Rate

BAB 237

Romance Series 197233

Tengku Harith Zaqwan memeriksa telefonnya, alhamdulillah semua ada. Dia berjaya kali ini mendapatkan ke semua bukti itu. Tidak ada satu pun yang kurang. Dia sudah mengarahkan Adrian Smith membuat beberapa salinan bukti tersebut dalam dua tiga buah telefon.

Pagi esok segala bukti akan diserahkan kepada pihak polis, segala kejahatan Tengku Qistina akan didedahkan.

Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon milik Tengku Harith Zaqwan. Dia segera menjawab panggilan itu, lagipun dia sudah selesai bercakap dengan Adrian Smith.

"Abang Harith, maaf kalau Elvia ganggu abang..."

"It's okay, ada apa Elvia?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Kak Arissya gaduh dengan papa,"

"What?"

"Pasal apa?"

"Sejak papa tak benarkan akak keluar ke ofis, semenjak tulah hubungan kakak dengan papa tak berapa baik..."

"Owh jadi Arissya marahkan papa?"

"Betul abang, akak tak boleh terima semua tu. Dan satu lagi, dia cakap abang dengan papa bersubahat tak benarkan dia keluar ke ofis," balas Tengku Elvia bercerita.

Tengku Harith Zaqwan mengeluh. Dia betul-betul penat. Tengku Arissya langsung tak bagi kerjasama, suka memberontak semenjak dia terluka dalam pencintaan. Jauh benar hatinya sudah pergi. Dia seakan hilang diri sendiri.

"Buat masa sekarang Arissya tak boleh ke mana-mana Elvia. Bahaya..."

"Yeke abang?"

"Abang baru temui bukti yang abang cari selama ni. Esok anak buah abang akan hantar kepada pihak polis, jadi situasi sekarang bahaya. Tu abang tak nak Arissya keluar..."

"Tapi papa dah give up abang, papa takkan halang lagi akak nak ke ofis ke tak.."

"Noo Elvia, noo... bahaya. Tolong jangan bagi Arissya keluar. Abang harap Elvia boleh halang..."

"Baik abang, Elvia akan cuba halang kakak. Elvia akan cakap baik-baik dengan akak," balas Tengku Elvia ingin memujuk kakaknya keesokan harinya.

Jam 5.00 pagi Tengku Qistina tersedar, dia menyentuh kepalanya perlahan. Kepalanya terasa sangat sakit. Dan dia agak merasa aneh apabila melihat biliknya berantakan, habis bersepah.. seperti ada yang mencerobohi biliknya. Dia yang masih dibawah pengaruh ubat perangsang itu masih khayal, pening. Dia berusaha bangun walaupun masih terhuyung-hayang, lalu dicapainya sebotol air mineral disitu.. lalu dia minum. Kemudian, dia diam seketika.. seakan cuba untuk mengingati apa yang terjadi semalam ketika bersama Tengku Harith Zaqwan. Tapi dia tidak dapat mengingati dan memahami semuanya.

Sampailah dia teringat pada telefon yang mengandungi bukti penting itu, dia berlari menuju ke arah satu almari yang di dalamnya tersimpan bukti tersebut, di dalamnya pula terdapat peti besi sederhana kecil.. dia cepat-cepat membukanya. Alangkah terkejutnya dia apabila bukti itu hilang. Semuanya. Semua bukti itu tiada. Dia terdiam seketika, cuba mengingati semuanya.

"Oh, my God!" Ucap Tengku Qistina setelah memahami semuanya. Siapa lagi pengkhianat yang merampas bukti itu jika bukan Tengku Harith Zaqwan, jadi selama ini lelaki itu mendekatinya atas tujuan untuk mendapatkan bukti dimasa lalu.

Ini bermakna, Tengku Harith Zaqwan telah membohonginya untuk semua perkara.

"Harittthhhhhh!!!!" Jerit Tengku Qistina geram, sambil dia memukul katilnya berulangkali. Dia merasa benar-benar bodoh.

Tapi dia tidak akan mengalah, dia segera mencari telefon bimbitnya.. dia yakin bukti itu masih belum diserahkan kepada pihak polis. Dia akan merampasnya dengan apa cara sekalipun.

"John, Leo datang jumpa aku sekarang!" Jerit Tengku Qistina, lalu dia hempas telefonnya ke katilnya. Dia mahu bersihkan dirinya dan keluar untuk menjalankan planning terbaru.. tapi kali ini biar dia sendiri yang bertindak.

Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi, John dan Leo sudah tercegat dihadapan Tengku Qistina. Tertunduk apabila melihat bosnya bengis pada pagi itu.

Tengku Qistina mendekati John, tiba-tiba pipi lelaki itu ditamparnya kuat.

"Kenapa bos tampar aku?" Soal John.

"Bodoh!"

"Apa jadi semalam kat aku? Aku nak tahu.." Soal Tengku Qistina.

"Ada lelaki bawa bos pulang, bos cakap jangan kacau.. lelaki tu buah hati bos, aku pun tak kacaulah. Aku biarkan aje. Time tu bos macam mabuk teruk.."

Tengku Qistina menghampiri Leo, satu tamparan kuat juga hinggap dipipi itu.

"Kau apa cerita jaga kat kawasan rumah?"

"Aku kena pukul dari belakang bos, aku pengsan dan diikat pada sebatang pokok. Aku tak tahu siapa pukul.."

"Lepas tu siapa selamatkan kau?"

"John, dia datang rumah bos. Tapi kami tak sempat masuk rumah bos, lagipun bos sendiri halang kami berdua. Bos whatsapp jangan kacau.."

"Bodoh! Dua-dua bodoh dan tak boleh diharap langsung!" Jerit Tengku Qistina.

"Kenapa bos marah-marah ni?"

"Kau tahu tak sebab kebodohan korang berdua ni, segala bukti tu dah hilang semalam..."

"Hah? Siapa ambil?" Soal Leo dengan muka terkejutnya.

"Tak payah nak buat muka terkejut beruk macam tu dengan aku. Eh, kau kena ingat tau, kalau orang tu jumpa bukti tu dan bukti tu sampai pada pihak polis, dengan kau sekali masuk penjara..."

"Habis tu apa yang kami perlu buat? Siapa ambil bukti tu?" Soal John. Tengku Qistina berpaling ke belakang, membelakangi John dan Leo.

"Aku yakin yang ambil bukti tu Tengku Harith Zaqwan, hanya dia yang tahu apa yang pernah terjadi dulu. Dia memang bijak perangkap aku, tapi tengoklah aku akan buat dia menderita..." Balas Tengku Qistina marah.

"Tapi kalau kita tak dapatkan bukti tu, jangan harap bos boleh buat dia menderita.. confirm tak berjaya," balas Leo. Tak pasal-pasal dia kena lempang sekali lagi..

"Aduh, sakitlah bos!"

"Pergi sekarang, pergi culik Tengku Arissya. Jika tak berjaya, culik keluarganya..."

"Tapi kami tak kenal ahli keluarganya.." balas John.

Tengku Qistina mengambil telefonnya lalu menghantar gambar ahli keluarga Tengku Arissya.

"Cari sampai dapat!" Arah Tengku Qistina.

"Bukti tu macam mana?"

"Bukti tu takkan sampai kepada pihak polis jika Tengku Arissya berjaya diculik..."

"Pergi sekarang!"

"Tapi ingat, jangan sampai gagal. Korang berdua kena bekerja keras... dan ini upahnya.." sambungnya sudah menyerahkan jumlah wang yang banyak.

"Banyaknya bos.."

"Buat kerja lagi bagus, aku akan bagi dua kali ganda. Owh ya, aku dah maklumkan pada Sichai, dia akan ikut serta.."

"Okay bos, kami gerak sekarang..."

Adrian Smith sudah keluar, dia mahu ke balai polis menghantar bukti itu. Kali ini Tengku Harith Zaqwan juga ikut serta.

Dalam perjalanan mahu ke balai polis, tiba-tiba dilaluan yang agak sunyi itu sebuah kereta mengekori mereka berdua. Adrian Smith mula perasan, namun dia biarkan saja dulu untuk mengetahui kebenarannya.

Lama kemudian dia terkedu, apabila jelas kelihatan dari belakang seorang lelaki mengacukan pistol.

"Tuan tunduk!" Jerit Adrian Smith lantang. Satu tembakan sudah dilepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience