Rate

BAB 174

Romance Series 197233

"Apa aku patut buat?" Soal Tengku Harith Zaqwan pada Sharkief.

"Kau kena rebut hati Arissya tuan,"

"Macam mana aku nak rebut kalau dia benci aku?"

"Tapi kalau tuan tak sabar, aku risau rancangan kita akan hancur,"

"Apa maksud kau?"

"Kalau tuan dekati Arissya, aku pasti orang yang kita cari tu tidak duduk diam. Dia akan pulang ke Malaysia," ucap Sharkief. Terdiam seketika Tengku Harith Zaqwan.

"Memang sakit bila dibenci oleh orang yang kita cintai, tapi tuan kena bertahan, lepas ni bila semuanya dah selesai Tengku Arissya akan tahu kebenarannya,"

"Baiklah, aku akan mendekati Arissya esok," ucap Tengku Harith Zaqwan. Dia mahu orang yang dia cari pulang ke Malaysia supaya senang untuk dia membuat perhitungan.

"Kau baliklah, aku tak nak ada sesiapapun syak kita jumpa petang ni," sambungnya.

"Okay tuan aku gerak dulu!" Balas Sharkief segera pergi dari situ.

Tengku Harith Zaqwan disitu memandang suasana petang itu, dia mendongak ke langit. Lalu matanya dipejamkan seketika sambil melepaskan keluhan kecil.

'Ya Allah.. tidak aku lakukan semua ini semata-mata untuk kembali mendapatkan cinta bekas isteriku, tapi untuk melindunginya. Semua ini harus ada pengakhirannya. Selepas semua dah selesai, cukuplah rasanya aku terus menjadi pengemis cinta. Aku akan berhenti berharap dan pergi jauh supaya dia lebih bahagia bersama insan yang lebih berhak mendampinginya..' desis hati Tengku Harith Zaqwan.

Semasa Tengku Harith Zaqwan pulang, Hud Mikail turun ke tingkat bawah diruang tamu. Dia nampak segak malam itu.

"Eh, nak ke mana ni?"

"Ya Allah, handsomenya kau malam ni.." sambung Tengku Harith Zaqwan yang baru perasan Hud Mikail kemas rapi berpakaian. Wangi pula tu.

Hud Mikail senyum, "Mestilah. Malam ni aku nak jumpa dengan bapa dan mak mentua aku,"

"Wahh.. patutlah kau lain macam aje, handsome mengalahkan aku ni!" Usik Tengku Harith Zaqwan.

"Handsome kau tu aku tak dapat nak lawanlah," balas Hud Mikail. Kali ni Tengku Harith Zaqwan tergelak.

"Kau lewat balik pergi mana? Bukan ke kau keluar ofis awal petang tadi?"

"Aku jumpa Sharkief, ada hal kejap bincang dengan dia something,"

"Sharkief tu siapa?"

"Anak buah aku juga,"

"Owh.. faham. So, malam ni kau serahkan tugas tu pada dia ke? Yelah, kan kadang kau follow si Arissya tu dengan Faqrul," balas Hud Mikail. Dia tahu tentang semua itu.

"Entahlah, rasanya dia tak keluar kut malam ni,"

"Kalau dia keluar kau keluarlah juga follow dia, macam tu?"

"Tak kut malam ni, aku tak berapa sihat. Rasa nak demam," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Harith sudahlah, jangan pedulikan Arissya lagi. Biar dia dengan hidup dialah. Aku bukan apa, kesiankan kau aje. Tengok, kesihatan kau pun dah tak terjaga,"

"Hud semuanya masih belum selesai. Sikit aje lagi, yakin pada aku okay. Kau jangan risau, bila semuanya dah selesai aku akan pergi jauh," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Hmm tak apalah, aku doakan semoga kau terus kuat. Aku minta diri dululah ya,"

Tengku Elvia singgah dirumah papanya pada malam itu, suaminya juga turut serta. Baru hari ini dia sempat datang ke rumah setelah bergaduh sakan dengan kakaknya sebelum ini.

Dia tidak mahu disebabkan pertengkaran yang lepas itu hubungan mereka berdua menjadi renggang.

"Papa sihat?" Soal Tengku Emir Danish. Sejak dia busy dah lama dia tak jumpa bapa mentuanya itu.

"Alhamdulillah, papa sihat Emir. Ni menantu dan anak papa dah dinner belum?"

"Belum, tapi kami berdua masih kenyang lagi. Dah singgah makan petang tadi,"

"Papa kalau belum makan malam, pergilah makan dulu," sambung Tengku Elvia.

"Papa pun masih kenyang lagi, sebelum balik ofis petang tadi kawan papa belanja makan,"

"Owh.. tak apalah kalau macam tu,"

"Datuk, ni minuman dah sampai," ucap Rokiah perlahan meletakkan dulang minuman dan kek disitu, setelah itu dia kembali ke ruangan dapur. Namun AWAS telinganya mendengar.

"Paaa.. mana kakak? Tak nampak pun kelibat dia,"

Wajah Datuk Mustaqim berubah, berat untuknya menyatakan akan perubahan sikap anak sulungnya itu yang selalu keluar malam. Dia juga tidak pasti samada anaknya keluar untuk hal kerja atau berkaitan dengan hal peribadinya.

"Elvia tak jumpa ke kakak kat ofis tadi?" Soal Datuk Mustaqim.

"Jarang jumpa kakak paa, lagipun dia macam busy aje. Kadang kalau Elvia nak ajak dia keluar lunch, dia keluar lebih awal," balas Tengku Elvia.

"Owh yeke,"

"Papa kenapa ni?" Soal Tengku Elvia. Datuk Mustaqim memandang wajah anaknya, kemudian beralih ke arah menantunya.

Tengku Emir Danish menganggap bapa mentuanya mungkin tidak selesa dia berada disitu, dia meminta untuk pergi dari situ mencari alasan namun disekat oleh Datuk Mustaqim.

"Emir tak apa, duduk aje kat sini. Emir sebahagian dari keluarga ni,"

"Baik papa,"

"Papa kenapa dengan kakak? Papa nampak sedih aje,"

"Papa perasan yang Arissya dah berubah, dia asyik keluar malam sejak akhir-akhir ini," luah Datuk Mustaqim.

"Kakak jarang keluar malam paa. Rasa macam tak percaya pula dengar semua ni,"

"Itu yang papa hairan,"

"Kakak keluar dengan siapa?" Soal Tengku Elvia.

"Papa sendiri tak tahu, tapi biasanya dia akan keluar dengan klien, itu yang dia bagitahu papa, tapi tak tahu samada betul atau tak," balas Datuk Mustaqim.

"Kak Arissya tak pernah menipu papa, tapi entahlah susah juga nak cakap. Kita sendiri pun tahu kan yang kakak tu masih kecewa dengan Abang Harith,"

"Kecewa manapun dia dengan Harith mana boleh buat perangai. Setiap masalah tu ada jalan penyelesaiannya," balas Datuk Mustaqim.

"Bila papa cakap macam ni Elvia mula risaukan kakak,"

"Tak ada apalah yang nak dirisaukan, papa akan bercakap dengan dia dari hati ke hati,"

"Tak guna bercakap dengan orang yang dah menjunjung egonya setinggi langit paa. Dia takkan faham dan nampak jalan keluar kepada masalah pun," balas Tengku Elvia geram mengenangkan kakaknya itu.

"Setidaknya kita mencuba,"

"Sia-sia aje papa. Akak tu susah nak faham. Dia bukan Tengku Arissya yang dulu. Sejak kat Paris lagi sikap kakak berubah. Elvia pun tak tahu dia berubah sebab apa, kalau kata sebab kecewa dia berubah.. apa yang sedang berlaku ini salah. Sepatutnya dia lebih matang menghadapi masalah," balas Tengku Elvia.

"Papa pun tak tahu nak cakap apa. Kadang buntu,"

"Macam nilah papa, papa call Abang Harith. Minta tolong dengan dia, tolong dia jaga kakak. Elvia nak call pun dah rasa malu dengan dia. Dia dah banyak bersabar dengan akak tu," Tengku Elvia memberi cadangan.

"Kalau nasihat Elvia pun Arissya tak nak dengar, apatahlagi kalau Harith yang nasihatkan dia, dia lagilah mengamuk," balas Datuk Mustaqim.

"Kalau pun akak tu tak nak dengar cakap Abang Harith, tapi setidaknya dia boleh tengokkan kakak dari jauh,"

"Papa tahu tak, kenapa Elvia minta tolong dengan Abang Harith?"

"Papa mana tahu,"

"Sebab hanya Abang Harith yang tulus jaga kakak. Selain dari tu tak! Semuanya nak memanfaatkan akak aje, tapi apa boleh buat Kak Arissya terlalu bodoh papa,"

"Elvia tak baik cakap kakak sendiri bodoh," tegur Datuk Mustaqim.

"Papa tak tahu betapa kejamnya akak, dia layan Abang Harith macam pengemis kat Paris. Dulu pun time akak kena culik, Abang Harith yang selamatkan maruah dia. Kalau tak, tak tahulah macam mana.."

"Elvia ingat bila dia tahu Abang Harith sakit, akak akan insaf. Dia akan belajar dari kesilapan dan mereka kembali bersatu sebagai suami isteri tapi rupanya tak, Kak Arissya masih menjunjung egonya setinggi langit. Dia selfish papa, dia langsung tak fikir hati dan perasaan orang lain. Dia tak pandai nak berterima kasih pada lelaki yang mencintainya," balas Tengku Elvia. Sebak dia mengungkapkan semua itu.

Nampaknya kali ini Datuk Mustaqim yang perlu masuk campur, bertegas dengan anaknya. Jika tidak semakin teruk sikap Tengku Arissya. Datuk Mustaqim yakin ada yang cuba menghasut pemikiran anaknya. Tapi dia tidak tahu siapa orangnya. Dia pasti akan mencari tahu.

"Papa tahu Elvia, insya-Allah papa akan ambil masa untuk bercakap dengan Arissya nanti," balas Datuk Mustaqim. Tengku Elvia mengangguk faham. Tengku Emir Danish ada saja disitu, dia sedang melayani telefonnya. Diam saja dia disitu kerana tidak mahu masuk campur. Tapi dia dengar semuanya. Dia tahu sekarang ini banyak masalah yang timbul antara Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience