Rate

BAB 108

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan meneruskan pencarian di sekitar kawasan Menara Eiffel dan restoran, mungkin dia dapat menemui Aakif Aryanz atau Zulfiqar di situ.

Rubina Elizaberth bersama Tengku Elvia mencari di kawasan tempat membeli-belah. Tapi buat masa sekarang masih tidak kelihatan kelibat Aakif Aryanz dan Zulfiqar. Setiap hati itu dihimpit oleh kegusaran yang maha hebat.

Zulfiqar sudah keluar ke kawasan kedai makan, dia mahu membeli sarapan pagi. Dia memakai sweater hitam dan topi yang berwarna merah untuk menutupi mukanya agar tidak dikenali.

Aakif Aryanz mundar-mandir di kawasan luar bilik, dia tengah berfikir mahu masuk ke bilik Tengku Arissya atau tidak. Dia takut kalau dia masuk ke bilik itu.. dia tak dapat menahan hawa nafsunya. Pasti saja dia akan memungkiri janjinya pada Zulfiqar.

Zulfiqar menunggu makanan yang ditempahnya, dia hanya bungkus makanan itu. Dari jauh Tengku Harith Zaqwan syak lelaki yang bersweater hitam itu Zulfiqar, dari bentuk fizikalnya dia sangat yakin bahawa itu Zulfiqar. Ada sesuatu yang mencurigakan apabila lelaki itu kelihatan berhati-hati, berwaspada. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Tengku Harith Zaqwan makin yakin Tengku Arissya diculik.

"Kau yakin tu Zulfiqar?"

"Aku yakin Darius, itu memang dia. Dan dia makin buat aku yakin, dialah yang culik Tengku Arissya bersama Aryanz," balas Tengku Harith Zaqwan tegas.

"Maksud kau?"

"Cuba kau perhatikan gayanya, dia asyik pandang ke kiri kanan seolah-olah bimbang ada yang kenal dia dalam cara pemakaiannya tu.."

"Ada betulnya kata-kata kau tu, so kita nak buat apa sekarang?"

"Aku tunggu dia habis bungkus makanan tu, lepas tu kita bersedia kat sini.. dia akan lalu ke kawasan ni. Masa tulah kita tangkap kita," balas Tengku Harith Zaqwan. Darius bersetuju.

Beberapa minit kemudian, Tengku Harith Zaqwan dan Darius bersedia.

"Zulfiqar!" Panggil Darius. Dia terkedu.. makanan yang dibeli itu segera dibaling ke arah Darius. Dia laju melarikan diri. Tengku Harith Zaqwan mengejar. Dia kejar sepantas zebra.

"Tunggu Zulfiqar!" Jerit Tengku Harith Zaqwan.

"Tepi! Tepiii!" Jeritnya lagi agar orang yang ada di situ memberi laluan kepadanya.

Tengku Harith Zaqwan geram, amarannya tidak diendahkan.. kakinya semakin laju mengejar Zulfiqar. Akhirnya dia melompat dan terjatuh ke atas tubuh Zulfiqar, tergolek mereka berdua.

Zulfiqar tidak mahu mengalah, muka Tengku Harith Zaqwan ditumbuknya. Namun.. Tengku Harith Zaqwan keras melawan. Dia menumbuk perut Zulfiqar kuat.. lalu memegang kedua belah tangan Zulfiqar seperti seorang anggota polis.

"Kau duduk!" Jerkah Tengku Harith Zaqwan. Darius baru sampai di situ.. dia kelihatan tercunggap-cunggap keletihan. Tengku Elvia dan Rubina Elizaberth juga sudah ada di situ.

"Mana Arissya?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Aku tak tahu!"

"Penipu!" Tengking Tengku Harith Zaqwan kuat.

"Kau bangun! Darius pegang jantan ni!" Marah Tengku Harith Zaqwan.

"Aku tanya sekali lagi, Arissya mana bodoh?"

"Aku tak tahulah, kau tak faham bahasa ke?"

Tengku Harith Zaqwan berpaling ke arah lain.. dia meraut mukanya, tiba-tiba dia berpaling dan lempang Zulfiqar kuat dengan tangannya. Meraung sakit Zulfiqar.

"Lebih baik kau mengaku sebelum aku...."

"Aku apa hah? Aku tak tahu pasal Arissya! Aku tak tahu!!!" Jerit Zulfiqar sambil memberontak minta dilepaskan.

Tiba-tiba Tengku Elvia masuk campur, dia bagi satu penampar untuk Zulfiqar.

"Pedihlah bodoh!" Jerit Zulfiqar marah diperlakukan begitu.

"Arghhh aku peduli apa!!! Aku nak kau bagitahu mana kakak aku. Kalau tak kami takkan lepaskan kau!"

Kali ini Zulfiqar ketawa, "Kau nak buat apa? Cara kau ni akan buat kakak kau mati!"

"Arggghhh.. tak guna!" Marah Tengku Harith Zaqwan mengamuk. Dia pegang kedua rahang pipi Zulfiqar kasar.

"Kau betul tak nak mengaku? Okay, kau memang sengaja cabar aku. Kau tak kenal siapa aku lagi ni. It's okay, biar aku ajar kau.." ucap Tengku Harith Zaqwan sudah tersengih. Dia mengeluarkan pemetik api.

Pemetik api itu dinyalakan kemudian dilenyapkan.

"Nampak tak pemetik api ni, kalaulah nyalaan api ni kena pada mata kau.. kau akan buta seumur hidup kau!"

Zulfiqar sudah berpeluh, dia nampak yang Tengku Harith Zaqwan benar-benar serius. Bengis saja wajahnya.

"Kau nak bagitahu mana Arissya atau kau pilih untuk jadi buta seumur hidup kau? Kau pilih sekarang.. sebab aku tak main-main ni!"

"Aku tak tahu!!!"

"Cakaplah bodoh! Jangan sampai aku hilang sabar!" Tengking Tengku Harith Zaqwan. Terkejut Zulfiqar.. mengiggil tubuhnya. Dia sudah tergagap-gagap menjawab.

"Okay, aku bagitahu Arissya kat mana sekarang ni.."

"Arissya ada kat rumah aku. Sekarang ni hanya dia dengan Aryanz aje. Darius tahu kat mana rumah tu.. sebab tu rumah sewa Rubina Elizaberth.."

"Bodoh! Kenapa kau tinggalkan Arissya dengan Aryanz?"

"Aku tinggal sebab keluar beli breakfast tadi, tapi aku dah pesan pada Aryanz supaya jangan sentuh Arissya.."

Tengku Harith Zaqwan tersengih mendengar kenyataan itu, "Dah tu kau percayalah dengan kawan baik kau tu?"

"Dia dah janji dengan aku, takkanlah dia mungkir janji tu.." balas Zulfiqar bersahaja. Tengku Harith Zaqwan geram, mukanya merah menyala. Ditumbuknya perut Zulfiqar, mengaduh sakit Zulfiqar.

"Sabar Harith!" Ucap Darius mengingatkan Tengku Harith Zaqwan.

"Kau dengar sini! Arissya tu nyawa aku. Kalau terjadi apa-apa pada dia mati kau aku kerjakan! Aku takkan lepaskan kau!!!" Jerkah Tengku Harith Zaqwan.

"Jom kita pergi sekarang!" Ucap Darius..

"Sayang you boleh tak ke sebelah sana ambil kereta I kejap?"

"Boleh.. I pergi ambil kereta tu kat tempat parking kejap, you all tunggu sini.." Ucap Rubina Elizaberth segera bertindak.
Mereka menaiki kereta ke sana.. kerana agak jauh juga perjalanan ke sana. Rubina Elizaberth yang sudah biasa jalan ke sana yang menjadi pemandu.

Hanya Allah yang tahu betapa berdebarnya Tengku Harith Zaqwan.. dia takut kalau Tengku Arissya diapa-apakan. Dia perlu cepat ke sana untuk menyelamatkan Tengku Arissya.

Aakif Aryanz sudah tidak mempedulikan janjinya lagi, dia masuk ke bilik di mana dia mengurung Tengku Arissya.

"Hai, sayang!" Ucap Aakif Aryanz.. dia duduk menghadap Tengku Arissya sambil tersenyum penuh makna.

"Kau nak apa hah?"

"Well, aku nak kaulah. Kau kan cantik.. so, sayanglah kalau aku lepaskan ikan cantik yang ada depan mata aku ni.."

"Kau sebenarnya nak apa hah? Apasal kotor sangat mulut kau ni? Gila!" Marah Tengku Arissya. Dia takut tetapi cuba memberanikan dirinya.

"Sebenarnya sebelum ni aku cuma nak duit kau aje, yelah kau punya nama pun 'Tengku' kat depan tu kan, dah tentulah dari golongan bangsawan. Tapi lepas tu tutt.. tutttt.. hati aku ni berubah pula, eh.. tersuka kat kau. Pelik kan?"

"Aku rasa macam nak menikmati kedua-duanya," sambungnya.

"Maksud kau?"

"Duit kau dan setiap inci...."

"Enoughlah! Kau ni betul-betul dah gilalah!" Marah Tengku Arissya.. dia jijik dengar perkataan yang dia tahu apa yang lelaki hina dihadapannya akan ucapkan.

Aakif Aryanz ketawa.. dia suka tengok Tengku Arissya marah. Dia mula sentuh pipi Tengku Arissya perlahan..

"Lembutnya pipi.. gebulah macam kek, sayang.." ucapnya..

"Lepaskan akulah! Kau buat apa ni hah?"

"Kenapa marah aku sentuh kau? Hei, kau tak payahlah jual mahal. Sekarang ni kau dengan aku dalam satu bilik. Aku boleh buat apa saja yang aku nak.."

"Tolong! Tolonggggg!!!" Jerit Tengku Arissya sudah ketakutan.

Tiba-tiba dia teringatkan Tengku Harith Zaqwan. Kalaulah dia dengar cakap bekas suaminya semua benda ni takkan terjadi. Namun nasi sudah menjadi bubur. Tengku Harith Zaqwan sudah pulang ke Malaysia.

"Kau jeritlah kau nak jerit kuat mana pun. Tak ada siapa yang akan dengar jeritan kau tu, tak ada siapa yang akan tolong kau, termasuklah adik kau. Haa.. termasuk juga bekas suami kau, si Harith yang bodoh tu!"

"Kau tahu tak kenapa aku cakap dia bodoh? Sebab dia dah lepaskan kau ditangan aku.. dia dah balik ke Malaysia. So, aku akan jadikan kau milik aku secara rasminya sekarang ni.."

"Harith tak bodohlah, kau tu yang bodoh. Jahat!" Jerit Tengku Arissya sambil air matanya sudah mengalir laju melewati pipinya.

"Dia dengan kau sama bodoh aje tapi kau lagi bodoh. Lelaki tu ikhlas mencintai kau, terkejarkan kau sampai dia sanggup datang ke Kota Paris ni.. tapi kau layan dia macam sampah! Hari-hari kau hina dia, tapi dia still jaga kau. Peduli pasal kau! Tapi okaylah, aku suka tengok korang gaduh!" Luah Aakif Aryanz yang bercakap sambil tergelak dan kadang-kala serius. Jiwa kacau betul!

"Cakap banyak pun tak guna, bazir masa! Aku rasa dah tiba masanya kau jadi milik aku. Kau tahu tak, walaupun kau ni bodoh tapi kau punya kecantikan memang buat jiwa lelaki aku bergetar. Sinilah cepat, ke kau nak aku yang mendekati kau?" Sambungnya seakan separuh gila.

Kali ini Aakif Aryanz cuba melakukan hal yang bukan-bukan, namun belum sempat dia mengapa-apakan Tengku Arissya, Tengku Harith Zaqwan menendang pintu itu kuat. Terkedu Akif Aryanz, membulat matanya melihat Tengku Harith Zaqwan berada di situ. Dia bingkas bangun.

"Kau?"

Satu tendangan mengenai dada Aakif Aryanz kuat. Tercampak Aakif Aryanz ke dinding.

"Elvia masuk tolong Arissya. Abang nak kerjakan jantan gila ni!" Jerit Tengku Harith Zaqwan. Tengku Elvia masuk ke bilik itu dengan penuh berwaspada apabila dia mendengar arahan itu. Darius pula berada diluar masih memegang pergelangan tangan Zulfiqar.

"Kak Arissya.." Panggil Tengku Elvia. Sebak hatinya melihat keadaan kakaknya yang semakin lemah.

"Kita keluar dari sini ya.." sambungnya.. Tengku Arissya nampak sangat ketakutan. Tangannya menggigil.

Tengku Elvia mahu membawa kakaknya keluar, namun Aakif Aryanz menghalang, "Arissya milik aku!"

Rubina Elizaberth masuk ke dalam rumah itu, dia belasah Aakif Aryanz menggunakan handbagnya yang cuba mara ke arah Tengku Elvia.

"Akak bawa Kak Arissya keluar dulu!" Jerit Tengku Elvia. Dia ke tepi apabila Aakif Aryanz mahu mencederakannya.

Tengku Arissya sudah berjaya di bawa keluar. Tengku Harith Zaqwan bangkit semula.. dia mengenggam baju Aakif Aryanz, menghumban lelaki itu ke dinding rumah.

Aakif Aryanz bangun, dia sudah benggang. Dia mengeluarkan sebilah pisau dari bahagian pinggangnya, kemudian pisau kecil tajam itu dihunus ke tepi sisi perut Tengku Harith Zaqwan yang tidak perasan akan hal itu.

"Aarghh.." ucap Tengku Harith Zaqwan kesakitan. Berair matanya.

"Abang Harith!" Jerit Tengku Elvia terkedu.

"Abang Harith hati-hati!" Jerit Tengku Elvia lagi memberi peringatan. Mereka saling bergelut.

"Kau memang tak guna!" Marah Tengku Harith Zaqwan. Dia tetap berlawan walaupun darah mula menitis di lantai.

Tengku Harith Zaqwan menumbuk Aakif Aryanz kuat, kedengaran bunyi rahang Aakif Aryanz cedera parah. Tangan itu dipaut sehingga patah.. jatuh pisau yang dipegangnya, meraung Aakif Aryanz kesakitan.

"Ambil kau!" Ucap Tengku Harith Zaqwan buat kali terakhir menjatuhkan pihak lawan. Akhirnya Aakif Aryanz terjelepuk jatuh pengsan.

Tengku Harith Zaqwan lemah, dia hampir jatuh. Namun sempat menahan tangannya di dinding. Masih berusaha berdiri, tapi tidak terdaya juga.

"Abang Harith okay ke ni? Darah tu abang.." ucap Tengku Elvia terkedu. Dia dapat lihat Tengku Harith Zaqwan lemah.

Tengku Harith Zaqwan senyum, "Abang okay, sikit je kena tepi isi perut.."

Tengku Arissya masuk ke dalam rumah itu, dia terkedu melihat Tengku Harith Zaqwan dalam kesakitan. Segera dia menuju ke arah bekas suaminya itu.

"Harith, awak okay ke? Kenapa jadi macam ni?" Soalnya yang sudah nampak tenang. Tengku Harith Zaqwan mendongakkan kepalanya, wajah itu dipandang lama. Masih adakah rasa rindu di hati itu?

'Kenapa sekarang Arissya? Kenapa rasa peduli tu tak terwujud saat abang selalu pedulikan Arissya, terkejar-kejarkan Arissya macam orang gila suatu ketika dahulu. Kenapa Arissya? Sekarang hati yang mencintaimu seakan sudah redha pada perpisahan kita, sayang..' Desis hati Tengku Harith Zaqwan. Dia kemudiannya berusaha bangun. Dia keluar dari situ tanpa mempedulikan Tengku Arissya. Tengku Elvia perasan akan hal itu.. namun dia buat tidak tahu.

Polis sudah datang ke tempat kejadian, Rubina Elizaberth yang membuat laporan polis. Mereka telah menangkap Aakif Aryanz dan Zulfiqar. Mereka semua pulang setelah memberi keterangan kepada pihak polis di Paris. Semuanya Rubina Elizaberth yang uruskan kerana dia lebih mahir menguruskan semua itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience