Rate

BAB 235

Romance Series 197165

Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi, Adrian Smith baru melihat log panggilan masuk. Ada tertera nombor Sharleez. Kali ini dia abaikan, dia tahu gadis itu tentu menelefonnya atas sebab tugasan... Bukan kerana ingin bercakap dengannya. Mana mungkin sebuah kerinduan bertapak dihati Sharleez untuknya, sudah jelas setiap penolakan itu. Cukup jelas!

Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri, dia tidak mahu lagi membicarakan soal hati. Dia tidak mahu merasa kecewa lagi, ada baiknya dia fokus kerjanya yang sentiasa berdepan dengan maut itu...

Segala perancangan sudah siap, Tengku Harith Zaqwan sudah memaklumkan segalanya pada dia. Tinggal saja dia melakukan kerjanya esok.

Tengku Qistina memanggil anak buahnya seawal pagi lagi pada keesokannya.

"Ada apa bos nak jumpa kami?"

"Malam ni kau orang tak perlu kawal kawasan rumah ni, lagipun aku ada tetamu istimewa.."

"Siapa?"

"Sibuk aje nak tahu, itu urusan akulah!" Marah Tengku Qistina.

"Bos ada baiknya kami tetap menjaga bos walaupun dari jauh," ucap Leo..

"Betul kata Leo tu bos," tokok John.

Tengku Qistina terdiam seketika, berfikir. Ada betulnya kata-kata anak buahnya.

"Okay kau orang boleh jaga aku, tapi hanya pantau dari jauh. Hanya pantau di kawasan rumah ni. Faham!"

Leo dan John mengangguk faham.

"Morning Leez!" Sapa Tengku Harith Zaqwan.

"Morning tuan.."

"Tak kerja hari ni, nak ke mana?" Sambungnya bertanya apabila kelihatan Tengku Harith Zaqwan tidak memakai baju kemeja ofisnya seperti selalu.

"Aku nak jumpa dengan Adrian pagi ni," balas Tengku Harith Zaqwan yang sudah mengambil sepotong roti, lalu dikunyahnya.

"Nak ikut boleh tak?"

"Kau masih belum sembuh sepenuhnya Leez, so rest okay. Kaki tu pun belum kuat berdiri sepenuhnya..."

"Tapi aku nak jumpa Adrian, boleh kan? Hari ni je.. lagipun dia tak jawab call aku semalam.."

"Whatsapp?"

"Tak sesuai rasanya whatsapp aje..."

"Alright, kejap lagi ikut aku tapi sekejap aje okay. Lepas dah settle, aku minta Adrian hantar kau balik sini lagi.."

"Okay tuan.." balas Sharleez gembira.

Sharleez tidak mahu menunggu lagi, dia akan meluahkan segala isi hatinya. Dia mahu lelaki yang mencintainya selama ini bahagia.
Kata-kata Hud Mikail juga membuatkan dia rasa takut. Dia harap dia sempat meluahkan rasa cintanya pada Adrian Smith. Dia tidak mahu menjadi perempuan yang terlalu mementingkan diri sendiri, soal masa lalunya dia mahu melupakan semuanya. Dia mahu menghargai apa yang masih dia miliki sebelum terlambat.

Setengah jam kemudian, Tengku Harith Zaqwan dan Sharleez keluar menaiki kereta baru. Cermin kereta yang mereka naiki itu gelap, jadi tidak akan ada sesiapa dapat mengecami mereka berdua.

"Tuan!"

"Adrian macam mana dengan perancangan semalam?"

"Aku dah settle semua. Ni ubatnya.."

"Kau yakin ni ubatnya Adrian?"

"Betul, nilah ubat peransang tu yang tuan nak, tapi tuan benar-benar yakin ke nak guna ubat ni, letak dalam air Tengku Qistina kat kelab tu?"

"Aku yakin.."

"But why perlukan ubat macam ni? Tuan mahu..."

Belum sempat Adrian Smith menghabiskan ayatnya, Tengku Harith Zaqwan sudah ketawa, "Kau fikir apa Adrian? Kau fikir aku akan meragut kesucian Tengku Qistina ke?"

Adrian Smith tersengih, "Aku cuma nak ingatkan tuan yang ubat tu bahaya. Sanggup ke tempuhi godaan yang besar tu?"

"Sanggup..."

"Sanggup demi Tengku Arissya kan?"

"Jangan sebut nama Arissya depan aku. Aku cuma ingin menyelamatkan nyawa mereka yang tak berdosa.."

"Okay. So, memang tuan nak guna ubat nilah?"

"Kau ni jangan risaulah, aku bukannya lelaki jalang. Suka rosakkan perempuan..." balas Tengku Harith Zaqwan.

"Okay, malam ni aku akan ke sana juga. Lepas settle di kelab aku akan masuk ke rumah Tengku Qistina dan cuba dapatkan telefon yang tuan mahukan tu.."

"Good luck, Adrian!" Ucap Sharleez yang tiba-tiba muncul disitu.

Adrian Smith terkedu, manakala Tengku Harith Zaqwan pula sudah tersenyum. Bukan dia tidak tahu mereka berdua sedang ada konflik cinta yang rumit.. tapi tidaklah serumit pencintaan dia dengan Tengku Arissya suatu masa dahulu.

"Kau buat apa kat sini? Kaki tu kan masih sakit," ucap Adrian Smith masih risaukan Sharleez.

"Adrian, kejap lagi kau tolong hantar Sharleez. Aku ada kerja lain nak handle," balas Tengku Harith Zaqwan sebelum Sharleez membalas pertanyaan Adrian Smith.

"Okay tuan, boleh.."

"Kau belum jawab pertanyaan aku, kenapa datang sini?"

"Nak jumpa kau..."

"Hah? Jumpa aku kenapa? Nak bincang pasal tugasan apanya, kau kan tak pulih sepenuhnya lagi ni. Eh, jomlah aku hantar kau balik..."

"Wait Adrian!"

"What?" Soal Adrian Smith yang sudah berpaling ke belakang semula.

"I love you so much!"

Ternganga mulut Adrian Smith, tak terkata dia. Sharleez senyum, "Tutup mulut tu, masuk lalat kang.."

"Kau cakap apa tadi?"

"I love you so much, Adrian!"

Kali ini Adrian Smith senyum, dia melangkah mendekati Sharleez, "Aku mimpi ke ni? Boleh tak kau tampar aku?"

Sharleez mengikut saja keinginan Adrian Smith.

Panggg!!!!

"Aduh, sakitnyaaa..."

Sharleez tergelak kecil, "Kau tak mimpi Adrian. I really love you. Aku sedar selama ni aku selfish, aku suka marah-marah kau, tapi sekarang aku nak minta maaf di atas semua kekasaran aku pada kau selama ni.."

"Leez aku tak pernah marah kau, tapi kalau rasa kecewa tu yes, aku memang kecewa. Yelah, aku dah lama sukakan kau.. tapi kau selalu reject aku. Kau langsung tak layan aku selama ni.."

"Actually, aku bukan tak nak layan kau. Tapi apa yang jadi dulu buat aku fobia. Depan mata aku kut orang yang pernah mencintai aku mati ditembak. Waktu tu aku mula sedar cintanya tulus, tapi sayangnya disaat kesedaran tu ada dia telah pergi tinggalkan aku untuk selama-lamanya," ucap Sharleez. Ada air mata mengalir perlahan dari pipi itu.

"Syhh.. don't be sad sayang. It's okay aku faham. So, now kau tak boleh sedih lagi. Kau ada aku. Aku akan selalu jaga kau, lindungi kau, sayangkan kau dan mencintai kau seadanya..."

"Really?"

"Yup, dahlah tu nangis tak elok. Mulai hari ni kita adalah sepasang kekasih. So, dah tak boleh nak ber'aku' dan ber'kau' lagi okay?"

Sharleez senyum sambil mengangguk perlahan.

"Mulai hari ni kalau bukan dalam tugasan, aku akan panggil kau 'sayanggg...', boleh kan?" Ucap Adrian Smith.

"Entahlah, dahlah jom balik!" Balas Sharleez yang sudah melangkah keluar dari tempat itu.

Adrian Smith tergelak, "Wei, tunggulah.. kenapa tu? Malu ke tu?"

"Taklah!"

"Sayangg.. wait!"

Sharleez tergelak kecil, ya dia memang agak segan.. lagipun dia tak biasa dengan panggilan itu. Tapi dia akan cuba biasakan. Maklumlah, kali pertama mencintai dan dicintai.

Adrian Smith menghantar Sharleez pulang setelah selesai sesi meluah perasaan. Dia kelihatan lebih bersemangat dalam menjalani tugasannya. Begitulah indahnya sebuah pencintaan, ia memberi semangat dan kekuatan pada jiwa yang saling mencintai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience