Rate

BAB 23

Romance Series 197233

Tengku Harith Zaqwan menunggu di tempat Tengku Arissya mengajar, sudah hampir sejam dia menunggu tapi kelibat bekas isterinya tidak kelihatan. Dia mula rasa tak sedap hati. Bimbang sekiranya sesuatu yang buruk menimpa Tengku Arissya.

'Kenapa Arissya masih tak kelihatan? Mana dia pergi? Dah balik Malaysia ke? Eh, tak mungkinlah!' Desis hati Tengku Harith Zaqwan.

Tiba-tiba dia terpandangkan salah seorang tenaga pengajar di situ, segera Tengku Harith Zaqwan menyapanya untuk bertanyakan mengenai Tengku Arissya. Wajah Tengku Harith Zaqwan langsung berubah bila dia dapat tahu Tengku Arissya sedang sakit. Dia sendiri pun tak menyangka yang Tengku Arissya sakit. Setahu dia bekas isterinya tak sakit apa-apapun. Atau mungkin dia baru kena sakit migrain.

Berjaya juga akhirnya Tengku Harith Zaqwan mengambil nombor telefon Tengku Arissya daripada perempuan itu. Lega sungguh hatinya. Dia akan segera menelefon Tengku Arissya.

"Thank you, Serly. Nice to meet you.."

"You're welcome Harith.." balas Serly diiringi senyuman. Tengku Harith Zaqwan segera berlalu pergi dari situ.

Hampir setengah jam dia sampai berdekatan dengan rumah Tengku Arissya, Tengku Harith Zaqwan mendail nombor yang dia dapatkan melalui Serly.

"Hello, siapa ni?" Soal Tengku Arissya lemah suaranya.

"Arissya, ni abang. Are you okay dear?"

"Sorry, ni bukan Arissya. Encik dah salah nombor!" Balas Tengku Arissya segera menamatkan panggilan itu.

Tengku Harith Zaqwan menelefon Tengku Arissya semula. Dia tahu itu bekas isterinya. Dia kenal pemilik suara manja itu. Tapi malangnya panggilan dia dibiar sepi, tetap tidak berjawab.

'Ya Allah.. sayang please jawab call abang. Suara sayang lemah sangat tadi tu. Abang tahu sayang sakit. Tolonglah...' Desis hati Tengku Harith Zaqwan yang risaukan keadaan Tengku Arissya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience