Rate

BAB 124

Romance Series 197233

Malam itu semasa sedang menikmati makan malam, Tengku Emir Danish memberitahu mamanya yang Tengku Elvia sudah pulang dari Paris.

"Patutlah anak mama ni nampak happy, buah hati dah balik dari Paris.."

"Mestilah Emir happy mama.." balas Tengku Emir Danish tersenyum.

"Kalau macam tu bolehlah percepatkan majlis perkahwinan Emir dengan Elvia kan. So, dah bincang pasal majlis kahwin tu?" Soal Datin Falida.

"Mama Elvia baru je balik dari Paris, nantilah dulu.."

"Bila?"

"Bila semua dah settle,"

"Apa lagi yang tak settle ni?"

"Biarlah Elvia settlekan masalah dia dulu, lepas tu kita orang kahwinlah mama.."

"Mama tak tahulah apa masalah Emir dan Elvia sebenarnya ni. Susah sangat nak kahwin," rungut Datin Falida.

"Mama sabarlah, yang nak kahwinnya Emir. Bukannya mama kan.."

"Betul, tapi masalahnya mama risau.." Terkeluar juga akhirnya perkataan 'risau' di bibirnya. Dia sudah terlanjur kata.

"Risau? Mama risaukan apa ni?" Soal Tengku Emir Danish.

"Tak ada apalah," balas Datin Falida tidak mahu buka mulut mengenai Tengku Delisha. Dia tidak mahu anaknya bersedih.

"Mama please, bagitahu Emir apa yang mama tengah risaukan tu.." pujuk Tengku Emir Danish.

"Tadi mama jumpa dengan Tengku Delisha, eh tak.. bukan mama. Datin Adora.."

"Tengku Delisha langgar pintu kereta Datin Adora, habis kemik dibahagian pintu depan," sambung Datin Falida.

"So, apa jadi lepas tu?"

"Dia orang bertengkar. Datin Adora bagitahu yang Tengku Delisha biadap dengan dia,"

Tengku Emir Danish tersenyum sinis, "Perempuan macam tu memanglah mama. Tak ada adab langsung!"

"Eh kejap, mama tahu macam mana tu Tengku Delisha?"

"Mama sempat tengok dia punya kereta. Mama kenal kereta dia tu.." balas Datin Falida. Tengku Emir Danish hanya mengangguk perlahan.

Datin Falida hairan, kenapa anaknya tidak terkejut mendengar satu nama itu, dia segera bertanyakan anaknya.

"Mama hairanlah dengan Emir ni, kenapa bila mama bagitahu pasal Tengku Delisha.. Emir tak terkejut pun. Emir nampak biasa je.."

Tengku Emir Danish tergelak sebelum menjawab pertanyaan mamanya, "Dia tu bukan siapa-siapa lagi dalam hidup Emir. Masa depan Emir cuma dengan Elvia.."

Datin Falida senyum, dia suka mendengar jawapan itu.

"Kalau mama nak tahu, perempuan tu selalu ganggu Emir. Jumpa dan call Emir," sambungnya lagi.

"Tak tahu malu betul perempuan tu, tak sedar diri yang dia tu dah kahwin!" Marah Datin Falida.

"Tengku Delisha dah bercerai dengan suami dia. Status dia janda sekarang ni.."

"What?"

"Macam mana Emir tahu?" Sambung Datin Falida terkedu.

"Dia jumpa dengan Emir, dia cerita pasal dia.. dia siap ajak Emir kahwin dengan dia lagi.."

"Ya Allah.. eeiii geramnya mama, tak tahu malu betul!"

"Nasib baik time tu Elvia ada kat Paris mama. Kalau tak, hmm entahlah.."

"Elvia tahu tak kemunculan Tengku Delisha?"

"Tahu, kami pernah gaduh disebabkan perempuan tu. Time Emir tengah cakap dengan Elvia dalam handphone, dia datang sapa Emir.. dia sapa manja, so Elvia dengarlah.."

"Sekarang hubungan Emir dengan Elvia dah pulih ke?"

"Alhamdulillah dah pulih, nasib baik Elvia faham mama.."

"Lega hati mama dengar. Siaplah Tengku Delisha tu, kalau mama jumpa dia.. haa tahulah mama nak sekolahkan dia!" Marah Datin Falida..

"Sabar mama. Yang dah lepas biarlah Emir dah tak kisah. Mama jangan risau okay, tahulah Emir nak handle.."

"Kesian pula Elvia tengok akak tu papa.."

"Tulah, petang tadi papa tengok kakak tu sedih aje bila tahu Harith sakit," balas Datuk Mustaqim.

"Tu belum dia tahu punca sakit Abang Harith lagi, makinlah berganda-ganda rasa bersalah dia tu pada Abang Harith.." ucap Tengku Elvia yang sudah mengetahui punca Tengku Harith Zaqwan masuk ke hospital.

"Nak tak nak dia kena tahu juga hakikat pahit tu.."

"Ha'ah.. tulah, susah nak cakap. Benda pun dah jadi, tak ada guna menyesal pun.."

"Apa yang boleh kita buat sekarang berdoa.." balas Datuk Mustaqim, Tengku Elvia mengangguk tanda setuju.

"Tak, I tak pergi hospital malam ni.."

"Kenapa? Bukan you jaga Harith ke malam ni kat wad?" Soal Iris Ariana yang menelefon Hud Mikail untuk bertanyakan tentang keadaan Tengku Harith Zaqwan.

"Arissya yang jaga. Dia nak jaga Harith kat wad tu,"

"Owh.. patutlah,"

"You cemburu ke Arissya jaga Harith?" Soal Hud Mikail sekadar ingin menduga hati perempuan itu..

"Apa soalanlah you ni, kenapa I nak cemburu pula.."

"Yelah mana tahu you sukakan abang sepupu I dalam diam," balas Hud Mikail. Iris Ariana tergelak di hujung talian.

"Apalah yang you merepek ni Hud. Mana ada I sukakan Harith. I anggap Harith tu kawan I aje, lagipun kita orang pernah kenal masa kat Paris. I pun pernah uruskan hal pembahagian harta, you kan tentu tahu.." balas Iris Ariana buat Hud Mikail senyum.

"Really?"

"Yup, tapi kenapa you tanya I macam tu ya?"

"Nothing.. saja nak tahu.." balas Hud Mikail. Dia tidak mahu lagi meluah rasa di hatinya. Belum tiba masanya. Dia mahu mereka saling mengenali hati budi terlebih dahulu.. lagipun dia sendiri tidak tahu samada Iris Ariana sudah berpunya atau tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience