahan.

Tengku Arissya mengunci pintu bilik penginapannya, dia kemudiannya menapak ke katil. Lalu direbahkan tubuh yang penat itu setelah membuka pin tudungnya. Terserlahlah kejelitaannya, rambutnya yang panjang berkilat. Al-maklumlah pakai Shampoo Shayla, shampoo yang memang sangat sesuai untuk perempuan bertudung. Lebat sungguh rambutnya, halus. Kalaulah mana-mana lelaki yang menjadi miliknya melihat rambutnya itu pasti bergetar jiwanya. Sungguh cantik sekali.

Tengku Arissya mencapai telefonnya, dia lihat log panggilan masuk yang tertera di situ panggilan daripada papanya sudah beberapa kali. Dia bingkas bangun. Terkejut. Lalu segera menelefon papanya. Takut sekiranya ada hal buruk terjadi.

"Arissya kat mana ni?" Soal Datuk Mustaqim, jelas ada nada kerisauan pada suara itu.

"Kat bilik penginapan, kenapa papa?"

"Kenapa papa call banyak kali tak jawab?"

"Actually Arissya silent handphone, lagipun tadi nak shopping.."

"Owh eloklah tu, buat papa risau macam ni. Dahlah sepatah pun tak bagitahu yang Arissya kat Pulau Langkawi..."

"Arissya pergi sini atas urusan kerja papa.."

"Papa tak kisah Arissya nak pergi atas urusan kerja, tapi bukan pergi berdua dengan Rel. Kena ada staf lain juga.."

"But why papa?"

"Sebab Arissya perempuan, papa tak nak apa-apa berlaku pada anak papa faham tak!" Marah Datuk Mustaqim.

"Arissya faham, tapi salah seorang staf yang nak join kami tak dapat ikut serta, so Arissya terpaksa juga datang sini dengan Rel. Mana boleh cancel macam tu aje tanggungjawab Arissya kat sini.."

"Papa tahu, tapi boleh aje minta orang lain gantikan..."

"Memang sepatutnya Eykal gantikan Shah, tapi dia ada urusan lain papa. I'm so sorry.."

"Okay, baik. Papa maafkan Arissya kali ni. Tapi lain kali kalau nak ke mana-mana bagitahu papa. Arissya tetap tanggungjawab papa.. anak papa.."

"Okay papa, Arissya faham..."

"Bila balik?

"Tomorrow lepas breakfast," balas Tengku Arissya.

"Alright, terus balik rumah papa. Papa bagi Arissya cuti sehari ya. Papa nak adakan makan-makan sikit kita sekeluarga. Kebetulan Adrian Smith dan Sharleez pun balik esok dari bulan madu.."

"Owh yeke? Okaylah Arissya balik rumah papa.. tapi kalau sampai pun petang kut, nak kemas baju dulu.."

"Okay papa tunggu... tapi malam tu dah start jamuan makan malam sikit.." Balas Datuk Mustaqim, kemudiannya menamatkan perbualan dengan anaknya setelah selesai bercakap di telefon.

Naik hairan juga Tengku Arissya bila papanya nak adakan makan-makan. Jarang biasanya papanya begitu.

Selesai bercakap dengan papanya, Tengku Arissya mengemas. Dia susun barangan yang dia beli di satu tempat, esok senang terus aje ambil. Selepas mengemas, dia masuk ke bilik mandi untuk bersihkan dirinya. Kemudian kembali semula ke katil untuk merebahkan tubuhnya. Dia benar-benar penat, namun dia akui kadang-kala juga terasa sangat sunyi apabila sendirian. Namun, dia faham segalanya sudah berubah. Dia perlu biasakan diri tanpa sesiapa pun di sisi. Mungkin atas sebab itu dia mengambil keputusan sekali lagi untuk tidak duduk serumah dengan keluarganya.

"Morning, hai!" Sapa Airel Azumi. Dia nampak ceria. Wajahnya tak lepas dari memandang Tengku Arissya.

"Morning, Rel..."

"Why you pandang I macam tu? Ada yang tak kena ke kat muka I ni?"

"Tak adalah, you nampak cantik hari ini.."

Tengku Arissya tergelak kecil, "Owh yeke? Jadi sebelum ni I tak cantiklah ya?"

"Eh, tak bukan macam tu. You always cantik Arissya. But hari ni you nampak different sikit berbanding sebelum ni.."

"Reason?"

"You pakai style casual, so nampak berbezalah sikit.."

"Hmm apa-apa ajelah you, thanks.. jomlah breakfast," balas Tengku Arissya yang sudah menapak ke hadapan. Airel Azumi tersenyum. Dia rasa happy setiap kali bersama gadis itu. Dia seronok.

Kalau boleh dia nak luangkan masa lebih lama bersama dengan Tengku Arissya. Dia tak nak balik terlalu awal ke Melaka. Tapi apakan daya, tugasnya di sini sudah pun selesai. Terpaksalah dia akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience