Rate

BAB 152

Romance Series 197165

"Kak Arissya!" Panggil Dania. Terhenti seketika langkah kaki Tengku Arissya.

"Eh, Nia. Ada apa ni? Dah makan tak?" Soal Tengku Arissya.

"Err.. Nia nak cakap dengan akak sikit boleh?"

"Boleh, apa dia?"

Mata Dania asyik terarah pada Tengku Harith Zaqwan yang sedang bercakap dengan Datuk Mustaqim diluar halaman rumah itu.

"Akak kenal dengan lelaki tu?" Soal Dania sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Tengku Harith Zaqwan.

"Owh.. kenal, kenapa?"

"Dia siapa kak?"

"Lelaki tu kawan akak, tapi kenal pun tak rapat mana," balas Tengku Arissya. Sampai hati dia boleh cakap macam tu.

"Boleh tak Nia nak kenal dengan kawan akak tu?" Balas Dania membuatkan Tengku Arissya terkedu. Terdiam dia seketika.

"Akak, akak okay ke ni?"

"Okay. Hmm.. jomlah, akak kenalkan," balas Tengku Arissya perlahan.

"Hai, paa.. rancak sembang," sapa Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan mengalihkan pandangan matanya ke arah bidadari kesayangannya itu.

"Ni haa.. papa berbual dengan Harith kejap. Biasalah businessman kalau tak cakap pasal business tak sah," balas Datuk Mustaqim. Tengku Arissya hanya senyum.

"Papa.. boleh Arissya bercakap dengan Harith sekejap?"

"Dah tentu boleh, silakan. Papa nak jumpa Uncle Qaid kejap.." balas Datuk Mustaqim segera berlalu pergi dari situ.

Dania ada saja berdekatan dengan Tengku Arissya di belakang, dia dari tadi hanya mendiamkan diri. Setia menunggu.

"You nak cakap apa dengan I? You nak cakap yang...."

"Harith stop it!" Balas Tengku Arissya menekankan suaranya, agak perlahan. Dia takut Dania dengar.

"I nak kenalkan you dengan someone ni," sambungnya.

"Nia.. sini!"

Dania menapak di tepi sisi Tengku Arissya. Dia nampak agak segan apabila berada dekat dengan Tengku Harith Zaqwan.

"Nia, nilah kawan akak tu, yang Nia nak kenal. Nama dia Tengku Harith Zaqwan," ucap Tengku Arissya.

Berkerut dahi Tengku Harith Zaqwan.. entah apa-apalah Tengku Arissya ni. Mendadak betul memperkenalkan dia dengan gadis yang bernama Dania.

"Harith ni Dania, dialah yang tolong I bantu siapkan pelamin dengan yang lain lagi,"

"Owh.. yeke? Hai, Dania. Salam perkenalan dari Abang Harith," balas Tengku Harith Zaqwan menyambut baik Dania. Meskipun dia tidak berapa suka Tengku Arissya kenalkan dia dengan mana-mana perempuan.

'Abang Harith? Siap ber'abang' lagi tu. Menyampah betul aku dengar!' Desis hati Tengku Arissya.

"Dania asal mana? Asal sini juga ke?" Soal Tengku Harith Zaqwan depan Tengku Arissya.

"Nia asal Kedah, tapi Datin Falida minta Nia ke sini bantu Kak Elvia.. tu yang datang sini ajak kawan-kawan sekali,"

"Dania dengan Datin Falida tu ada ikatan persaudaran ke?"

"Ada juga, belah mama.." balas Dania sopan. Dania memang cantik. Berkulit putih, bermata bulat, manis orangnya dan chubby. Tetapi tidak dapat menandingi kecantikan paras rupa Tengku Arissya.

"Owh.. biasa juga abang pergi Kedah kalau ada outstation, hari tu baru balik dari Pulau Langkawi. Best pergi sana, tapi tulah tak dapat jalan-jalan sebab pergi pun atas urusan kerja,"

"Tak apa Abang Harith, nanti abang pergi sana call aje Nia. Boleh Nia bawa abang jalan-jalan,"

"Betul ni?"

"Betul abang, Nia tak tipu. Abang ada nombor handphone tak? Senang nak contact.."

Tengku Arissya yang ada di situ sudah masam mencuka.

Eh, dia pun hairan kenapalah kaki dia masih tercegat kat situ. Buat sakit hati aje!

"Ni name card abang,"

"Thank you, Abang Harith.." balas Dania gembira.

"You're welcome.."

"Nia, akak masuk dalam dulu ya. Nak layan tetamu," sampuk Tengku Arissya. Makin lama dia ada di situ semakin menyampah dia tengok sikap mengada-ngada Tengku Harith Zaqwan. Siap bagi nombor telefon lagi.

"Okay Kak Arissya," balas Dania yang masih ada berdekatan Tengku Harith Zaqwan.

Dalam pada mereka berdua berbual, ada rasa kesayuan dihati Tengku Harith Zaqwan.

'Maafkan aku Arissya, bukan sengaja aku ingin menyakiti hatimu. Dengan sesiapa saja rasanya aku berhak untuk mengenali seseorang dalam hidupku.

Tapi jangan risau sayang, hati ini cuma milikmu. Hanya kau takhta tertinggi sebagai bidadari di sudut hati ini. Hati yang tak pernah kau fahami, hati yang kau seringkali buat ia sedih, buat ia terluka dan kecewa. Tapi sungguh hati ini kuat. Benar-benar kuat. Walaupun begitu mengenali erti derita dalam cinta, tetapi hati ini tetap ingin menyintai dirimu sayang..'

Selesai saja majlis perkahwinan itu, Tengku Harith Zaqwan dan Hud Mikail meminta diri untuk pulang. Dia tak ada mood berlama-lama di situ, lagipun layanan Tengku Arissya padanya terlalu dingin selepas dia bercakap dengan Dania.

Pasti saja Tengku Arissya fikir yang bukan-bukan tentang dirinya, tapi rasanya tidak perlu menjelaskan apa-apa. Hanya yang mengenalinya akan faham.

Sepanjang perjalanan balik, Tengku Harith Zaqwan banyak mendiamkan diri.

"Kau okay tak ni Harith? Diam aje dari tadi," Soal Hud Mikail.

"Kenapa kau tak cakap dengan aku yang tu perkahwinan Tengku Elvia? Aku dah salah faham. Dah buat kerja gila, lantang bersuara panggil nama Tengku Arissya. Malulah," balas Tengku Harith Zaqwan.

Hud Mikail tergelak besar, "Salah kau juga sebab aku tak habis cakap lagi kau dah letak handphone tempoh hari,"

"Tapi setidaknya kau cakaplah time aku balik tu,"

"Kau terlampau marahkan si Faqrul tu, kalau aku cakap pun tak guna. Jadi aku biarkan ajelah. Biar kau tengok sendiri siapa yang kahwin hari ni,"

"Tak baik kau buat aku macam ni. Sebab benda ni juga Arissya marahkan aku,"

"Arissya tu memang tak pernah tak marahkan kau," balas Hud Mikail.

"Susah betul nak tackle hati perempuan ni,"

"Haa.. tulah pasal, aku ni pun tengah berdebar tunggu keputusan daripada Iris Ariana. Dia diam aje lagi," balas Hud Mikail.

"Apalah malangnya nasib kita berdua ni kan. Orang lain dah kahwin, beranak pinak.. kita aje belum,"

"Eh, kau beranak pinak ke?" Usik Hud Mikail. Tengku Harith Zaqwan tersengih.

"Maksud aku bakal isteri kitalah yang beranak. Ke kau yang nak beranak ni, gantikan isteri kau Hud.. Apa daaa..."

Hud Mikail tergelak, "Kalau aku yang beranak, hancur hospital.."

"Kenapa pula?"

"Yelah, kau bayangkan kalau lelaki yang beranak, dengan suaranya garau, lantang.. kuat. Time nak push push tu semua orang akan lari bertempiaran.."

"Sebab ingatkan King Kong yang beranak kan," sambung Tengku Harith Zaqwan buat lawak.

Kali ini dua-dua tertawa besar. Tidak mengapalah, setidaknya ia juga mampu merawat hati yang rawan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience