Rate

BAB 197

Romance Series 197233

Seminggu kemudian, Tengku Harith Zaqwan lebih fokus pada kerjanya dan sedang merancang sesuatu dengan teliti.

Namun satu hal yang seringkali buat dia kurang selesa, setiap kali dia keluar makan tengah hari dengan Tengku Qistina. Beberapa kali dia terserempak dengan Tengku Arissya, Tengku Harith Zaqwan jadi kurang selesa. Tengku Qistina pula tak habis-habis nak mencari gaduh dengan bekas isterinya itu. Naik pening dibuatnya.

Tengah hari itu hal yang sama berulang lagi, Tengku Harith Zaqwan melihat Tengku Arissya keluar makan dengan Faqrul. Bukan main mesra mereka berdua, atau memang sengaja bekas isterinya ingin menyakiti hatinya? Entahlah, dia kurang bijak dalam mentafsir, lagipula keadaan semakin rumit. Berserabut. Namun walau apapun yang terjadi dia perlu kelihatan tenang agar musuh tidak mensyaki siapa dia dan apa yang sedang dirancangnya.

"You kenapa ni?"

"Apa?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Mata tu asyik pandang perempuan tu dah kenapa, you tahu kan dia penyebab hubungan kita hancur," marah Tengku Qistina.

"I mana ada pandang dialah. I takkan lupa apa yang dia dah lakukan tu,"

"Jangan nak tipu I okay, ingat I tak tahu you tu macam mana,"

Tengku Harith Zaqwan menarik nafas panjang, dia cuba bertenang.

"Dear I tahulah siapa dia tu, takkanlah I nak kat perempuan yang dah menghancurkan hubungan kita berdua. I benci adalah,"

"You pandang dia tadi tu dah kenapa?" Soal Tengku Qistina sudah memperlahankan suaranya.

"Dia kat depan tu kan, I rasa menyampahlah. Lepas ni kan tak perlulah kita lunch sini lagi,"

Tengku Qistina senyum, "Okay Harith, esok kita tak payah lunch sini lagi. I cari tempat privasi untuk kita berdua,"

"Okay, hmm I nak tanya you something boleh?"

"Apa saja you nak tanya I akan jawab tau.."

"You time malam biasa pergi mana? I bosanlah asyik kat rumah aje, I nak keluar tapi tak tahu ke mana.."

"I biasa pergi club, you nak ikut tak? Boleh pergi dengan I,"

"Club? Maksud you, kelab malam ke?"

Tengku Qistina tergelak, "Of courselah kelab malam, kat sana kita boleh berseronok,"

"You pergi sorang ke?"

"Yup, tapi ada aje pergi dengan adik I, tak pun dengan kawan,"

"Adik? You ada adik?" Soal Tengku Harith Zaqwan buat tidak tahu.

"You tak tahu ke I ada adik?"

"Tak,"

"Alamak! I lupa nak bagitahu, memang dari dulu you tak pernah tahu I ada adik kan. I ada sorang adik perempuan, namanya Tengku Delisha.."

"Owh.. bila nak kenalkan dia dengan I ni?"

"Errr... dia ada kat luar negara sekarang ni. Papa dan mama I kan tinggal sana, adalah buat bisnes sikit kat sana.."

"It's okay.."

'Pandai kau tipu, aku. Kau tahulah nasib kau lepas ni!' Desis hati Tengku Harith Zaqwan.

"You nak pergi tak kat kelab malam dengan I?"

"Mestilah nak. Kalau malam ni boleh?"

"Of course sayang.. I senang hati, bolehlah kita enjoy," balas Tengku Qistina bukan main suka dia. Siap tergelak kecil. Sakit betul hati Tengku Arissya. Telinganya dengar saja gelak tawa Tengku Qistina, tapi sengaja dia buat tak tahu. Dia malas mengambil peduli. Menyampah betul dia dengan dua pasangan itu. Tengku Harith Zaqwan memang hipokrit.

Jam menunjukkan pukul enam petang, dia menapak ke lobi sudah mahu pulang. Secara tidak sengaja dia terserempak dengan Hud Mikail.

"Harith dah nak balik ke?"

"Yup, dah settle kerja ni.."

"Eh, jom keluar minum dengan aku," ajak Hud Mikail.

"Tak boleh Hud, malam ni aku nak keluar dengan Tengku Qistina.."

"Hah? Kau biar betul? Kau dengan dia memang bercintalah ni?" Usik Hud Mikail.

"Kau ni buat-buat tak tahu pula, hari tu aku dah cerita.."

"So, malam ni kau planning something ke?"

"Malam ni first aku nak ke club dengan dia, so aku tak pasti lagilah nak teruskan rancangan aku tu atau tak. Tengok pada kesesuaian," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Tak apalah kalau macam tu, aku doakan rancangan kau tu berjaya.."

"Thanks Hud. Aku balik dululah ya," balas Tengku Harith Zaqwan.

Hud Mikail menelefon kesayangannya pula, mengajaknya untuk keluar minum petang.

"Assalamualaikum sayang,"

"Wa'alaikumussalam Hud, ada apa call I ni?"

"Amboi sayang.. takkan tak boleh nak call tunang sendiri," balas Hud Mikail. Iris Ariana tersenyum mendengarnya.

"Tak adalah I kata tak boleh,"

"Jom keluar sayang, minum petang berdua. I rasa tak nak balik lagi. You free tak sekarang ni?"

"Mama pesan kat I supaya jangan selalu keluar dengan you,"

"Hah? Kenapa? I ada buat salah ke?" Soal Hud Mikail terkedu.

"I belum habis cakap lagi Hud,"

"Mama pesan macam tu sebab kita kan dah bertunang, tak manis kalau selalu jumpa.."

"Owh.. tapi kalau rindu macam mana?"

"Kena tahanlah dulu rindu tu," balas Iris Ariana.

"Kalau tak tahan?" Sengaja Hud Mikail mengusik tunangnya.

"Segerakan perkahwinan kita," balas Iris Ariana membuatkan Hud Mikail senyum. Dia suka menjadi yang halal untuk bidadarinya. Tidak perlu lagi menahan rasa rindu terlalu lama.

"Okay, boleh. Nanti hujung minggu ni I jumpa papa dan mama you, I nak minta izin segerakan perkahwinan kita.."

"Really?"

"Of course dear.. I tak pernah main-main bila I sukakan seseorang. You cinta I. Bidadari I. I suka jadi yang halal untuk you," luah hati Hud Mikail.

"I pun sama Hud, kalau macam tu I akan bagitahu papa dan mama you nak datang rumah.."

"Okay sayang. Take care ya. I balik rumah ajelah, lagipun mama you tak izinkan kita selalu jumpa. I faham.."

Malam sudah menjelma. Tengku Harith Zaqwan sudah selesai bersiap. Pada mulanya dia mahu menjemput Tengku Qistina tapi gadis itu tidak membenarkannya. Tak apa, dia akan buat Tengku Qistina menjemputnya ke rumah itu. Rumah yang tersimpan bukti.

Ketika dia menemukan bukti itu, maka segala beban deritanya akan berakhir. Dia akan merasa lega, itu sekiranya dia berjaya menyerahkan semuanya kepada pihak polis.

"Hai sayang.." sapa Tengku Qistina. Dia kenal rumah Tengku Harith Zaqwan.

"Hai, jom sayang. I tak sabar nak enjoy kat kelab malam tu,"

"I pun sama Harith ada you lagi seronok," balas Tengku Qistina bukan main gembiranya. Dia sendiri yang mahu memandu keretanya, menjemput Tengku Harith Zaqwan.

Sharkief sudah bersedia, dia akan turut memantau keadaan di kelab malam itu juga sebagai penyiasat. Dia terlebih awal berada disitu.

Kedengaran bingit bunyi lagu disco, Tengku Harith Zaqwan tidak biasa berada ditempat maksiat begitu. Dia kurang selesa. Namun malam itu dia perlu mendepani semuanya. Dia mahu segera menamatkan semua permainan ini. Dia tidak mahu hati Tengku Arissya lebih terluka.

'Ya Allah ampunilah segala dosa-dosaku, kerana ini buat pertama kalinya aku menjejaki tempat maksiat. Aku terpaksa Allah untuk berada dekat dengan musuhku..' desis hati Tengku Harith Zaqwan sayu.

"Sayangg.. jomlah, kawan I ramai kat dalam tu.." ucap Tengku Qistina sudah menarik pergelangan tangan Tengku Harith Zaqwan supaya segera masuk ke kelab malam itu.

Bunyi lagu semakin kuat bergema. Mahu gugur rasanya jantung milik Tengku Harith Zaqwan. Patutlah manusia lalai, bunyi muzik yang segempak itu juga akan mampu menghanyutkan manusia. Akan mematikan jiwa mereka.

"Hai... Haii..." Sapa Tengku Qistina, kawan-kawan perempuannya siap melambai-lambai padanya juga.

"Woww.. bawa siapa ni?" Soal salah seorang perempuan yang duduk di atas kerusi dikelab itu. Matanya menjerling ke arah Tengku Harith Zaqwan.

"Bakal husband I, Tengku Harith Zaqwan..."

"Sayang kenalkan ni, kawan-kawan I. Yang sebelah kanan ni Nina, yang tengah ni Mimi dan yang hujung tu Tasya.."

"Hai semua.." ucap Tengku Harith Zaqwan menyapa penuh ceria.

"Haii.. handsome!" Balas Nina, Mimi, Tasya serentak.

"Okaylah, I nak ke sana sekejap minum-minum. You enjoylah, malam ni I belanja okay," balas Tengku Qistina.

"Wahh.. thanks Qis!" Ucap kawan-kawannya serentak. Fuh! Gedik semacam. Cair tahi telinga Tengku Harith Zaqwan mendengarnya. Dia memang tak suka dengan perempuan segedik ulat bulu macam tu.

"Sayang.. kita minum-minum dululah, lepas tu kita menari nak?" Pelawa Tengku Qistina.

"Err.. I tak minum minuman keras," jujur Tengku Harith Zaqwan mengakuinya.

"Ni cuma air coca-cola ajelah, mana ada arak ni," balas Tengku Qistina sambil tergelak.

"Kejap lagi kita menari ya,"

"I tak pandai menari,"

"Tak apa I ajar you,"

"Tapi I..."

"Please sayangg.. I ajar you menari, don't worry.."

Tengku Harith Zaqwan akhirnya bersetuju. Sempat matanya melilau mencari kelibat Sharkief. Akhirnya dia temui anak buahnya, ada di satu sudut meja sedang memandang ke arahnya.

"You.. I tanya sikit boleh?"

"Apa dia?"

"Kenapa lelaki tu asyik pandang sini aje?"

"Mana?"

"Tu yang pakai cermin mata hitam, berkepala botak.."

"Owh.. itu bodyguard I, nama dia Remy.."

Tengku Harith Zaqwan tergelak mendengarnya.

"Kenapa you gelak?"

"Sayang I ni tak cukup gagah ke? I boleh ajelah jaga you. Sejak bila pula you ada body guard ni?"

"Sejak I kena ugut dengan perempuan tak guna tu, so I lebih berhati-hati sekarang ni.."

"You tak perlu takut lagi. I ada tau, I akan selalu jaga you. Pasal perempuan tu kalau dia kacau you, you maklum aje pada I. Biar I ajar dia.."

Tengku Qistina terharu mendengarnya, dia happy. Dia yakin Tengku Harith Zaqwan benar-benar lupa ingatan. Kerana yang dia tahu Tengku Harith Zaqwan yang sebelum ini tidak akan pernah melukai hati Tengku Arissya.

"I cuma berhati-hati sayang.."

"Lepas ni I tak nak lagi you ada bodyguard, boleh?"

"Tapi I.."

"Kalau you nak kita kekal macam ni, I harap you boleh ikut kemahuan I. I tak suka orang panggil I ni pengecut, yelah buah hati sorang pun tak boleh nak jaga. You nak kena ada bodyguard apa. Jadi apa fungsinya I pada you.." balas Tengku Harith Zaqwan serius.

"Okaylah okay,"

"Pecat dia sekarang juga!"

"Nanti I bagitahu dia lepas ni okay," balas Tengku Qistina.

"Okay, tapi lepas ni I tak nak sesiapa kacau kita. Ganggu privasi kita lagi. I nak you dengan I aje," ucap Tengku Harith Zaqwan. Dia nampak begitu tegas.

Tengku Qistina senyum, "Okay Harith, I akan ikut cakap you.."

"Good sayang. I love you!" Balas Tengku Harith Zaqwan. Bijak dia melakonkan wataknya kali ini. Tengku Qistina semakin mempercayainya.

"Love you too, sayang! Tapi syaratnya janji tau kahwin dengan I.."

"Asalkan you ikut cakap I. I tak suka perempuan yang suka melawan cakap I.."

"Mestilah I ikut cakap you," balas Tengku Qistina gembira.

Jam satu pagi mereka berdua pulang dari kelab malam. Kedua-duanya sudah mengantuk.

"Sayang you tak nak ajak I masuk rumah you?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Dah lewat pagi Harith, lain kali ya.." balas Tengku Qistina. Dia tidak mahu lelaki itu masuk ke dalam rumahnya..

"Okay tak apalah, bye sayang!"

Tengku Harith Zaqwan bengang, "Shitt!"

"Kenapalah kau tak bagi aku masuk rumah kau, aku tak sabar nak cari rahsia tu," ucap Tengku Harith Zaqwan sambil memandu untuk pulang ke rumahnya.

Tiba-tiba panggilan telefon masuk, Tengku Harith Zaqwan segera menjawabnya.

"Hello tuan,"

"Ya, Sharkief. Ada perkembangan terbaru?"

"Tuan, aku dah kenalpasti. Tengku Qistina ada tiga orang konco, dan sorang lagi Faqrul. Sepertimana yang kita sedia maklum, dia memang terlibat sama.."

"Aku dah agak, bagus! Jadi, lebih senang untuk kita bertindak. Cuma malam ni aku gagal, Qistina tak bagi aku masuk rumah dia. Sukar untuk aku mencari bukti tu,"

"Tak apa tuan, kalau tuan ke sana pun bahaya.. lagipun aku syak dua orang konco dia memang ada dalam rumah tu,"

"Pasti mereka diarahkan supaya menjaga bukti tu,"

"Kalau Tengku Qistina percayakan tuan, kenapa dia mesti meminta orang lain menjaga bukti tu pula?"

"Soal tu aku tak pasti. Aku cuma mahu secepat mungkin dapatkan bukti melalui telefon lama aku tu.." balas Tengku Harith Zaqwan.

"Insya-Allah.. kita pasti akan berjaya. Hanya dengan kesungguhan," balas Sharkief memberi semangat untuk tuannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience