Rate

BAB 27

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan hanya sewa bilik tinggal di Kota Paris. Memanglah dia ada duit, tapi bagi dia berjimat itu perlu untuk kegunaan menguruskan hal lain lagi yang lebih penting.

Bosan juga dia bila hidup sendirian. Terasa seperti hidup di zaman bujang sewaktu ada di universiti. Biasanya kalau ada Tengku Arissya, selalu juga dia usik gadis itu.. tapi semuanya hanya tinggal kenangan.

Tengku Harith Zaqwan duduk dibirai katil, dia mencapai telefon bimbitnya.. lalu dia scoll gambar Tengku Arissya yang ada bersamanya semasa mereka berdua masih belum berpisah. Tersenyum sendiri dia. Sungguh manis senyuman Tengku Arissya, mana-mana lelaki yang melihatnya pasti akan terpikat.

Tengku Harith Zaqwan diam seketika, hatinya terasa sunyi. Dia betul-betul merasa kehilangan sesuatu yang paling besar dalam hidupnya. Pertama, sebuah kehilangan berbentuk perpisahan. Keduanya, dia kehilangan untuk selama-lamanya. Pahit untuk ditelan, namun dia tetap juga belajar mengunyahnya perlahan-lahan. Menerima segala takdir yang sudah tertulis dalam hidupnya.

Handphone yang masih ada di tangannya menyentuh account fac miliknya, dia mahu update penulisannya. Bukan untuk meluah segala rasa hatinya, dia tidak suka menjadikan fac sebagai tempat meluah kesedihan kerana di situ bukanlah tempat yang paling layak seorang hamba Allah bercerita kepada seluruh dunia tentang masalah hidup yang dilaluinya. Soal kesedihannya, bahagia tawa dan tangisannya itu biarlah menjadi rahsia dia dengan pencipta-Nya saja.

Tengku Harith Zaqwan pantas menekan huruf-huruf di keypad telefonnya.

"Puas memujuk hati bidadari, namun jiwanya masih sedingin salju.." - THZ

Selesai menulis di fac, Tengku Harith Zaqwan baring. Dia rasa ada baiknya dia tidur saja.. agar kesedihannya segera berlalu pergi. Dia akui hari ini adalah hari paling rapuh. Mungkin kerana ingatannya kuat pada Tengku Suria. Dia jadi lemah semangat dan tidak bermaya. Dia berharap esok dia bangun tiada lagi kesedihan yang menghuni hatinya. Semoga Allah beri kekuatan untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience