Rate

BAB 177

Romance Series 197165

Sebulan kemudian..

Hubungan Tengku Arissya dan Faqrul semakin rapat, cuma tidak rasmi lagi menjadi pasangan kekasih. Kedegilan Tengku Arissya kini mencabar kesabaran Datuk Mustaqim.

"Arissya pergi mana semalam?" Soal Datuk Mustaqim apabila anaknya sudah masuk ke bilik ofis papanya.

"Jumpa Datin Helena," balas Tengku Arissya jujur. Memang semalam dia jumpa dengan Datin Helena.

"Lagi-lagi Datin Helena, jumpa dia atau Faqrul,"

"Betullah papa, Arissya jumpa dengan Datin Helena semalam," balas Tengku Arissya tidak mahu mengaku.

Pintu bilik yang terkuak tidak ditutup rapat itu membuatkan Tengku Elvia dapat mendengar akhir perbualan itu. Semalam dia sendiri nampak kakaknya menemui Faqrul, bukan main mesra lagi.

"Kakak tipu!" Lantang Tengku Elvia bersuara. Dia menampak ke arah Tengku Arissya.

"Tipu apa?"

"Kakak memang jumpa dengan Faqrul kan semalam,"

"Okay fine, kakak memang ada jumpa dia tapi selepas jumpa dengan Datin Helena, puas hati?" Balas Tengku Arissya dengan muka tak bersalahnya.

"Papa dah larang kan, jangan berkawan rapat dengan dia. Kenapa Arissya degil ni hah!" Marah Datuk Mustaqim.

"Hak Arissya nak berkawan dengan siapapun, kenapa mesti papa layan Arissya macam budak kecil ni," marah Tengku Arissya tidak berpuas hati dengan papanya.

"Faqrul tu dah mempengaruhi fikiran akak tahu tak!" Sampuk Tengku Elvia.

"Pengaruhi fikiran akak apa pulak ni,"

"Supaya keluar malam!"

"Kakak tak pernah macam ni, tapi sejak hari tu akak kecewa dengan Abang Harith, akak selalu keluar dengan dia kan, for what? Untuk jadikan lelaki tu sebagai tempat persinggahan?" Sambung Tengku Elvia sinis. Muka Tengku Arissya merah menyala, marah.

"Kenapa semua orang tak habis-habis lagi hah, asyik sebut aje nama Harith tu. Aku tak sukalah! Aku tak suka!" Tengking Tengku Arissya kuat sehinggakan satu tamparan hinggap di mukanya.

Tengku Elvia ternganga. Dia tidak menyangka papanya akan naik tangan kali ini.

"Arissya biadap tahu tak!"

"Papa tak pernah ajar Arissya tengking pada adik sendiri, tapi hari ini papa benar-benar kecewa tahu tak," sambung Datuk Mustaqim. Dia segera keluar dari bilik ofisnya. Tidak betah ada lama di situ. Tengku Elvia mengejar papanya.

"Papa wait! Paaaa..."

Datuk Mustaqim hilang dari pandangannya. Tengku Elvia melepaskan keluhan kecil, tapi amarahnya masih menyala. Dia laju menapak ke arah bilik ofis papanya kembali.

"Apa yang akak dah buat ni hah? Akak sanggup kecewakan papa semata-mata bela lelaki tu. Kakak dah melampau tahu tak!"

"Elvia tak suka sikap kakak macam ni tahu tak, jangan sampai Elvia rasa muak. Bencikan kakak!" Sambungnya membuatkan Tengku Arissya menatap wajah kecewa milik adiknya.

Tengku Elvia tidak peduli, dia pergi dari situ dalam keadaan kesal dengan sikap kakaknya.

"Abang kat mana?" Soal Tengku Elvia menelefon suaminya.

"Kat ofis lagi sayang. Why?"

"Elvia tak ada mood ni abang. Pleaseee datang sini," balas Tengku Elvia. Dia sedih dengan sikap kakaknya.

"Kenapa ni sayang? Macam bad mood aje,"

"Elvia gaduh dengan Kak Arissya,"

"Ya Allah.. sayang ni, apa gaduh-gaduh macam ni," balas Tengku Emir Danish. Dia tahu sekarang ini hubungan baik antara isterinya dan kakak iparnya tidak berapa baik.

"Hal yang sama lagi ke sayang?"

"Abang ni banyak pula tanyanya. Cepatlah abang datang sini, waktu lunch Elvia ceritalah kat abang everything.."

"Okay-okay sayang, relax. Baik, kejap lagi abang datang. Ada kerja sikit ni abang nak siapkan,"

"Okay abang,"

Tengku Arissya diam saja. Dia masuk ke bilik ofisnya. Sakit betul hatinya mengenangkan pertengkaran tadi. Papanya selalu nak busybody pasal dirinya. Hidup dia, biar dialah yang tentukan. Takkanlah dengan Faqrul pun papanya nak berkira. Faqrul tu kan kawan baik dia.

"Hisy siapa pula ni," ucap Tengku Arissya apabila satu deringan telefon bergema di bilik ofisnya. Tutt.. tuttt Faqrul yang menelefonnya.

"You nak apa ni?"

"I nak you," usik Faqrul.

"Faq pleaseee, I tak ada masa nak bergurau,"

"Kenapa dengan you ni asyik bad mood aje," ucap Faqrul. Naik muak juga dia dengan perempuan yang asyik sendu saja. Tapi nasib baik rupa paras Tengku Arissya tu cantik, rela dia layan karenah apapun. Kalau tak, tak ingin dia nak melayan. Lebih baik campak tepi dinding saja.

"I gaduh dengan papa,"

"Papa you halang kita kawan lagi ke?"

"Macam biasalah," balas Tengku Arissya.

Sejak dia rapat dengan Faqrul. Semua benda dia bercerita pada lelaki itu. Sikap Tengku Arissya begini akan mengundang bahaya pada Tengku Harith Zaqwan sebenarnya.

"It's okay you tenang ya, kalau ada masa free I akan jumpa dengan papa you. I akan tanya papa you kenapa halang kita berkawan,"

"You dah gila ke? You nak kena maki hamun dengan papa I ya,"

"I tak kisah,"

"Up to youlah, I malas sebenarnya nak fikir pasal ni,"

"I tak minta pun you fikir. You tenang okay, apa kata malam ni kita keluar, nak?"

"I tak rasa dah boleh keluar time malam lagi. Papa dan Elvia dah betul-betul marahkan I,"

"Adik you sendiri pun marahkan you?"

"Yup, tapi apa boleh buat. Tak apalah kita jumpa lain kali aje,"

"Kalau malam tak boleh, so sekaranglah kita jumpa. Jom lunch,"

"Okay tapi kejap aje, I ada nak settle kerja sikit," balas Tengku Arissya.

"I jemput you," ucap Faqrul yang sudah ada dalam keretanya. Enjin keretanya segera dihidupkan, dia mahu menjemput gadis pujaan hatinya.

Tengku Harith Zaqwan menapak keluar dari ofisnya, dia mahu menemui Tengku Arissya. Dia perlu mendekati gadis itu. Dia mahu mengajak Tengku Arissya lunch.

Tak sampai setengah jam Faqrul sampai ditempat parkir kereta, dia hanya menunggu Tengku Arissya di dalam keretanya.

Namun belum sempat Tengku Arissya menuju ke arah kereta milik Faqrul, dia disapa oleh Tengku Harith Zaqwan.

"Hai, Arissya.." Sapa Tengku Harith Zaqwan.

"Kau buat apa kat sini hah?"

"Jom lunch sayang. Abang dah lama tak makan sama-sama dengan sayang,"

"Hisyh tak faham bahasa ke? Tolong jangan ganggu aku boleh tak!"

"Tepi!" Sambungnya sambil merempuh bahu Tengku Harith Zaqwan kuat. Namun langkah kaki Tengku Arissya dihalang oleh Tengku Harith Zaqwan.

"Apa lagi?"

"Temankan abang lunch,"

"Woii!" Jerkah Faqrul. Dia berjalan penuh gaya dengan lagak machonya, nak jadi hero konon. Tapi zero.

"Kau rupanya," balas Tengku Harith Zaqwan menyampah melihat lelaki itu.

"Kau apahal hah? Kenapa kacau Arissya, tak ada kerja ke?" Faqrul marah.

"Kau sibuk apahal hah, kau tu siapa. Suka hati akulah nak bercakap dengan Arissya ke tak, itu bukan urusan kau," balas Tengku Harith Zaqwan.

Faqrul bengang, "Tak guna kau ni!"

Satu penumbuk tepat mengena muka Tengku Harith Zaqwan. Lelaki tu memang suka layangkan penumbuk secara tiba-tiba. Bengang betul Tengku Harith Zaqwan.

"Faqrul apa ni," ucap Tengku Arissya seakan menekan suaranya. Terkejut dengan tindakan kawan baiknya.

"Biar I ajar dia supaya dia serik tak kacau you lagi," balas Faqrul.

Satu lagi tumbukkan mengena dimuka Tengku Harith Zaqwan. Ada darah merah menitis dari bibirnya kali ini. Agresif betul si Faqrul ini. Nak tunjuk hero kononnya. Memang gila!

"Jangan cabar kesabaran aku," ucap Tengku Harith Zaqwan masih tenang.

Tengku Arissya nampak begitu risau. Faqrul pula tidak peduli pada amaran yang Tengku Harith Zaqwan berikan. Dia tetap main kasar. Dia ingat dia sorang pandai bertumbuk.

Tengku Harith Zaqwan hilang sabar. Dadanya berombak, petanda dia sangat marah. Dia menahan tumbukan Faqrul dengan sebelah tangannya, lalu pergelangan tangan itu dipulas ke belakang. Meraung Faqrul mengaduh sakit.

"Rasakan!"

"Aarrggghhh.. sakit! Sakitlah bodoh!"

"Lepaskan aku!" Raung Faqrul lagi.

"Lain kali tengok dulu siapa lawan kau. Badan kau tu kecil, tak sesuai nak berlawan dengan Batman macam aku ni," balas Tengku Harith Zaqwan. Sempat lagi dia buat lawak.

"Harith, lepaskan Faqrul!" Pinta Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan segera melepaskan tangan Faqrul atas arahan bidadarinya, namun kali ini tangan Tengku Arissya pula ditariknya supaya masuk ke dalam keretanya yang tidak jauh dari situ.

"Lepaslah Harith!"

"No! I takkan lepaskan you. Ikut I sekarang, you kena lunch dengan I,"

"Harith, sakitlah tangan I,"

Tengku Harith Zaqwan tidak peduli, dia tetap menarik pergelangan tangan bekas isterinya itu lalu dihumban ke dalam keretanya.

"Arissya!" Panggil Faqrul perlahan. Dia masih menahan rasa sakit. Nasib baik tangannya tak patah.

"Siap kau! Jantan tak guna, bodoh...." Marah Faqrul. Dia pasti akan membalas kembali kekasaran Tengku Harith Zaqwan kepadanya.

Tengah hari itu terpaksa juga Tengku Arissya makan bersama Tengku Harith Zaqwan. Faqrul pula terpaksa balik ke ofisnya. Sia-sia saja dia ke ofis Tengku Arissya.

Pada malam itu Faqrul menelefon bosnya, "Bos! Kita ada masalah ni,"

"Masalah? Eh, bukan semuanya kau kata dah settle?"

"Ada penganggu,"

Faqrul menceritakan semuanya kepada bosnya. Bukan main marah bosnya.

"Bodoh kau ni, itu pun tak boleh handle!"

"Abang! Abanggg..." Ketukan pintu bilik Faqrul kedengaran.

"Siapa pula tu?"

"Dafiya bos,"

"Ni satu hal, gila! Time aku nak cakap macam-macam pula gangguan. Kau ni memang tak boleh buat kerjalah!" Jerkah bosnya ditalian.

"Maaf bos!"

"Abanggg.. abang!"

"Hello bos, bos!"

"Arggh tak guna," sambung Faqrul marah. Bengang dia dengan Dafiya. Tak habis memekik memanggil namanya.

"Kau nak apa hah?" Marah Faqrul menengking Dafiya apabila sudah membuka pintu biliknya.

"Abang tolong, mak sakit! Mak tak sihat tu, dia batuk-batuk. Batuk dia sampai berdarah,"

"Dah tu kenapa panggil aku hah?"

"Tolong abang, kita bawa mak ke hospital. Abang jomlah!" Dafiya dengan berani menarik pergelangan tangan Faqrul.

"Arghhh.. lepaslah!" Ucap Faqrul kasar. Satu lempangan kuat hinggap di pipi Dafiya. Terjatuh Dafiya ke lantai.

"Abang tak boleh buat Fiya macam ni, mak sakit abang. Tolonglah, Fiya merayu.."

"Kalau kau nak selamatkan mak, kau pergilah sendiri. Kau ada tangan, ada kaki. Pergi!" Halau Faqrul kembali menutup pintu biliknya. Dia tidak mahu diganggu.

Namun Dafiya degil. Kedegilan Dafiya akhirnya mengundang padah. Faqrul menarik pergelangan tangan Dafiya, lalu mengambil tali pinggang di dalam almari bajunya dan memukul Dafiya kuat.

"Ambil ni!"

"Abang jangan abangggg.. sakit abang. Jangan pukul Fiya!"

"Tu balasannya kalau menentang aku!" Tengking Faqrul, segera dia menghumban Dafiya ke luar biliknya semula.

Dafiya merangkak menuju ke bilik Puan Ros. Ada kesan merah dilengannya, itu tidak lagi terlihat dibahagian tubuhnya yang lain akibat dipukul dengan tali pinggang. Mesti ada kesan lebam. Allahuakhbar...

Zalimnya Faqrul. Hanya disebabkan Dafiya meminta untuk menghantar maknya ke hospital, dia dipukul sebegitu rupa. Binatang layaknya perangai Faqrul.

"Fiya..." Panggil Puan Ros. Air matanya jatuh. Dia saksi segala jeritan Dafiya.

"Maafkan Fiya. Fiya dah minta tolong abang tapi dia tak nak bawa mak ke hospital,"

"Tak apa Fiya," ucap Puan Ros perlahan seakan menahan setiap kesakitannya. Dia masih batuk-batuk.

"Biar Fiya yang bawa mak ya, kita pergi sama-sama. Fiya cari grab, lagipun duit Fiya ada lagi sikit. Jom mak!" Ucap Fiya perlahan. Dalam kesakitan yang tidak terperi itu dia mengangkat tubuh Puan Ros mahu membawanya ke hospital. Jatuh air matanya menahan rasa sakit. Puan Ros hanya diam saja.. dia juga sedang menahan sejuta rasa sakit.

Memang dunia itu luas, dihidangkan dengan segala keseronokan. Kita sebagai manusia boleh memilih, mahu terus hidup untuk menghancurkan diri sendiri mengejar harta dunia atau memilih jalan yang benar. Tetapi sayangnya Faqrul tenggelam dengan kemewahan. Hatinya sudah diselaputi hitam legam angkara dosa semalam.

Mampukah dia ke pangkal jalan? Atau akan terus terlena dibuai dunia sehingga pada akhirnya dia hancur ditelan bumi kerana menderhakai seorang ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience