Rate

BAB 123

Romance Series 197165

"Kau nampak penat aje ni.. kenapa? Tak sihat ke?" Sapa Darius. Dia tidak tahu yang Tengku Arissya sudah pulang ke Malaysia.

"Ya, aku balik awal. Kerja kejap je tadi, terus ke hospital bila Datuk Mustaqim call.."

"Call?"

"Call bagitahu Arissya otw ke hospital," balas Hud Mikail membuatkan Darius terkedu.

"Tengku Arissya dah balik Malaysia ke?"

"Yup, dia terus ke hospital bila tahu Harith kat wad,"

"Mesti dia terkejut kan. Hm, siapa lagi ada kat sana tadi?"

"Tengku Elvia pun ada dengan bakal suami dia, Tengku Emir Danish. Ariana pun ada sekali, jumpa kat sana. Ramai juga kat sana.. tapi kami agak risau bila Harith sesak nafas tadi," cerita Hud Mikail.

"Everything okay ke?" Soal Darius risau.

"Doktor bagitahu tak ada apa yang perlu dirisaukan. Semuanya stabil," balas Hud Mikail berbual-bual dengan Darius seketika. Sebelum dia maklumkan pada Pak Cik Karim dan Mak Cik Timah malam ini Tengku Arissya jaga Tengku Harith Zaqwan dalam wad.

"Akak Elvia balik dululah ya, mandi pun tak lagi ni.."

"Hmm.."

"Akak tak nak balik ke dulu?" Soal Tengku Elvia sekali lagi.

"Akak nak jaga Harith. Nak tebus balik kesalahan akak pada dia selama ni. Elvia baliklah dulu dan bagitahu papa akak akan bermalam di wad ni.."

"Tapi ada baiknya kalau...."

"Elvia akak kan dah bagitahu nak ada kat sini.."

"Okay, petang Elvia ke sini lagi. Ada nak minta Elvia bawa pakaian tak? Dalam ni semua cukup kemudahan, bilik wad privasi ni.." ucap Tengku Elvia. Bilik wad yang diduduki oleh Tengku Harith Zaqwan sangat mewah.. siap sekali dengan tandas, luas. Maklumlah orang kaya.

"Bawakan akak tiga pasang baju, baju t-shirt lengan panjang,seluar jeans, shawl, tuala mandi, ubat gigi dan berus gigi. Letak semua tu dalam satu beg kain," pinta Tengku Arissya.

"Alright. Take care akak!" Ucap Tengku Elvia.

"Elvia wait!"

Tengku Elvia kembali menoleh ke belakang..

"Nah ni anak kunci kereta Emir, sorry kalau ada calar ke kat kereta mewah tu ya.. sebab akak hampir terbabas nak langgar pokok tadi," bagitahu Tengku Arissya.

"Ya Allah.. akak. Lepas tu ada cedera kat mana-mana tak?"

"Akak okay, selamat. Nanti bagitahu Emir pasal kereta dia tu ya.."

"Hmm.. okay," balas Tengku Elvia segera keluar dari bilik itu.

"Sayang.. macam mana?" Soal Tengku Emir Danish yang menunggu Tengku Elvia diluar ruangan menunggu.

"Akak I tak nak balik, dia nak temankan Abang Harith kat hospital, so kita balik dululah.."

"Okay jom!"

"Emir kejaplah, ni haa.. anak kunci kereta you. Kak Arissya bagitahu I kalau ada calar ke apa kat kereta you, bagitahu dia.."

"Hah? Why?" Soal Tengku Emir Danish hairan.

"Akak I hampir terbabas langgar pokok tadi, nasib baik dia tak ada apa-apa.."

"Ya Allah.. ni mesti dia tergesa-gesa nak datang sini. Soal kereta tak payah risaulah, I tak kisah pun.."

Tengku Elvia senyum sambil merenung wajah tampan dihadapannya. Tengku Emir Danish perasan.

"Kenapa you pandang I macam tu?"

"I really miss you, Emir!" Ucap Tengku Elvia yang sudah beberapa langkah ke hadapan.

"Sayang wait! You ni selalu je kalau ucap kata rindu mesti pergi tinggal I macam tu je.."

Tengku Elvia berpaling ke belakang sekilas, "I malu!"

Tengku Emir Danish tergelak, "Buat apa nak malunya.."

"Okaylah Emir, I balik dulu. Jumpa nanti!" Jerit Tengku Elvia yang sudah mahu berpisah haluan jalan.

"Okay sayang.." balas Tengku Emir Danish. Masing-masing sudah terpisah jarak, namun tidak pada hati. Hati mereka saling menyayangi dan mencintai.

Sampai saja ke rumah Datuk Mustaqim segera bertanyakan di mana Tengku Arissya.

"Kakak mana?"

"Akak kat hospital papa, dia tak nak balik. Dia bagitahu nak tunggu Abang Harith malam ni.."

"Laa.. kan akak tu tak rehat lagi, dia baru je balik dari Paris.."

"Elvia dah minta dia balik, tapi akak tak nak. Papa faham sendirilah anak papa tu macam mana," balas Tengku Elvia.

"Petang ni Elvia ke hospital lagi tau.. akak minta bawa pakaian dia," sambung Tengku Elvia.

"Okay papa ikut petang ni.." balas Datuk Mustaqim.

"Okay papa, Elvia minta diri dulu ya.. tak mandi lagi ni.. nanti kita sembang.."

"Hisyh! Mana ni.. geramnya aku. Aku cari kat ofis dia tak ada pula. Dia pergi mana ya.." Ucap Tengku Delisha geram. Puas dia mencari Tengku Emir Danish tapi tidak ditemuinya. Lelaki itu asyik sibuk dua puluh empat jam.

Semasa Tengku Delisha undur keretanya ke belakang, tanpa sedar dia terlanggar sebuah kereta mewah yang menyekat laluannya keluar.

"Shitt!" Marah Tengku Delisha. Dia menapak keluar dari dalam keretanya.

"Owh noooooo! Kereta kesayangan aku.." Ucap Datin Adora yang baru ke situ. Bukan main terkejut dia melihat keretanya dilanggar. Kemik di bahagian pintu depan keretanya.

"Mak cik tak ada otak ke? Tak fikir eh? Kenapa parkir kereta depan kereta I ni!" Marah Tengku Delisha geram.

"What? You panggil I mak cik? I ni..."

Belum sempat Datin Adora bersuara, Tengku Delisha memotong.. "Habis tu I nak panggil you apa? Nenek?"

"Amboi-amboi, sedapnya kau bercakap. Biadap betul!"

"I biadap sebab mak cik yang buat hal. Parkir kereta belakang I, halang laluan I nak keluar dah kenapa? Boleh fikir sendirilah!" Tengking Tengku Delisha.

"Sebab mak cik kereta I calar tau, but it's okay I takkan minta apa-apa ganti rugi pun, so now please alihkan kereta ni. I nak cepat ni!" Sambungnya.

"Hey, kau ni memang biadap! Malang betul kalau sesiapa dapat menantu macam kau ni!" Marah Datin Adora.

Tengku Delisha tak pedulikan kata-kata Datin Adora, dia menapak masuk ke dalam keretanya.. kemudian dia bunyikan hon bagi bising.

Datin Adora terpaksa masuk dalam keretanya, alihkan kereta itu dengan hati yang panas.

Kereta Tengku Delisha baru saja meluncur laju pergi dari situ, Datin Falida sempat melihat pemilik kereta itu. Dia terkedu.

'Tengku Delisha? Dia dah balik dari luar negara ke?' Desis hati Datin Falida.

"Adora kenapa dengan you ni? Merah macam udang galah je muka tu.."

"I sakit hati dengan perempuan tu. Dia tu memang gila!" Marah Datin Adora.

"Perempuan dalam kereta tadi tu?"

"Ha'ah.. dia tu memang biadap! Dia sengaja langgar I punya kereta. Kan okay kalau cakap elok-elok!"

"You tengoklah tu kereta I habis kemik," sambungnya.

"Ya Allah.. teruknya.."

"Memang teruk!"

"You tahu tak siapa dalam kereta tadi tu?"

"Siapa? You kenal ke?"

"I kenal kereta tu. Tulah Tengku Delisha, bakal menantu I yang tak jadi tu.. dia dulu bercinta dengan anak I, Emir.."

"Laa.. yeke? I pun dah tak ingat dan lupa siapa bekas bakal menantu you tu. Nasib baik you terlepas dari musibah. Kalau tak, you bermenantukan hantulah jawabnya," balas Datin Adora.

"I bersyukur tak bermenantukan Tengku Delisha tu. I memang tak nak Emir dengan dia. I tak suka!" Balas Datin Falida apabila mengenangkan kisah lama.

"Baguslah Falida, kalau I jadi you pun.. I tak nak menantu yang buruk perangai macam tu.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience