Rate

BAB 97

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan baru selesai bercakap dengan Iris Ariana berkait pembahagian harta pusaka arwah mamanya. Semuanya sudah dijelaskan melalui telefon. Mungkin dalam masa terdekat mereka akan bertemu.

Tengku Arissya pula tidak henti menelefon Aakif Aryanz.. tapi lelaki itu tidak menjawab panggilan telefonnya. Jelas ada rasa terkilan di wajah Tengku Arissya, lagipun dia rasa bersalah kerana tidak berterus-terang soal bekas suaminya sebelum ini.

"Perempuan tu ke call kau?" Soal Zulfiqar.

"Ya, dia call aku.."

"Biar dia terus call kau. Biar emosi dia terganggu, elok juga!"

"Memang itu pun yang aku nak. Dalam masa dua tiga hari ni, aku akan diamkan diri daripada dia. Kalau aku terjumpa dia.. aku akan buat-buat marah. Saat yang kita akan rancang rancangan tu bila aku dan dia dah berbaik semula, so kau kena readylah.."

"Aku sentiasa bersedia!" Balas Zulfiqar.

Tengku Harith Zaqwan menelefon Tengku Arissya tapi gagal. Sengaja bekas isterinya offkan panggilan daripadanya. Dia tak sangka Tengku Arissya sedegil itu. Sakit betul hatinya dengan sikap bekas isterinya itu. Dia cuma mahu menyelamatkan Tengku Arissya, tapi lain pula jadinya. Dia yang selalu dihentam dengan kata-kata yang menyakitkan. Tipu kalau jiwanya tidak terkoyak, berkali dia merasakannya. Namun begitu, dia cuba bersikap biasa agar setiap rasa luka itu terhapus dengan sendiri. Tapi mampukah luka sembuh sendiri tanpa ubat? Entahlah, tidak perlu difikirkan tentang hatinya. Kerana dia sudah lama rasa terbunuh.

Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon milik Tengku Harith Zaqwan. Tertera nama 'Tengku Elvia'. Dia segera menjawab panggilan itu.. mungkin dia boleh minta tolong adik iparnya supaya menghubungi Tengku Arissya. Risau juga dia sekiranya Tengku Arissya mencari Aakif Aryanz.

"Hello Abang Harith. How are you?"

"I'm fine Elvia. Cuma abang ada sesuatu nak bagitahu Elvia ni," balas Tengku Harith Zaqwan serius. Tegang kedengaran suaranya.

"Pasal kakak, right?"

"Yup, it's true.."

"Okay, bagitahu Elvia everything pasal akak. Apa yang terjadi kat sana?" Balas Tengku Elvia ingin mengetahui semuanya. Dia pun baru sempat bertanyakan mengenai kakaknya kerana dia sendiri sibuk dengan urusan kerjanya.

Tengku Harith Zaqwan telah menceritakan semuanya, termasuklah di mana Tengku Arissya pernah diganggu oleh dua orang lelaki yang memakai topeng muka di kawasan yang gelap, sampailah kepada pergaduhan hebatnya dengan Tengku Arissya gara-gara Aakif Aryanz.

"Ya Allah.. Elvia tak sangka seteruk ni yang terjadi kat sana. Makin melampau kakak tu!" Ucap Tengku Elvia.

"Keadaan kat sini makin tak terurus. Abang tak tahu nak cakap apa lagi bagi Arissya faham supaya menjauhi Aryanz tu. Kakak Elvia langsung tak nak dengar cakap abang. Degil sungguh!"

"Tapi kenapa abang tak maklumkan pada Elvia pasal akak kena ganggu dengan lelaki yang memakai topeng hitam sebelum ni?"

"Abang Harith tak nak ganggu Elvia, lagipun abang boleh handle Arissya. Semuanya dah settle. Sejak hari tu gangguan macam tu tak berlaku lagi," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Abang syak siapa penganggu tu?"

"Aakif Aryanz dan kawan dia, Zulfiqar. Tak syak lagi. Abang sendiri kan ada bagitahu.. yang abang ada ternampak dia orang di kawasan rumah Arissya pada pagi tu.."

"Tak guna betul jantan tu! Geram pula Elvia.." Marah Tengku Elvia.

"Abang rasa dah tiba masanya abang berhenti kerja kat sini.."

"Hah? Kenapa abang? Abang nak balik Malaysia ke?" Soal Tengku Elvia.

"Memang abang ada keinginan nak balik Malaysia, dah lama sangat abang tinggalkan syarikat. Tapi.. bila fikir balik, abang tak boleh tinggalkan Arissya kat sini sorang-sorang. Bahaya. Abang takut Aryanz dan Zulfiqar buat benda yang bukan-bukan kat Arissya. Now, abang nak fokus pada Arissya," sayu hati Tengku Elvia mendengarnya. Betapa besarnya cinta bekas abang iparnya pada kakaknya. Tapi kakaknya langsung tidak menghargai rasa cinta itu.

"Tapi kesianlah kat abang. Cukup ke duit abang nak bebelanja kat sana?" Ucap Tengku Elvia.

"Duit boleh cari tapi nyawa orang yang kita sayang tiada gantinya," balas Tengku Harith Zaqwan. Terharu Tengku Elvia mendengarnya.

"Elvia terkilan dengan perangai akak tu. Elvia tahu Abang Harith dah macam berputus asa. Yelah, hati mana yang tak sakit bila orang yang kita sayang cakap atau mengata bukan-bukan pada kita, sedangkan niat kita baik," balas Tengku Elvia perlahan bersama rasa sebak.

"Hmm.. tak apalah, abang anggap semua tu asam garam kehidupan. Bila dah settle semua kat sini, abang dah nak balik ke Malaysia.."

"Okay abang. Hmm.. tapi buat masa sekarang abang jaga akak elok-elok kat sana ya. Insya-Allah.. Elvia akan pergi sana dalam masa terdekat ni.." balas Tengku Elvia.

"Baik.. abang janji akan jaga Arissya di sini sebaik-baiknya.."

Selesai bercakap menerusi telefon, Tengku Harith Zaqwan baring. Cepat benar mata itu terlelap, kerana badannya terasa agak penat. Esok dia akan berhenti kerja. Dia mahu fokus sepenuhnya menjaga Tengku Arissya dari jauh, lagipun dia rasa tak sedap hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience