Rate

BAB 102

Romance Series 197233

"Arissya ikhlas ke terima Aryanz, atau masa Arissya terima Aryanz tu sebab sakit hati dengan Harith je ni?" Soal Aakif Aryanz bila dia lihat Tengku Arissya lebih banyak mengelamun semasa menemuinya.

"Taklah, kenapa cakap macam tu?"

Aakif Aryanz buat muka kesian, "Yelah.. Aryanz ni siapalah kan. Hanya lelaki biasa. Tak sekaya Tengku Harith Zaqwan, setaraf Arissya.."

Tengku Arissya senyum, dia tak tahu apa yang dia rasakan sekarang sebenarnya. Namun, dia perlu memberi jawapan pada Aakif Aryanz.

"Kekayaan bukanlah segalanya. Tak guna kalau kita kaya tapi hati busuk macam bangkai!" Balas Tengku Arissya padu. Berpeluh dahi Aakif Aryanz mendengarnya. Seolah-olah kata-kata itu ditujukan padanya, terasa dia. Pedas!

"Hmm.. betul tu.."

"Satu saja saya pinta dari awak, jangan kecewakan perasaan saya, boleh tak?" Sambung Tengku Arissya. Aakif Aryanz senyum.

"Aryanz janji takkan kecewakan Arissya. Akan setia sampai hujung nyawa.."

Janji palsu seorang lelaki dibumi Kota Cinta, turut di dengari oleh Tengku Harith Zaqwan. Berkaca matanya, terbelah dua hatinya. Ya, dia ada di situ.. disebalik pokok yang sama. Hari-hari di situlah tempat dia berdiri mengintai dari kejauhan cintanya. Pokok itu telah menjadi saksi betapa lukanya hati seorang lelaki bernama Tengku Harith Zaqwan.

Tapi kali ini Tengku Elvia juga turut sama menyaksikan janji itu, janji seorang lelaki plastik. Tengku Harith Zaqwan segera menapak perlahan pergi dari situ.

"Abang Harith!" Panggil Tengku Elvia. Dia dapat melihat jelas wajah kecewa lelaki itu.

"Ada apa Elvia?"

"Abang Harith nak ke mana?"

"Abang nak jalan-jalan ambil angin kat tempat lain," balas Tengku Harith Zaqwan membelakangi Tengku Elvia.

"Elvia tahu apa yang Abang Harith rasakan sekarang. Abang kecewa kan?"

"Sejak abang datang sini, rasa kecewa tu tak pernah berpisah jauh dari abang," akui Tengku Harith Zaqwan sejurus selepas itu dia berpaling ke belakang.

"Elvia tahu kakak kejam! Dia tak patut buat abang macam ni.."

"Arissya tak kejam, tapi dia menjadi mangsa kekejaman manusia yang tak berhati perut. Dia tertipu dengan orang yang salah, mencintai orang yang salah," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Habis tu kita nak buat apa lagi ni Abang Harith? Apa yang Elvia dengar tadi.. buat Elvia makin risaukan kakak," luah hati Tengku Elvia.

Tengku Harith Zaqwan melepaskan keluhan berat, "Abang tak tahu nak buat apa lagi kali ni. Abang dah buntu, abang dah cuba jelaskan tapi Arissya masih percayakan Aryanz. Abang tengok dia dah jauh pergi. Dia dah buta!"

"Abang Harith macam dah putus asa aje ni.."

"Tak Elvia, tak! Abang takkan putus asa.. cuma sebagai manusia biasa abang pun ada penatnya juga. Tahu rasa sakit dan kecewa. Arissya layan abang macam abang ni orang asing pada dia. Abang rasa sedikit terpalit hina.."

"Elvia faham rasa tu, tapi Elvia sendiri tak tahu nak nasihatkan kakak tu macam mana lagi.."

"Hmm.. tulah, abang pun sama. Jadi, abang rasa biarlah peristiwa mengajar dia tentang sesuatu. Biarlah lelaki yang dia sanjung dan puja tu tunjuk sendiri taring dia. Biar waktu tu Arissya dapat menilai antara permata dan kaca, siapa yang benar dan salah.."

"Tapi bukankah ia akan membahayakan kakak abang?"

"Tak apa, Allah ada. Dia pun bukannya perlukan kita. Selama ni macam-macam kita bagi dia nasihat, tapi tetap tak jalan. Kerasnya hati dia tak mampu kita leburkan lagi.."

"Hmm.. yelah abang. Tapi boleh tak kali ni je, Elvia nak minta abang pergi jumpa akak dan nasihatkan dia sekali lagi?"

"Untuk apa Elvia? Arissya takkan dengar cakap abang. Dia benci tengok abang!"

"Please Abang Harith, kali ni aje. Tolonglah nasihatkan akak tu. Mana tahu kali ni hati dia terbuka untuk dengar nasihat daripada abang.."

"Hmm.. okaylah, sebab ni permintaan Elvia. Abang akan nasihatkan dia sekali lagi.." balas Tengku Harith Zaqwan segera berlalu pergi dari situ.

Tengku Emir Danish cuba menelefon Tengku Elvia sekali lagi. Dah beberapa kali dia menelefon, tapi tak dapat. Tapi kali kelima dia telefon akhirnya dapat juga.

"Sayang, kenapa you buat I macam ni? I call tak dapat pun tadi.."

"Kan dah dapat ni Emir. Alahai.. merajuklah tu.."

"I tak merajuk sayang, I cuma risaukan you kat sana. Sejak you kat sana dua kali aje you call I, lepas tu you senyap je.."

"Sorry sayang. I busy sikit kat sini uruskan pasal kakak. You pun tahu kan, I kat sini sebab nak satukan akak dengan Abang Harith.."

"Yup, I know.. tapi you janganlah senyap lama. I risau. I rindu you sayang.."

Tengku Elvia senyum, "I okay aje kat sini. You janganlah risau. I pun sama rindukan you. Tak sabar nak balik sana, nak tengok muka handsome you tu!"

Tengku Emir Danish tergelak mendengarnya. Dia bercakap menerusi telefon sambil berjalan perlahan untuk ke tempat parkir keretanya. Dia sebenarnya baru selesai berjumpa dengan kliennya di salah sebuah restoran. Segak pemakaiannya, masih tersarung blazer di badan sasanya.

Tiba-tiba ada sesusuk tubuh melanggar Tengku Emir Danish secara tidak sengaja, terkena di lengannya.. jatuh telefonnya dan terhenti perbualannya dengan Tengku Elvia secara tiba-tiba.

"Emir! Emir you okay ke sayang? You masih kat sana ke?" Soal Tengku Elvia bila rangkaian telefon terputus. Risau pula dia.

"Hello.. Emir! Emir.." Tengku Elvia akhirnya menganggap rangkaian terputus.

"Apa ni main langgar-langgar?" Ucap Tengku Emir Danish yang tertunduk wajahnya memandang telefonnya yang sudah jatuh ke lantai.

"Eh, kau yang bodoh apahal jalan sambil telefon? Tu yang tak nampak!" Marah perempuan itu.

"Lain kali ada mata tengoklah. Kau yang salah, nak salahkan aku pula!" Sambung perempuan itu. Dia yang langgar, dia pula yang menyalahkan Tengku Emir Danish.

Tengku Emir Danish tidak peduli dengan kata-kata perempuan itu, tapi entah kenapa dia rasa macam pernah dengar suara itu. Dia mencapai telefonnya yang jatuh itu, nasib baik tak hancur.. tapi nampak tipis untuk telefon itu kembali hidup. Mati terus!

Tengku Emir Danish bingkas bangun. Perempuan di hadapannya yang angkuh bicaranya tadi terkedu. Lama dia menatap wajah Tengku Emir Danish, dia meneliti dari atas sampai ke bawah.

"Tengku Emir Danish!"

Tengku Emir Danish buat tidak kenal, dia segera pergi dari situ. Benci betul dia melihat wajah perempuan itu.

"Emir. Wait!" Panggil Tengku Delisha. Tapi Tengku Emir Danish tidak menghiraukannya.

"Woww! Betul ke tu Tengku Emir Danish? So handsome!"

Tengku Emir Danish masuk ke dalam keretanya, dia sakit hati. Kenapalah malang betul dia hari ini boleh pula terjumpa dengan Tengku Delisha. Tanpa menunggu lama disitu, dia menekal pedal minyaknya laju. Dia mahu ke klinik telefon untuk menghantar telefonnya yang mungkin sudah rosak.

"Dah balik? Pergi mana tadi?" Sengaja Tengku Elvia bertanyakan kakaknya, padahal dia sudah mengetahuinya.

"Owh.. ada hal sikit, jumpa Serly.."

"Serly? Siapa Serly tu?"

"Laa.. kawan sekerja akaklah yang tinggal sini.."

"Owh yeke? Atau pergi jumpa jantan tu?"

"Elvia please, jangan mulakan!"

"Nak ke mana tu Elvia?" Soal Tengku Arissya.

"Ke mana sajalah akak. Bosan duduk dalam rumah ni," balas Tengku Elvia acuh tak acuh.

"Elvia jangan buat perangai, ni Paris tau, bukannya kita kat Malaysia sekarang ni.. so, please kalau nak ke mana-mana maklumkan pada akak.."

"Okaylah kakak, kejap je Elvia keluar. Kawasan sini je.."

Tengku Arissya sakit kepala mengenangkan sikap adiknya. Dia sendiri tak faham apa tujuan Tengku Elvia ke Kota Paris. Sanggup pula dia tinggalkan papanya di Malaysia keseorangan, biasanya jarang Tengku Elvia buat perangai. Pasti ada sebabnya. Bila difikirkan balik, adakah sebabnya berpunca dari dia sendiri atau adiknya memang ingin bercuti di Kota Paris.

Bercakap soal 'bercuti', ia tidak juga logik.. lagipun setahu dia adiknya banyak kerja di ofis tu. Jadi, mula timbul rasa hairan dibenak fikirannya.

Kedengaran satu whatsapp masuk. Tengku Arissya buka dan mula membaca whatsapp itu.

"Assalamualaikum.. Arissya, abang nak jumpa.." - THZ

Tengku Arissya segera membalas whatsapp itu.

"Wa'alaikumussalam. Nak jumpa untuk apa?" - TA

"Please, kali ni aje abang nak jumpa.." - THZ

"Okay, kat mana Harith?" - TA

"Di Menara Eiffel, tingkat atas.." -THZ

"Hmm.. alright. When?" - TA

"Tomorrow dear.." - THZ

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience