Rate

BAB 99

Romance Series 197233

Tengku Harith Zaqwan segera bertanya apa yang Darius ingin sampaikan.. tapi satu soalan telah diajukan terlebih dahulu. Soalan-soalan inilah yang akan menemukan sebuah jawapan.

"Kau ni siapa sebenarnya Zaq?" Soal Darius. Dia mahukan kepastian.

"Baiklah, biar aku jujur. Aku Tengku Harith Zaqwan. Zaq tu cuma panggilan nama samaran yang aku letak masa kenal Aryanz.."

"Kenapa kau tak bagitahu nama sebenar?"

"Sebab Aryanz lelaki yang kali pertama keluar dengan bekas isteri aku di bumi yang begitu asing, sedangkan setahu aku jarang bekas isteri aku tu keluar dengan mana-mana lelaki," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Jadi, kau letak nama samaran tu untuk tahu siapa Aryanz?"

"Lebih kurang macam tulah, tapi tak sangka pula masa aku kerja kat situ.. Aryanz ramah menyapa aku. So, aku pun kawanlah dengan dia. Dari situlah aku tahu siapa sebenarnya Aryanz," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Owh.. jadi dengan aku sekali kau tipulah siapa kau.."

"Sorry Darius, aku terpaksa buat semua tu untuk tahu dengan siapa sebenarnya Tengku Arissya berkawan.."

"It's okay. Jadi, sekarang macam mana, Aryanz dah tahu siapa kau?"

"Yup, dia dah tahu.."

"Bekas isteri kau tu Tengku Arissya, right?"

"Macam mana kau tahu nama bekas isteri aku?"

"Darius pergi ke rumah Aryanz untuk minta duit sewa rumah, tapi masa tu dia terdengar sesuatu yang mengejutkan," sampuk Rubina Elizaberth.

"Betul Harith, aku dengar Aryanz dan Zulfiqar ingin merancang sesuatu.."

"What?"

"Aku dengar Aryanz nak bunuh kau," balas Darius. Tengku Harith Zaqwan tersengih.

"Aku tak kisah kalau dia nak buat apapun kat aku. Tapi yang aku pentingkan adalah Arissya. Dia wanita yang aku cintai, aku tak nak perkara buruk berlaku pada dia. Sebab dia satu-satunya seseorang yang istimewa dalam hati aku," luah Tengku Harith Zaqwan.

"Kalau dia istimewa kenapa Harith bercerai dengan dia?" Soal Rubina Elizaberth.

"Sebab saya difitnah. Berlaku salah faham antara kami kerana orang ketiga. Orang ketiga tu bekas kekasih saya, Tengku Qistina. Dialah punca semuanya.."

"Tapi kenapa lepaskan dia kalau cinta?"

"Banyak benda yang jadi, masa tu tak semua faham keadaan saya. Hanya saya yang merasai kesedihan itu," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Harith, kau tak kenal siapa Aryanz. Dia sanggup lakukan apa saja demi kemewahan hidup," ucap Darius pula.

"Apa yang dia boleh buat?" Balas Tengku Harith Zaqwan yang sudah bingkas bangun.

"Mereka berdua merancang untuk menghancurkan maruah bekas isteri kau!"

"Maksud kau?"

"Mereka berdua nak perangkap bekas isteri kau tidur dengan dia orang, dengan cara tu Arissya akan malu. Kemudian, mereka akan viralkan gambar aib bekas isteri kau tu sekiranya tidak menuruti kehendak mereka.."

Mendengar apa yang Darius katakan itu, rahang Tengku Harith Zaqwan bergerak-gerak. Penumbuknya juga sudah dikepal. Dia berpaling memandang Darius dengan pandangan yang bengis.

"Aku takkan biarkan mereka lakukan kerja terkutuk tu. Langkah mayat aku dulu!"

"Habis tu kau nak buat apa sekarang?"

"Aku akan pantau keadaan Tengku Arissya. Aku akan tengok dia dari jauh.. lagipun dia makin bencikan aku. Dia ingat aku mereka cerita mengenai Aryanz.."

"Masalah juga tu.."

"Tulah yang susahnya. Arissya menganggap Aryanz lelaki yang baik. Arissya tu degil juga. Sejak kami bercerai dia langsung tak bagi aku peluang untuk cakap apa-apa. So, aku tak boleh nak buat apa.."

"Apa yang kau nak kami berdua bantu?" Soal Darius.

"Eh, tak apalah. Aku tak nak susahkan kau orang berdua.."

"Harith dah banyak bantu kami berdua, izinkan kami bantu," sampuk Rubina Elizaberth.

"Betul tu, aku akan bantu kau. Lagipun kau dah banyak tolong aku.. aku dah dapat kebahagiaan aku, sekarang aku nak kau pun dapat kebahagiaan kau.." tokok Darius.

"It's okay, buat masa sekarang aku boleh settle sendiri. Kalau aku nak apa-apa bantuan aku akan contact kau orang berdua.."

Kali ini Darius dan Rubina Elizaberth hanya menganggukkan kepala perlahan.

"Okaylah kalau macam tu.."

"Kau jangan risaulah Darius. Tak lama lagi Tengku Elvia akan ke Kota Paris.."

"Tengku Elvia?"

"Tengku Elvia tu adik kepada Tengku Arissya. Tak lama lagi dia akan ke sini. Bila Arissya tinggal bersama adik dia tak adalah aku risau sangat.." balas Tengku Harith Zaqwan.

Dua tiga hari kemudian..

Tengku Harith Zaqwan memerhati gerak-geri Tengku Arissya. Dia sedang melihat Tengku Arissya bercakap dalam telefon dengan seseorang. Gadis itu nampaknya kelihatan ceria tersenyum. Hati Tengku Harith Zaqwan mula tertanya-tanya, 'Arissya cakap dengan siapa tu? Ya Allah.. semoga bukan dengan Aryanz!'

Tengku Arissya masuk ke pintu pagar sekolah tempat dia mengajar, lega hati Tengku Harith Zaqwan. Dia masih bersembunyi di sebalik tiang itu.. untuk terus memantau Tengku Arissya.

Ada panggilan telefon daripada Tengku Elvia. Segera panggilan itu dijawab.

"Hai, assalamualaikum Abang Harith!"

"Wa'alaikumussalam.. Elvia. Ada apa call abang ni?"

"Elvia nak minta tolong ni, boleh tak?"

"Tolong apa?"

"Tolong ambil Elvia kat airport bila sampai sana. Elvia dah nak bertolak ke Paris hari Isnin nanti," balas Tengku Elvia.

"Alright.."

"Okaylah Abang Harith, jangan lupa jaga kakak untuk Elvia. Bye!"

Tengku Harith Zaqwan senyum, dia menarik nafas lega. Akhirnya Tengku Elvia akan ke Kota Paris.

"Macam mana you dah call Abang Harith? Dia kata apa?"

"Boleh, Abang Harith akan jemput I kat airport sana," balas Tengku Elvia.

"Lega hati I.. tapi lagi lega kalau I dapat ikut you sama kat sana sayang," ucap Tengku Emir Danish sedih.

"Haaa... haaa.. you jangan mulakan. Sengajalah tu nak pujuk I. Nak ikut I sekali," balas Tengku Elvia. Tengku Emir Danish tersengih.

"Alaa.. kalau I ikut you sana pun apa salahnya. I boleh jaga you sayang.."

"Emir, akak I tak pernah tahu you dengan I bercinta. So, biarlah I ke sana sendirian. You duduklah kat sini, nanti dah settle semua I akan kenalkan you dengan kakak I.."

"Hmm.. okay. Tapi you kena janji dengan I, tolong jaga diri baik-baik untuk I.."

"I janji Emir. You jangan risau okay. Ni haa.. I pun nak minta tolong you..."

"I dah tahu you nak cakap apa dengan I. You nak minta tolong I jaga papa you kan.."

Tengku Elvia senyum, "Ya, I harap sangat tau.."

"Of courselah I akan jaga papa you. Papa you pun papa I juga. Don't worry dear.." balas Tengku Emir Danish. Lega hati Tengku Elvia. Dapatlah dia ke Kota Paris dengan senang hati. Semoga semuanya baik-baik saja sepanjang dia berada di sana.

Tengku Arissya selesai mengajar, dia menuju ke arah Menara Eiffel. Tengku Harith Zaqwan mengikuti jejak itu. Dia tergamam apabila melihat sebatang tubuh milik Aakif Aryanz di situ. Rupanya lelaki itu sudah berbaik dengan Tengku Arissya. Sudah pasti ada muslihatnya.

Tengku Harith Zaqwan munculkan diri di antara mereka berdua. Apa nak jadi, jadilah. Dia sudah tidak peduli.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Tengku Arissya terkedu, tak sangka pula dia bekas suaminya datang ke situ.

"Suka hati akulah nak datang sini, kau sibuk apa? Kau tu buat apa kat sini?" Balas Aakif Aryanz.

"Kenapa kau masih jumpa Arissya?" Tegas Tengku Harith Zaqwan menyoal.

"Awak dah kenapa ni Harith? Sudah-sudahlah tu!" Marah Tengku Arissya menyampuk.

"Tak salah pun Harith kami berdua saling bertemu, lagipun kau dengan Arissya bukannya ada apa-apa lagi.." sengaja Aakif Aryanz ingin memancing kemarahan Tengku Harith Zaqwan.

"Ya, memang pun tapi selagi aku hidup.. aku akan pastikan Tengku Arissya tak menjadi mangsa kekejaman kau!"

"Apa awak merepek ni Harith!" Marah Tengku Arissya.

"Arissya diam!" Balas Tengku Harith Zaqwan geram.

"Kau ingat kau tu siapa pada Arissya? Hei, kau dengar sini.. aku takkan biarkan kau buat jahat pada dia!" Sambungnya. Rasa geram Tengku Arissya semakin bertambah. Kemarahannya sudah sampai kemuncak.

"Harith kenapa dengan awak ni hah? Tak habis-habis buruk sangka dengan Aryanz!" Marah Tengku Arissya yang sudah menolak tubuh sasa milik Tengku Harith Zaqwan.

"Abang cuma nak melindungi Arissya. Abang sayangkan Arissya. Abang tak suka kalau ada lelaki lain yang cuba mengambil kesempatan pada Arissya.."

"Ambil kesempatan apa? Aryanz tak sejahat yang awak fikirkanlah! Sepanjang saya kat sini.. dialah yang temankan saya. Awak kat mana? Kalau betul awak sayangkan saya, kenapa tak kejar saya waktu saya sampai sini? Halang saya kat airport tu? Tapi apa awak buat Harith?"

Tengku Harith Zaqwan mahu bersuara tapi pantas Tengku Arissya menghalang, "Awak biarkan saya macam tu aje! Ada waktu tu awak fikirkan soal keselamatan saya kat sini ke? Tak! Itu ke namanya sayang?"

"Abang boleh jelaskan semua tu sayang, tapi sayang yang tak pernah bagi abang peluang untuk bercakap," balas Tengku Harith Zaqwan mengungkapkan kebenaran.

"Memang saya tak pernah bagi peluang tu sebab awak lagi kejam! Awak biarkan saya macam tu. Saya rasa macam perempuan bodoh tahu tak. Bodoh!!!" Jerit Tengku Arissya.

"Sayang.. please jangan cakap macam ni.." ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan. Sebak hatinya. Namun saat itu hati Aakif Aryanz pula sudah tersenyum lebar.

"Awak selalu cakap yang Aryanz tu siapa pada saya kan? Baik, mulai hari ini dia adalah kekasih saya dan tak lama lagi dia akan jadi bakal suami saya. Puas hati?" Ucap Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan terkedu.. lama dia memandang wajah kesayangannya, seakan tidak percaya dengan apa yang di dengarinya. Matanya sudah mula berkaca.

"Arissya no! Dia bukan lelaki yang terbaik untuk sayang. Please, cari lelaki lain kalau ia bukan abang sekalipun. Lelaki yang ada depan Arissya ni berselindung di sebalik kebaikannya," ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Hei, kau dahlah kacau Arissya. Kau dengar sendiri kan? Arissya nak jadikan aku sebagai suami dia. Kau tu dah boleh angkat kaki, pergi jauh-jauh bro.." sampuk Aakif Aryanz yang sudah ke depan mula berlagak.

"Kau memang tak guna!" Marah Tengku Harith Zaqwan bersama satu penumbuk singgah di pipi sebelah kanan Aakif Aryanz.

"Arghh.." Aakif Aryanz mengaduh sakit.

"Ya Allah.. Harith!" Marah Tengku Arissya bersama satu tamparan kuat di pipi Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan berpaling merenung mata cantik milik Tengku Arissya, "Dua kali sayang tampar abang. Sakit, memang sakit! Pedih. Tapi ia tak sesakit dan sepedih hati ini sayang. Abang lagi sakit tengok sayang macam ni!"

"Enough Harith!" Balas Tengku Arissya mengalihkan pandangan matanya ke lain. Dia tak sanggup melihat air mata Tengku Harith Zaqwan yang sudah mengalir perlahan.

"Abang tak pernah kesal datang sini pujuk Arissya, siang malam ke hulur hilir tengok keadaan Arissya dari jauh. Tapi yang abang kesalkan sayang, Arissya pilih lelaki ni. Lelaki yang Arissya tak betul-betul kenal hati budi dia.."

"Terima kasih buat abang macam ni.. tapi..."

Tengku Harith Zaqwan mengalihkan pandangannya kepada Aakif Aryanz, lalu dia katakan, "Kau dengar sini, perjuangan aku masih belum tamat disini. Demi Tengku Arissya, nyawa juga rela aku pertaruhkan!"

Tengku Harith Zaqwan segera berlalu pergi dari situ dengan perasaan yang kecewa. Dia kesal Tengku Arissya memilih Aakif Aryanz sebagai pengganti dirinya, pilihan itu adalah pilihan yang salah.. ia merupakan satu bala yang sangat besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience