Rate

BAB 251

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan tersedar, dia lihat suasana di sekitarnya serba putih. Dia yakin dia sedang berada di hospital. Terasa begitu lama dia terlelap. Dan sama sekali tidak menyangka, dia masih diberi peluang untuk hidup.

Dia bingkas bangun perlahan, berusaha untuk berdiri. Dia mahu melarikan diri. Dia tidak mahu terus berada di hospital. Dia mahu Tengku Arissya mencari kebahagiaannya sendiri. Bukankah dia pernah berjanji?

Berjanji tidak akan pernah menganggu Tengku Arissya. Dan itulah yang akan dia lakukan. Dia akan pergi jauh dari situ meninggalkan semua kenangan.

Tengku Harith Zaqwan mencapai satu beg di bawah katil hospital itu. Nasib dia baik, dia temukan pakaian lelaki. Mungkin pakaian itu milik Hud Mikail. Sengaja ditinggalkan di situ agar senang dia menukar pakaiannya sewaktu menemaninya di hospital.

Tengku Harith Zaqwan masuk ke tandas dan menukar pakaian hospital kepada pakaian yang ditemuinya itu. Agak ketat tapi berbaloi untuk sementara. Selesai menukar pakaian Tengku Harith Zaqwan mencari sesuatu di sekitar katil itu, mana tahu dia akan temukan wallet dan telefonnya. Memang betul jangkaannya. Dia temukan wallet dan telefonnya dalam satu beg hitam dibahagian paling bawah. Segera dicapai beg hitam itu sebelum keluar dari situ, menyamar sebagai pelawat biasa.

Tengku Harith Zaqwan menarik nafas lega, dia berjaya keluar daripada hospital itu dan dalam masa yang sama Tengku Arissya menapak ke bilik wad di mana Tengku Harith Zaqwan ditempatkan.

"What? Imposibble Arissya!"

Orang pertama yang mengetahui ketiadaan Tengku Harith Zaqwan dihospital adalah Hud Mikail.

"I tak tahu ke mana Harith menghilang. Dia memang tak ada kat bilik ni, Hud.."

"Tapi Harith kan masih lemah. I hairan macam manalah dia boleh keluar dari hospital tu, mustahil Arissya. Atau dia..."

"Diculik?" Sambung Tengku Arissya mula resah. Dia sudah memaklumkan kepada pihak hospital mengenai ketiadaan Tengku Harith Zaqwan di hospital itu. Pihak hospital sudah mengerahkan pegawai keselamatan untuk mencarinya, namun hanya menemui kehampaan.

"Tapi siapa yang culik Harith? I tak rasalah Harith diculik. Tak logik, lagipun tu kan hospital besar. Mewah.." ucap Hud Mikail setelah kembali berfikir.

"You ada jumpa something tak kat bilik wad Harith tu?"

Mata Tengku Arissya melilau sana sini, dia seakan mencari sesuatu. Bukti.

Apabila dia tunduk dibahagian bawah katil, dia melihat pakaian hospital milik Tengku Harith Zaqwan ditinggalkan dibawah katil. Segera Tengku Arissya mengambil beg itu dan snap gambar lalu whatsapp pada Hud Mikail.

"You tengok whatsapp sekarang.."

Hud Mikail melihat gambar itu, dia terkedu. Tahulah dia sekarang rupanya Tengku Harith Zaqwan melarikan diri.

"Arissya, I dah dapat jawapannya.."

"What?"

"Harith bukan diculik, tapi dia sengaja melarikan diri..."

"What do you mean?"

"Beg pakaian tu beg yang I tinggalkan bawah katil, tu beg I. Dalam tu ada baju I, yang I sediakan lebih. Senang time nak temankan Harith I terus je tukar pakaian tu. So, mungkin nurse kat situ tak perasan yang Harith larikan diri daripada hospital tu. Sebab dia dah gantikan baju hospital yang dia pakai tu dengan baju I.."

Terdiam Tengku Arissya mendengarnya. Terasa ingin mengalir air matanya.

"Arissya are you okay?"

"Arisssya! Arissyaaa..." Panggil Hud Mikail beberapa kali.

"Benci sangat rupanya Harith pada I Hud. You sendiri tengoklah, dia larikan diri dari hospital ni mungkin sebab dia dah tahu I ada sini. So, I dah yakin yang dia tak nak jumpa I.."

"Arissya jangan buat andaian sendiri, mesti ada sebab.."

"Sebabnya Harith bencikan I. Tapi tak apalah, I terima semua tu. Selama ni pun I yang salah.." balas Tengku Arissya sebak.

Panggilan itu ditamatkan, Hud Mikail melepaskan keluhan. Dia tahu Tengku Arissya sedih dengan apa yang berlaku.

Hud Mikail yakin Tengku Harith Zaqwan tentu tidak pergi jauh dari situ, dia mengambil keputusan untuk mencari Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan berjalan perlahan dari satu tempat ke satu tempat, sambil sebelah tangannya memegang perutnya. Barangkali masih sakit. Tapi dia sanggup menghadapi rasa sakit itu kerana dia tidak mahu menemui Tengku Arissya.

Setengah jam kemudian, Hud Mikail masih berusaha mencari di sekitar tempat yang tidak jauh dari hospital, dia yakin dia akan menemukan Tengku Harith Zaqwan. Dia tidak akan berputus asa mencari. Walau dengan apa cara sekalipun, dia akan kembali menyatukan Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya.

Sampai di satu lorong, dia melihat satu susuk tubuh milik Tengku Harith Zaqwan. Hud Mikail tergesa-gesa keluar dari kereta miliknya. Dia mengejar Tengku Harith Zaqwan. Tengku Harith Zaqwan yang perasan Hud Mikail mengejarnya, segera mencari jalan untuk menyembunyikan dirinya. Dia tidak mahu menemui sesiapa. Alhamdulillah dia berjaya bersembunyi. Dia menarik nafas lega. Namun, tiba-tiba ada satu tangan menyentuh bahunya dari arah belakang.

"Hujung dunia mana pun kau lari, aku tetap akan jumpa.." ucap Hud Mikail.

Tengku Harith Zaqwan berpaling ke belakang, dia hanya merenung wajah Hud Mikail.

"Jadi, kau lari dari hospital sebab tak nak jumpa Arissya?"

Tengku Harith Zaqwan mengangguk perlahan.

"Betullah apa yang Arissya cakap, kau dah bencikan dia.." balas Hud Mikail.

"Kau tahu tak, apa yang kau sedang lakukan ni buat ramai yang risaukan kau. Sepatutnya kau lebih matang. Cukuplah tu, Harith.."

"Aku cuma tak nak jumpa Arissya, tu aje.."

"Kenapa eh, kau benci dia ke?" Soal Hud Mikail. Mereka hanya duduk berbual di kawasan lorong kecil itu, bahagian tepi bangunan.

"Kau tahu tak Hud, aku pernah cakap dengan Arissya yang aku takkan kacau hidup dia lagi. Lepas semua dah selesai, aku akan pergi jauh dari hidup dia. Jadi, aku sedang kotakan apa yang aku cakapkan tu.."

"Kenapa kau perlu buat semua tu?"

"Arissya kan benci aku. Yelah, dia kan tak percaya pada cinta aku. Dia cakap aku tidur dengan Tengku Qistina, padahal aku diperangkap. Sumpah Hud, aku tak pernah sentuh Qistina. Dia just perangkap aku je untuk hancurkan hati Arissya. Kau pun tahu kan, Arissya tak suka lelaki yang kaki perempuan.."

"Itu dulu, Harith. Sekarang Arissya dah sedar kesilapannya pada kau dulu. Tahu tak dia dah banyak berubah..."

"Dah terlambat, Hud. Hati aku dah tawar.."

"Kau tahu tak kau bodoh!" Marah Hud Mikail.

"Apasal pula kau cakap aku bodoh ni?"

"Kau bodoh sebab kau tak ambil peluang yang ada ni untuk berbaik dengan Arissya. Kau tahu tak, sekarang ni kau masih ada kesempatan untuk bersatu dengan Arissya.."

"Maksud kau, rebut hati Arissya balik? Ajak dia kahwin semula?"

"Ya, inilah masanya Harith. Aku yakin kali ni Arissya takkan menolak. Dia mana bencikan kau macam yang kau cakap tu, dia sayang kaulah.."

Tengku Harith Zaqwan tersengih mendengarnya, "Sayang?"

"Hei, Hud. Kalau Arissya sayang aku, dia takkan hancurkan hati aku berkali-kali. Dia takkan buat lelaki yang cintakan dia menangis. Dia takkan tuduh aku yang bukan-bukan. Dia takkan sanggup hina aku.."

"Kau tahu tak kenapa Arissya macam tu?"

"Sebab dia perempuan! Perempuan dia tak suka kalau lelaki yang dia cinta sentuh perempuan lain. Kau faham tak?"

"Faham apa?"

"Perempuan ni kalau dia dah cinta kat lelaki tu, lelaki tu ajelah dunia dia. Kau sahabat dia, tempat dia kongsi cerita, kau tempat dia mengadu sakit, kau jugalah tempat dia bermanja. Kau segalanya. Sebab tu bila tahu kau dengan Qistina kat hotel malam tu, dia tak dapat terima Harith.."

"Tetap salah aku ke? Aku kan dah jelaskan keadaan sebenar.."

"Macam mana dia nak percaya kalau depan mata dia tengok semua tu. Tentulah dia tak boleh terima.."

"Tapi sumpah, Hud. Dalam hati aku cuma ada Arissya. Aku tak suka kat sesiapa selain Arissya. Aku cintakan Arissya setengah mati. Buktinya aku sanggup buat apa saja demi dia. Hanya dia yang aku sayang, hanya dia satu-satunya!" Ucap Tengku Harith Zaqwan bersungguh.

Hud Mikail mengangguk perlahan.

"Cuma tulah, hati aku kecewa. Kecewa dengan sikap Arissya. Dia langsung tak ada sekelumit pun rasa percaya pada aku. Aku sedih, Hud.."

"So sekarang macam mana? Kau tetap nak tinggalkan Arissya?"

"Ya, aku nak pergi jauh. Aku nak menetap diluar negara. Aku nak ke Melbourne, Australia. Lagipun kau kan tahu syarikat arwah mama ada kat sana, aku akan handle syarikat kat sana.."

"Adess! Kau nak aku sorang aje ke handle syarikat kat sini?"

"Siapa lagi yang aku ada dan boleh harapkan kecuali kau, Hud.."

"Tapi kau dah fikir masak-masak ke nak pergi sana? Aku takut kau kalah, Harith.."

"Kalah?"

"Kalah dengan rindu..."

"Insya-Allah aku mampu, Hud. Aku nak mulakan hidup baru kat sana. Aku dah tak nak ingat apa-apa.."

"Jadi kau rela kalau Arissya jadi milik lelaki lain?"

"Entahlah, susah nak cakap. Lagipun hati aku masih kecewa dengan Arissya.."

"Aku tahu sekarang hati kau masih kecewa, Harith. Tapi kalau suatu hari kau balik sini dan Arissya dah sah jadi milik orang lain, jangan pula kau kata menyesal dengan keputusan yang kau buat ni.." nasihat Hud Mikail.

Tengku Harith Zaqwan hanya terdiam seribu bahasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience