Rate

BAB 57

Romance Series 197165

Tengku Emir Danish sudah bertunang sebelum ini, hanya beberapa bulan lagi dia bakal mendirikan masjid namun tidak kesampaian, lelaki itu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, doktor telah mengesahkan kedua belah kakinya lumpuh. Sepanjang Tengku Emir Danish lumpuh dia telah kehilangan semangat hidupnya. Dia asyik bermuram, berkurung dalam bilik dan tak mahu makan. Badannya sangat kurus kering. Semenjak Tengku Emir Danish jatuh sakit tunangnya juga jarang melawatnya, apalagi bertanyakan khabarnya.

Suatu hari tunangnya Tengku Delisha datang ke rumahnya melihat keadaan Tengku Emir Danish. Datang bukan untuk mengambil tahu atau peduli, tetapi untuk memutuskan tali pertunangan antara mereka. Sewaktu itu dia sudah ada dalam hidup Tengku Emir Danish, tetapi sebagai orang yang masih asing buat lelaki itu. Dia dengar segala penghinaan itu dengan jelas.

Dia masih ingat, sewaktu dia ke rumah Tengku Emir Danish untuk mengambil telefonnya yang tertinggal di ruang tamu dia dengar pertengkaran antara Tengku Emir Danish dan Tengku Delisha dalam bilik bawah. Sejak jatuh sakit Datin Falida meminta anaknya berada di bilik tingkat bawah kerana senang untuk menguruskannya.

"Bila you nak sembuh ni?"

"Kenapa? You sedih tengok keadaan I macam ni? Eh, I tak perlukan simpati sesiapalah!" Balas Tengku Emir.

"Tak adalah, I rasa you belum tentu sembuh kalau keadaan you macam ni. You makan pun tak nak, asyik berkurung aje dalam bilik, you tak bosan ke? You tak rasa ke yang hidup you ni macam dalam penjara. Dahlah I bau sesuatu yang tak menyenangkan, tingkap pun you tak nak buka. Macam mana you boleh hidup macam ni, I tengok you dah macam tak ada life!" Ucap Tengku Delisha yang masih berdiri di situ sambil menutup hidungnya.

"Sampai hati you cakap kat I macam ni Delisha.."

"I cakap benda yang betul. You tengoklah keadaan you sekarang ni, berkerusi roda macam ni, nak jalan pun langsung tak boleh.."

"You datang sini memang sengaja nak sakitkan hati I kan!"

"Apa you cakap ni? Takkanlah I tak boleh tegur you. I cakap benda yang betul.. itu pun nak sentap ke?"

Tengku Emir Danish sudah hilang sabar, "You kalau datang sini nak sakitkan hati I, hina I macam ni lebih baik you blah!"

"Eh, yang you melenting ni apahal? You ni memang tak sedar diri kan? Dahlah lumpuh, ego pulak tul!" Jerit Tengku Delisha.

"Woi.. perempuan! Kau yang hina aku, kau yang marah apahal? Kau nak apa sebenarnya ni?" Marah Tengku Emir Danish.

"Aku nak apa? Alright, biar aku bagitahu kau!"

"Aku nak putuskan pertunangan kita!"

"Tengku Delisha noo!!!!" Jerit Tengku Emir Danish kuat, dia tidak boleh menerima kata-kata itu. Matanya sudah berkaca. Dia nampak sangat tertekan.

"I minta maaf, I tak sengaja tinggi suara dengan you tadi. Tapi tolonglah jangan buat I macam ni. Jangan putuskan pertunangan kita, you tahu kan kita dah lama bercinta, dari zaman universiti lagi. I tak boleh terima semua ni!" Ucap Tengku Emir Danish mendongak memandang Tengku Delisha.

Tengku Delisha tersengih sinis, "Hei, Emir! Kau sedar tak apa yang kau cakapkan ni? Meh sini aku sedarkan kau!"

Tengku Delisha menolak kerusi roda itu lalu dia letak Tengku Emir Danish di hadapan cermin besar yang ada di situ.

"Kau cermin diri kau dalam cermin ni, kau nampak tak apa yang aku nampak? Tu.. kaki kau tu, kaki kau dah tak boleh berjalan! Kaki kau dah lumpuh. Lumpuh Emir!"

"Kalau aku dan kau digandingkan masa majlis perkahwinan kita, memang tak sesuailah! Sebab aku ni sempurna, tapi kau? Kau dah jadi orang cacat! OKU. Seumur hidup kau akan duduk atas kerusi roda ni. Terimalah hakikat yang kita berdua memang tak di takdirkan untuk hidup bersama.." sambungnya.

Penghinaan itu memang menyakitkan hati Tengku Emir Danish. Tengku Delisha benar-benar sudah melampaui batas. Tengku Elvia dapat melihat air mata lelaki itu mengalir.

"Kau memang tak guna perempuan! Bertahun aku mencintai kau, tapi penghinaan ini yang aku dapat dari kau.. dari perempuan yang selama ini aku cinta setengah mati!" Jerit Tengku Emir Danish. Tengku Delisha tergelak.

"Kau tu Emir harapkan berharta aje, bukannya kau pandai bergaya. Jaga diri kau tu pun kau tak mampu. Kau dahlah selekeh, kurus pulak tu. Sejak sakit kau makinlah bertambah kurus. Eeeii.. jijiklah aku nak sentuh tubuh kau!" Hina Tengku Delisha lagi. Merah muka Tengku Emir Danish menahan marah. Kali ini dia mengamuk.. dia menolak Tengku Delisha supaya keluar dari biliknya.

"Pergi kau! Pergiii!!" Tempik Tengku Emir Danish. Waktu itu hanya kedengaran gelak tawa besar milik Tengku Delisha.

Penghinaan itulah membuatkan Tengku Emir Danish semakin hilang kekuatan dan semangat hidupnya, namun ia semakin membangkitkan kekuatan Tengku Elvia untuk mengubah seluruh kehidupan lelaki itu menjadi lebih baik dari sebelumnya.

"Dear! Helooo..." Panggil Tengku Emir Danish.

"Tengku Elvia.. Elvia sayang..." Panggilnya lagi sambil memetik jarinya beberapa kali agar gadis itu tersedar dari lamunannya.

Tengku Elvia baru tersedar dari lamunannya, "Yup, why Emir?"

"Sayang you okay?"

"Hmmm.. okay. Sorry ya. I...."

"You mengelamun apa tadi?"

"Nothing.."

"Okay, kalau tak ada apa-apa jom breakfast.."

"Eh, dah terhidang makanan?"

"You tu asyik mengelamun aje, mana nak sedar makanan dah ada atas meja ni," balas Tengku Emir Danish yang sudah mengambil jug minuman tembikai untuk dituangkan ke dalam gelas kaca itu.

"Sorry Emir. Okay, dah jom makan. Nak ni?" Soal Tengku Elvia manja. Tengku Emir Danish senyum. Sungguh dia bahagia dicintai Tengku Elvia.

"Nak rasa kangkung crispy," balas Tengku Emir Danish. Tengku Elvia ambil kangkung crispy itu lalu dia suapkan Tengku Emir Danish.

"Ranggup tak?"

"Hmm.. yummy, sedap sayang. Ranggup! Dua kali ganda sedap bila ada yang suapkan ni.." usik Tengku Emir Danish diiringi gelak Tengku Elvia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience