Rate

BAB 248

Romance Series 197165

Tengku Arissya sudah terpacak di bilik wad Tengku Harith Zaqwan. Di situ ada Darius dan Rubina Elizaberth.

"Arissya.. you?" Soal Darius terkedu dengan kedatangan Tengku Arissya ke situ.

"I nak jumpa Harith.." ucapnya ringkas. Darius dan Rubina Elizaberth mengangguk faham. Mereka terus keluar dari bilik wad itu untuk memberi ruang pada Tengku Arissya bercakap dengan Tengku Harith Zaqwan.

Masih kaku tubuh itu, berbekalkan oksigen. Lengannya berbalut, dibahagian mukanya juga ada tampalan-tampalan putih, hebat sungguh luka menghujam wajah itu. Tengku Arissya terasa sebak melihat keadaan Tengku Harith Zaqwan. Kesakitan yang lelaki itu rasakan jauh lebih besar darinya.

"Abang, please wake up!" Ucapnya perlahan. Sebak.

"Abang, please jangan terus tertidur macam ni. Arissya tak suka tengok abang tidur lama. Abang kena bangun. Sebab apa abang tahu tak?"

Tengku Arissya menarik nafasnya perlahan, lalu bersuara...

"Sebab Arissya ada depan mata abang sekarang ni," sambungnya. Namun begitulah keadaan Tengku Harith Zaqwan, dia masih belum sedarkan diri. Barangkali luka dalamannya terlalu kritikal.

Kali ini Tengku Arissya menangis, dia tidak kuat melihat Tengku Harith Zaqwan terus tertidur begitu...

Sharkief kembali ke rumah Datuk Mustaqim, buat masa sekarang Puan Ros dan Dafiya tinggal bersama keluarga Datuk Mustaqim. Tidak mengapa, nama pun rumah banglo. Luas ruangannya dan mewah. Datuk Mustaqim juga tidak kisah jika kedua beranak itu terus tetap tinggal dirumahnya. Setidaknya, dia tidak akan merasa kesepian. Ramai penghuni di rumah itu.

"Mak cik, ni Kief ada beli sarapan. Makanlah..." Ucap Sharkief sungguh sopan.

"Terima kasih, Kief. Mak cik tak tahu nak balas budi kamu semua macam mana. Kief pun dah banyak bantu mak cik," ucap Puan Ros perlahan, dia masih terbatuk kecil.

"Sama-sama, mak cik. Sudah menjadi tanggungjawab, Kief. Lagipun Kief tak suka si Faqrul tu sakitkan mak cik dengan Fiya," balasnya.

"Owh ya, Fiya mana mak cik?" Sambungnya bertanyakan Dafiya. Perempuan yang dia suka dalam diam itu. Namun dia tidak tahu akan satu hakikat, jika dia mengetahui siapa Dafiya. Tentu dia akan terluka.

"Kenapa cari saya, Kief?" Soal Dafiya yang sudah menapak ke ruangan dapur. Sharkief tersengih.

"Nak minta tolong Fiya makanlah semua makanan ni, Kief ada belikan Fiya dan mak cik breakfast. Makanlah," ucapnya riang.

"Mak cik, Fiya boleh tak sambil makan kongsi cerita pasal Faqrul tu? Kief nak tahu.."

Tiba-tiba handphone Sharkief berdering minta dijawab, dia segera menjawabnya.

"Sekejap ya.."

Rupanya yang menelefon dia adalah inspektor, yang handle kes Faqrul. Polis meminta Puan Ros dan Dafiya ke pejabat polis. Pihak polis ingin mengetahui segala kejahatan yang dilakukan oleh Faqrul.

Sudah pasti segala hukuman bakal tersedia untuknya.

"Baik, tuan. Sekejap lagi saya bawa Puan Ros dan Dafiya ke sana.." jawabnya mengakhiri perbualan itu...

"Kief siapa yang telefon tu?" Soal Puan Ros.

"Pihak polis, mereka nak tahu apa yang terjadi selama ni pada mak cik dan Dafiya. Jadi, sekejap lagi Kief akan bawa mak cik dan Fiya ke pejabat polis.."

Mereka berdua nampak sedih, namun hanya mengangguk faham. Berat untuk diceritakan akan semua kisah. Tapi dia perlu mengungkapkan semuanya. Membiarkan Faqrul menerima pembalasannya.

Selesai menikmati sarapan pagi, Sharkief membawa Puan Ros dan Dafiya menemui salah seorang anggota polis. Dalam satu bilik mereka mulakan segala cerita, Puan Ros kelihatan sebak. Mana tidaknya, Puan Ros adalah ibu kepada Faqrul. Dafiya juga sudah menangis, tangisan yang melukakan. Rupanya Dafiya bukanlah adik Faqrul, tapi Dafiya adalah isteri Faqrul. Seorang isteri yang pernah dibenci, seorang isteri yang pernah dipukuli, seorang isteri yang pernah dihina, dijadikan sebagai sampah. Seorang isteri yang tidak pernah disentuh, tapi dizalimi.. dikejami.

Mendengar kenyataan itu, Sharkief diam. Moodnya langsung hilang, dialah lelaki yang paling kecewa pada hari itu. Rupanya Dafiya isteri Faqrul, patutlah selama ini Dafiya sangat menjaga walaupun mereka berkawan. Dia takut jika Faqrul mengetahuinya, pasti akan dipukul...

Selama pulang, Sharkief tidak banyak bicaranya. Dia hanya memandu dengan tenang walaupun jiwanya berkecamuk. Hakikat yang dia ketahui hari ini telah mengoyak jiwanya perlahan, dia terluka. Bagaimana dia ingin memiliki Dafiya, jika gadis itu masih sah menjadi isteri Faqrul.

"Fiya dah fikirkan apa yang ibu bagitahu tempoh hari?" Soal Puan Ros. Dafiya hanya menggeleng perlahan.

"Fiya berhak bahagia dengan orang yang lebih tepat. Selama ni ibu yang salah, memaksa Fiya supaya berkahwin dengan anak ibu..." Ucapnya sebak. Puan Ros sengaja bercakap perkara itu dalam kereta, dia tahu Sharkief terluka dan merasa kecewa. Dia dapat agak yang Sharkief sukakan menantunya, Dafiya.

Ibu jangan cakap macam tu. Semua yang jadi ni ada hikmahnya, yakinlah.." balas Dafiya tidak menyalahkan Puan Ros di atas semua yang terjadi.

"Tapi sebab Faqrul Fiya selalu menderita, kena pukul, maki hamun dan macam-macam lagi.."

"Tolonglah kali ni dengar cakap ibu, tolong minta cerai dengan Faqrul dan carilah lelaki yang tepat untuk Fiya, lelaki yang boleh bahagiakan Fiya.. sebab ibu tahu, Faqrul tak layak untuk Fiya.."

Kata-kata Puan Ros buat Sharkief terkedu, jika Dafiya bercerai dengan Faqrul. Besar harapannya mahu memperisterikan Dafiya nanti. Dia benar-benar mencintai Dafiya tanpa memandang apapun.

"Tapi ibu..."

"Dengar cakap ibu, tak perlu lagi kisahkan pasal suami Fiya tu. Anak ibu tu memang patut menerima hukuman di atas kezalimannya selama ini. Kalau ibu pun dia sanggup seksa, layakkah dia bergelar anak ibu lagi? Biarlah ibu tak ada anak pun, setidaknya ibu masih ada Fiya, anak ibu yang selalu melindungi ibu selama ni. Ibu nak Fiya bahagia dengan lelaki yang tepat.." ucap Puan Ros dalam tangisan, Dafiya juga menangis. Mereka saling berpelukan di belakang seat kereta. Sharkief juga sebak, dia rasa terhiris mendengar semua itu.

Faqrul memang zalim! Ibunya juga dia sanggup kurung, seksa demi meraih kemewahan. Disebabkan tamak dia akhirnya hancur, segala yang dia ada telah pun hilang. Itulah balasan buat mereka yang zalim. Puan Ros juga sudah tidak mengaku dia sebagai anaknya.

Sampai saja dirumah, Sharkief terus membuka pintu kereta untuk Puan Ros dan Dafiya.

"Fiya naik atas dulu ya, ibu nak bercakap dengan Kief.." ucap Puan Ros. Sharkief yang ada di situ hanya terdiam saja.

Dafiya pula sudah menapak ke tingkat atas dalam biliknya.

"Mak cik kita cakap kat halaman taman tu ya," ucap Sharkief. Mereka berdua menapak ke situ, duduk di bangku yang sudah tersedia.

"Mak cik ada nak cakap apa dengan Kief?"

"Ibu. Panggil mak cik dengan panggilan ibu..."

Sharkief mengangguk faham. Dia terharu dalam diam.

"Ibu nak tanya Kief sesuatu, tapi Kief kena jujur.."

"Apa dia, ibu?"

"Kief ada hati ke dengan Dafiya? Kief suka Fiya?" Soalan itu buat Sharkief terkedu, namun inilah masanya dia mengakui tentang perasaannya.

"Sejujurnya, benar. Kief sukakan Dafiya. Kief mencintainya. Tapi Kief sedar yang dia masih menjadi menantu ibu, jadi mana mungkin kalau Kief......"

"Tak apa ibu faham..."

"Ibu memang nak Fiya bahagia, Kief. Kalau benarlah Kief cintakan Fiya, ibu akan pujuk Fiya untuk bercerai dengan Faqrul. Faqrul memang tak layak untuk Fiya. Ibu nak Fiya bahagia dengan Kief," sambungnya.

"Tapi Fiya...."

"Fiya akan tetap bercerai dengan Faqrul, lagipun ibu rasa hukuman yang akan dijatuhkan pada Faqrul berat. Dia mungkin akan dipenjarakan banyak tahun..."

"Ibu benci anak ibu?" Soal Sharkief.

Mendung saja wajah Puan Ros ketika soalan itu diajukan, "Tak ada seorang ibu dalam dunia ni bencikan anak dia. Ibu tak bencikan Faqrul, tapi ibu nak dia bertanggungjawab. Bertanggungjawab atas apa yang dia perbuat selama ini. Biar dia tahu seksanya hidup dipenjara tu. Jadi, memang layaklah dia dihukum..."

Sharkief mengangguk faham.

"Ibu jangan sedih, Kief akan jaga ibu dengan Dafiya. Kalau betul Fiya setuju bercerai dengan Faqrul, Kief ada planning untuk kita..."

"Untuk kita?" Soal Puan Ros aneh.

"Ya, untuk kita bertiga ibu. Kalau ditakdirkan Kief dengan Fiya kahwin, Kief nak ajak ibu tinggal sekali dengan kami. Kief nak beli rumah banglo... Kief nak kita sama-sama jalani hidup baru kat situ..."

"Ibu nak kan tinggal dengan Kief dan Fiya?" Sambungnya. Puan Ros segera menjawab, "Ibu harap segala kemahuan Kief tercapai. Terima kasih selalu baik melayani ibu dan Fiya..."

"Sama-sama, ibu..." Balas Sharkief tersenyum. Besar harapannya. Semoga harapan itu terlaksana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience