Rate

BAB 145

Romance Series 197165

Dua minggu kemudian..

Hud Mikail mengajak Iris Ariana keluar untuk makan malam istimewa. Dia rasa sudah tiba masanya untuk meluahkan perasannya pada gadis itu, lagi pula dia tidak mahu berkawan terlalu lama. Jika si dara sudah menyatakan rasa suka yang sama seperti dia, rasa cinta dan sayang yang sama. Dia akan mempercepatkan untuk menghalalkan Iris Ariana.

Memiliki seorang isteri dan anak-anak adalah impian setiap lelaki yang ingin membahagiakan masa depannya. Dia berjanji pada dirinya sendiri tidak akan mensia-siakan gadis itu.

"Bila Hud?"

"Malam ni, boleh?"

"Okay," balas Iris Ariana.

"Kalau macam tu I jemput you malam ni.."

Iris Ariana terdiam seketika, buat apa Hud Mikail nak jemput dia pula? Dia kan ada kereta sendiri.

"I boleh drive sendiri," balas Iris Ariana.

"Malam ni biar I yang jemput you, boleh?"

"But why?"

"Tak salah kan sekali sekala I jemput you, you naik kereta berdua dengan I," balas Hud Mikail.

"Tapi you kan tak kenal rumah I kat mana,"

"Don't worry, you hantar aje location rumah you nanti I cari,"

"Tak menyusahkan ke?"

"Langsung tak. Kejap lagi you hantar location ya. I tunggu. Okaylah, I ada nak settle kerja kejap. Malam ni kita jumpa," balas Hud Mikail. Lega dia apabila sudah menyatakan akan hal itu.

Satu ketukan pintu kedengaran dari luar.

"Masuk!"

"Hei, bro.. macam mana? Kau dah call ajak Ariana keluar dinner malam ni?"

"Alhamdulillah, baru aje ajak dia keluar malam ni. Dia setuju,"

"Okay good! Ingat pesan aku, jangan gugup. Control macho. Aku yakin kau boleh. Tunjukkan kesungguhan kau untuk memiliki dia.."

"Insya-Allah. Thanks ajar aku everything," balas Hud Mikail. Semuanya atas pertolongan Tengku Harith Zaqwan.

"No problem Hud, aku doakan semoga kau berjaya. Aku keluar dululah ya. Datang nak tanya tu aje," ucap Tengku Harith Zaqwan membuatkan Hud Mikail tersengih.

Cuaca cantik, suasana pun romantik, ditepi kolam yang dingin tersedia meja kecil. Ada cahaya lampu yang kesamaran dan nyalaan lilin di atas meja. Tiba-tiba salah seorang pelayan datang memberi bunga mawar kepada Iris Ariana.

"For me?" Soal Iris Ariana pada pelayan lelaki itu.

Hud Mikail menjawab, "Ariana bunga ros tu untuk you.."

Bunga ros merah tiga kuntum itu bertukar tangan. Iris Ariana tersenyum memandang bunga ros merah itu.

"I rasa malam ni malam istimewa,"

Hud Mikail senyum, "Kalau you rasa macam tu memang yelah. Apa pendapat you tentang tempat ni?"

"Owh jadi betullah apa yang I rasakan tu. Tempat ni cantik, tenang dan menarik. I suka.."

"Alhamdulillah, kalau you suka. Lega I.."

"So, boleh I tahu kenapa you bawa I tempat yang secantik ni? You ada nak raikan sesuatu ke?" Soal Iris Ariana. Dia sendiri tidak mengerti tujuan Hud Mikail membawanya ke tempat secantik itu.

"I akan jawab soalan you lepas kita dinner,"

"Haa.. tu pun makanan dah sampai. Kita makan dulu," sambung Hud Mikail. Iris Ariana hanya mengangguk faham.

Selepas beberapa minit menikmati makan malam, Hud Mikail menarik nafas panjang. Sudah tiba masanya dia meluahkan isi hatinya pada Iris Ariana.

"Okay, tadi you tanya I kenapa bawa you tempat secantik ni kan.."

"Yup,"

"Itu sebab you terlalu istimewa pada I Iris Ariana," luah Hud Mikail dengan penuh berani.

"Maksud you?"

"Tujuan I ajak you menikmati makan malam yang istimewa ni sebab nak luahkan perasaan I. Actually I dah jatuh cinta dengan you. I dah mula sayangkan you," Hud Mikail berterus-terang.

Terkedu Iris Ariana. Dia tidak menyangka yang Hud Mikail menyimpan rasa cinta padanya, mampukah dia menerima?

"Sejak bila?"

"Sejak pertama kali kita kenal di hospital. I jatuh cinta untuk pandang pertama," balas Hud Mikail serius.

"Tapi I.."

"Ariana, you tahu tak I takut nak luahkan semua ni pada you. I takut you dah ada someone special, tapi I lelaki Ariana. I perlu belajar menelan rasa kecewa tu untuk setiap penolakan.."

"I minta maaf kalau I salah luah, yelah mana tahu you dah ada seseorang yang istimewa dalam hidup you," sambung Hud Mikail.

Iris Ariana tahu lelaki dihadapannya tulus. Dia sendiri dapat melihat rasa ketakutan melalui mata lelaki itu. Barangkali takut andai dirinya ditolak.

"Honestly, I tak ada someone special. Cuma I ni perempuan yang susah nak percayakan lelaki. I pernah kecewa ditinggalkan oleh lelaki yang amat I cintai,"

"I faham Ariana, kecewa buat manusia berhenti mencintai kerana terluka. Mungkin hati you masih takut untuk menerima seseorang dalam hidup you kan," balas Hud Mikail yang memahami hati Iris Ariana.

"Ya, memang I takut. I takut kecewa sekali lagi.."

"I tak suka memberi janji, tapi I nak you tahu. Kalau you boleh terima I dalam hidup you, I akan jaga you baik-baik. I akan sayang dan mencintai you sampai bila-bila," luah hati Hud Mikail. Iris Ariana rasa sebak. Dia dapat rasa lelaki dihadapannya tulus terhadapnya, tapi dia perlukan masa.

"Boleh bagi I masa tak?"

"Ambillah banyak mana masa yang you nak I tak kisah, tapi I nak you tahu dalam masa you tengah fikir tu. You fikirlah baik-baik. I tak paksa you untuk terima I, tapi kalau you rasa I adalah lelaki yang boleh bahagiakan you, you boleh pilih I tapi kalau you tak yakin yang I ni boleh bahagiakan you, you boleh menolak. Semuanya terpulang pada you," balas Hud Mikail buat Iris Ariana terdiam. Jarang lelaki akan memberi jawapan seperti itu, tetapi Hud Mikail memang sangat berbeza.

Baru dia tahu hari ini Hud Mikail bukanlah seorang lelaki yang mementingkan dirinya sendiri. Dia bersikap terbuka dalam segala hal.

"Thanks Hud. I senang dengan sikap you macam ni,"

"Welcome. You lebih berhak menentukan pilihan hidup you. Apapun keputusan you I menerimanya dengan hati yang terbuka,"

Tengku Harith Zaqwan masih belum tidur. Dia tengok whatsapp dalam handphonenya, hatinya berbelah bahagi mahu text Tengku Arissya atau tidak. Sejak Tengku Arissya marahkan dia, dia tidak lagi menemui gadis itu. Gadis itu juga langsung tidak pedulikan dia. Marah sangat agaknya Tengku Arissya pada dia. Tak apalah, buat masa sekarang lebih baik dia berdiam diri saja dulu.

"Akak berdebarlah, Elvia tak sangka secepat nilah," luah hati Tengku Elvia bahagia.

"Alah, tak sangka apanya. Dah jodoh sampai awal,"

"Tulah kan, kalau dah jodoh tak ke mana. Akak esok boleh tak nak minta tolong?"

"Minta tolong apa?"

"Ambil baju pengantin kat butik,"

"Amboi.. dia pengantin kita pula nak kena ambil baju dia. Tak naklah, pergi sendiri!"

"Alaaa.. please akak, pergilah ambil. Esok Elvia nak settle hal lain,"

"Akak kerja Elvia,"

"Kerja? Apalah akak ni, adik sendiri dah nak kahwin kerja lagi. Akak tu kan anak bos, bagitahu ajelah papa. Settle!"

"Walaupun tu syarikat keluarga kita, tapi kita perlu professional,"

"Tahu, tapi kali ni aje. Tolonglah ambil baju pengantin Elvia tu. Semua dah bayar, tinggal ambil aje.."

"Hmm.. okaylah akak bagitahu papa kejap lagi,"

"Haaa.. macam nilah. Sayang akak! Muahh!" Balas Tengku Elvia menarik kakaknya ke pelukannya sambil mencium pipi gebu itu.

"Eh, siapa call pula ni?" Ucap Tengku Elvia menoleh sebelah kirinya untuk melihat siapa yang menelefonnya.

"Emir?"

"Haa.. tu bakal suami dah call. Pergi layan dia. Akak nak ke bilik rehat jap,"

"Okay, kak. Tapi jangan lupa tau bagitahu papa.."

"Alright!" Balas Tengku Arissya yang sudah menapak ke tingkat atas.

Tengku Arissya mencapai telefon bimbitnya. Ada whatsapp daripada Faqrul. Dia abaikan saja, lagipun dia tak ada mood.

Tengku Arissya kemudiannya duduk dibirai katil, lama dia memandang kosong pada telefonnya. Entah kenapa hatinya rasa rindu pula pada Tengku Harith Zaqwan. Dia harap lelaki itu baik-baik saja.

Rasa juga bersalah pada bekas suaminya kerana memarahinya malam itu, tapi salah siapa? Salah Tengku Harith Zaqwan juga. Siapa suruh memandai follow dia, ikut sana sini. Rimas!

Tengku Harith Zaqwan duduk di sofa sambil lengannya diletakkan ke atas kepalanya. Dia seakan berfikir sesuatu. Tiba-tiba Hud Mikail menyapanya. Dah balik pun Hud Mikail.

"Eh, kau bro. Awalnya balik.."

"Hmm.."

Tengku Harith Zaqwan bingkas bangun dari pembaringannya, dia duduk di sofa itu dan merenung wajah Hud Mikail yang kelihatan mendung.

"Kenapa muka masam? Ditolak ke?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Tak,"

"Habis tu kenapa muka macam cuka aje ni?"

"Ariana perlukan masa,"

"Wey.. ini bagus!" Balas Tengku Harith Zaqwan, siap bertepuk tangan.

"Apa pula bagusnya. Kau ni!"

"Dia macam ni Hud. Kalau perempuan kata dia nak fikir dulu, tu maksudnya dia pun ada hati dengan kau. Buktinya dia tak terus menolak.."

"Entahlah," balas Hud Mikail tidak bersemangat.

"Bro apa guna jadi anak jantan kalau tak boleh hadap kecewa. Sabar! Allah bagi apa yang kau nak tu.."

"Tapi aku takutlah kalau Ariana tolak cinta aku, sedangkan hati aku sayang dia.."

"Hud ajal, jodoh, pertemuan, perpisahan tu ketentuan Allah. Kalau kita sukakan seseorang, kita doalah. Hati orang yang kita sayang tu milik Allah. Kalau kita ikhlas dengan dia, insya-Allah Allah takdirkan dia untuk jadi milik kita," nasihat Tengku Harith Zaqwan. Entah kenapa suara itu kedengaran sebak di pendengaran Hud Mikail.

"Kau macam sedih aje Harith, kenapa?"

"Entahlah, aku sebenarnya rindukan Arissya. Sejak dia marahkan aku malam tu, aku dah tak pergi jumpa dia.."

"Kau rindu dia sampai kau sedih,"

"Hati ni susah kadang kita nak faham. Aku pun tak tahu kenapa, rasa rindu ni makin mendalam untuk Arissya.."

"Sama macam akulah, tadi masa Ariana cakap dia seorang perempuan yang susah nak percayakan lelaki, aku macam nak menjerit cakap dengan dia lelaki yang ada depan dia ni tak main-main, betul-betul sayangkan dia dan akan bahagiakan dia sampai bila-bila,"

"Tapi kau diamkan aje kan. Aku tahu rasa tu.." balas Tengku Harith Zaqwan. Sendu. Mereka saling berdiam diri.

"Wey dahlah, aduh apahal kita berdua ni Harith. Dah macam tengok cerita drama korea yang paling sedih pula.." balas Hud Mikail. Tengku Harith Zaqwan tersengih.

"Aku naik atas dululah rehat. Kau tu jangan tidur lewat pagi. Naik tidur kat bilik.."

"Aku okaylah, dah biasa tidur kat ruang tamu ni. Yelah, isteri pun tak ada kan. Nilah nasib si bujang handsome!" Ucap Tengku Harith Zaqwan berjenaka membuatkan Hud Mikail tergelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience