Rate

BAB 129

Romance Series 197165

Malam semalam Hud Mikail yang menjaga Tengku Harith Zaqwan di wad. Di sebelah pagi hingga ke petang Tengku Arissya pula yang menjaga bekas suaminya.

Semua yang menerima khabar gembira mengenai Tengku Harith Zaqwan sangat bersyukur. Akhirnya lelaki itu sedarkan dirinya setelah bertarung dengan maut selama beberapa bulan di hospital.

Darius dan Rubina Elizaberth juga turut merasa gembira, cuma di satu sisi yang lain mereka berdua agak terkilan apabila Tengku Harith Zaqwan hilang ingatan, namun kembali lega ketika dia diberitahu Hud Mikail itu semua hanyalah sementara. Ini bermakna Tengku Harith Zaqwan akan kembali mengingati semula. Tidak semua memorinya terpadam.

"Sorry I'm late. Jalan jem!" Ucap Tengku Arissya. Tak sempat dia breakfast, tergesa-gesa ke hospital pagi itu untuk menjaga Tengku Harith Zaqwan.

"It's okay Arissya.."

"You ada meeting kan hari ini, itu yang I rasa bersalah. Kalau ikutkan you akan lewat ten minute," balas Tengku Arissya.

Hud Mikail senyum, "Don't worry Arissya. I dah maklumkan pada dia orang yang I lewat sikit,"

Beberapa minit kemudian, Tengku Arissya duduk di sofa dalam bilik wad mewah itu sambil scroll akaun fac miliknya. Manakala Tengku Harith Zaqwan pula masih lena dibuai mimpi indah.

Tiba-tiba dia terdengar Tengku Harith Zaqwan terbatuk kecil, segera dia masukkan handphonenya ke dalam handbag dan mendekati Tengku Harith Zaqwan walaupun dadanya penuh dengan debaran.

"Harith, you nak minum air ke?" Soal Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan mengangguk perlahan.

Selesai minum air, Tengku Harith Zaqwan melihat wajah di hadapannya. Seakan cuba mengingati wajah cantik itu.

"You ni siapa?"

Tengku Arissya jelas sedih, Tengku Harith Zaqwan langsung tidak mengenali siapa dia. Tapi apa boleh buat dia redha.

"You tak ingat I langsung ke? Kan semalam adik I dah kenalkan I pada you," balas Tengku Arissya.

"Kalau I ingat, I tak tanya siapa you.."

"I Tengku Arissya, anak Datuk Mustaqim.."

"Tengku Arissya? Hm, siapa you pada I sebelum ni ya?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"You rehatlah dulu ya, lagipun keadaan you masih lemah. Kalau nak apa-apa bagitahu I. I ada je kat situ," balas Tengku Arissya sudah menapak ke arah sofa cuba mengelak pertanyaan Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan baring, dia mengiring ke kanan. Wajah Tengku Arissya dipandang. Tengku Arissya yang mula perasan rasa tidak selesa dengan pandangan itu, namun dia cuba berlagak biasa.

"You tak kerja?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"I tak kerja," balas Tengku Arissya.

"Arissya tahu tak kenapa I dimasukkan ke hospital?"

"Sebab you kena jangkitan kuman, Harith.."

"Dah berapa lama I tak sedarkan diri?"

"I tak pasti, you boleh tanya Hud.." balas Tengku Arissya.

"Kenapa you tak tahu I kat sini berapa lama, sebelum ni you kat mana?"

"I ada kat Paris. I baru balik sini,"

"You dengan I ada ikatan atau saudara ke macam mana?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Tengku Arissya melepaskan keluhan kecil. Banyak pula tembakan soalan, bertubi-tubi. Entah bagaimana dia mahu menjawabnya.

"Okay, I jawab. Kita kawan sebelum ni. I kawan you," balas Tengku Arissya menamatkan pertanyaan itu. Tengku Harith Zaqwan terdiam. Namun entah kenapa, wajah itu kelihatan mendung.

Tengku Arissya lega, beberapa minit selepas itu Tengku Harith Zaqwan hanya mendiamkan dirinya saja.

"Mana Arissya? Tak turun breakfast ke?" Soal Datuk Mustaqim.

"Kakak tu awal pagi lagi terkejar-kejar ke hospital tu pa," balas Tengku Elvia yang sedang menikmati roti bakar.

"Keadaan Harith macam mana? Papa agak sibuk, so tak boleh nak melawat dia lagi,"

"Abang Harith masih tak ingat apa-apa. Alah, tak apalah papa. Akak ada kat sana. Dia yang jaga Abang Harith,"

"Agaknya kalau Harith dah ingat semula apa penerimaan dia, apa yang dia akan cakap pada Arissya.. itu yang papa tengah fikirkan sekarang," balas Datuk Mustaqim.

"Papa semua tu tak perlu difikirkan, soal benda macam ni kita tak boleh jangka. Kalau ditakdirkan jodoh akak tu bukan dengan Abang Harith, mungkin itu sudah ketentuan Allah,"

"Papa cuma risaukan Arissya. Papa tahu anak papa tu banyak salah dengan Harith, tapi dia juga berhak bahagia,"

Kali ini Tengku Elvia senyum, "Sesiapa saja berhak merasa bahagia papa, cuma jalan hidup ini yang banyak likunya. Sampai kadang-kala kita rasa penat nak hadapi semua ujian hidup di dunia ini. Tapi janji Allah itu pasti, di setiap derita akan diganti dengan kebahagiaan,"

Datuk Mustaqim mengangguk perlahan. Ada benarnya apa yang dikatakan oleh anaknya itu.

"Papa dua tiga hari lagi Elvia rasa dah boleh masuk ofis, lagipun bosanlah asyik terperap aje kat rumah ni," ucap Tengku Elvia mengubah topik perbualan.

"Okay, kalau macam tu papa akan serahkan pada Elvia untuk handle projek baru di syarikat kita tu,"

"Wow! Projek baru masuk. Untung lumayan tak papa?"

"Of course, belasan juta keuntungannya, tapi make sure kena handle betul-betul," balas Datuk Mustaqim.

"Mestilah Elvia akan handle betul-betul pa, lagipun impian Elvia nak bangunkan syarikat kita lebih maju dipersada dunia,"

"Good, papa suka semangat yang Elvia tunjukkan tu," balas Datuk Mustaqim yakin dengan kemampuan anaknya. Atas keyakinan itulah dia mahu menyerahkan tugasan projek itu kepada Tengku Elvia.

"Tapi kan papa, lagi best kalau kakak handle projek tu bersama Elvia. Kan?"

"Buat masa sekarang, papa tak rasa yang Arissya akan bersetuju untuk kerja di syarikat papa. Nak lagi dalam keadaan sekarang ni, Harith masih di hospital,"

"Elvia pun rasa benda yang sama, kakak tak mungkin akan terima tawaran papa tu dalam masa yang terdekat,"

"Elvia don't worry, soal projek baru kali ni Elvia akan handle bersama Tengku Emir Danish,"

"What? Kenapa dengan Emir pula?"

"Projek kali ini agak unik, projek ni kita akan bagi keuntungan kepada satu lagi pihak yang terlibat,"

"Maksud papa, syarikat Datuk Qaid?"

"Ya, syarikat mereka akan bantu syarikat kita, so dalam projek ni kita akan saling berkerjasama," jelas Datuk Mustaqim.

"Okay, Elvia on aje papa, lagi best kalau Emir ada," balas Tengku Elvia yang sudah tersengih.

"Amboi, sebut pasal buah hati dia dua kali ganda semangatnya tu datang," usik Datuk Mustaqim. Kali ini Tengku Elvia tergelak.

"Papaaaa.. mana adalah.."

"Okaylah papa dah nak masuk ofis ni, take care!"

Selesai breakfast Tengku Elvia naik ke tingkat atas biliknya. Dia menelefon Tengku Emir Danish, untuk berbincang soal projek baru yang akan mereka handle berdua.

"So.. you dah tahu pasal projek baru tu sayang?"

"Yup, I baru tahu.. papa yang maklumkan,"

"Okay, pasal projek ni kita akan discuss next time ya. Sekarang I ada meeting ni, kejap lagi I call you again dear.."

"Okay Emir, take care!"

Tengku Harith Zaqwan bingkas bangun, dia tak dapat lelapkan matanya.

"Kenapa ni?" Soal Tengku Arissya yang sudah bingkas bangun mendekati Tengku Harith Zaqwan.

"I bosanlah, I tak suka duduk hospital lama-lama. Boleh bawa I lari dari sini tak?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Terkedu Tengku Arissya.. membulat matanya.

"You kan masih tak sihat, duduklah dulu kat hospital ni Harith. Kan TV ada, kejap I tekan butang on.."

Belum sempat Tengku Arissya menekan butang TV "on", segera Tengku Harith Zaqwan merampas remote itu.

"I tak nak tengok TV!"

"Habis tu you nak apa?"

"I nak keluar jalan-jalan kat sekitar hospital ni. I nak ke taman, boleh tak?"

"I tak pasti, kena tanya doktor dulu," balas Tengku Arissya.

"You tanyalah doktor, I tengah bosan ni asyik terperap aje dalam bilik ni..."

"Kejap, I keluar tanya doktor," balas Tengku Arissya menapak keluar dari bilik wad itu untuk bertanyakan doktor.

Beberapa minit kemudian, Tengku Arissya kembali semula.

"Macam mana Arissya?"

"Hmm.. doktor tak izinkan, lagipun you baru aje sedarkan diri. Keadaan you masih lemah," jelas Tengku Arissya.

"Tapi I bosan, tak tahu nak buat apa, handphone pun tak ada.."

"Handphone? Nak buat apa dengan handphone?"

"Main gamelah," balas Tengku Harith Zaqwan tersengih sambil memandang ke arah Tengku Arissya.

"Handphone you tak ada ke?"

"Entah, I mana tahu. Dah tak ingat letak kat mana," balas Tengku Harith Zaqwan.

"So, you memang nak main gamelah ni?" Soal Tengku Arissya.

"Nak. I nak main game," balas Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya menapak ke sofa, dia mencapai handbagnya. Kemudian segera telefonnya diambil.

"Nah, ambil handphone I pinjam buat main game.."

Tengku Harith Zaqwan mahu mencapai handphone itu, tapi Tengku Arissya pantas melarikan handphonenya daripada dicapai Tengku Harith Zaqwan.

"You boleh main game dalam handphone ni, tapi you tak boleh langgar privasi I.."

"Maksud you?"

"Maksud I, you main game je. Downloadlah game apapun tapi tak boleh buka gallery handphone, tengok whatsapp I and everything dalam ni okay?"

"Okay Arissya," balas Tengku Harith Zaqwan tersenyum.

"Promise?"

"Yup, I promise.." balas Tengku Harith Zaqwan. Segera handphone itu bertukar tangan. Tengku Arissya menapak kembali ke sofa, dia mencapai majalah yang ada di tepi sofa itu lalu membelek-belek majalah itu...

Beberapa minit kemudian, dek ralik membaca majalah Tengku Arissya terlelap di sofa itu. Manakala Tengku Harith Zaqwan pula sedang bermain game dalam telefon milik Tengku Arissya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience