Rate

BAB 194

Romance Series 197165

Tengku Arissya masuk ke biliknya tanpa menjawab pertanyaan Rokiah a.k.a Sharleez. Dia benar-benar terkejut dengan apa yang terjadi, semuanya berlaku dalam sekelip mata. Dia langsung tidak menyangka Tengku Harith Zaqwan akan memarahinya dan membela Tengku Qistina.

Tapi anehnya langsung tak logik, tiba-tiba tuduhan itu dilemparkan kepadanya. Seperti dia yang bersalah, menghancurkan hubungannya dengan Tengku Qistina. Seolah-olah dia perampas, dia yang nampak jahat. Rasa mahu gila dia tatkala mengingati apa yang terjadi tadi.

Tengku Arissya menyembamkan mukanya ke bantalnya, dia tidak tahan. Kali ini air matanya laju mengalir. Hatinya terluka. Dia teresak-esak dalam tangis. Dia benci! Tengku Harith Zaqwan juga sama. Bersikap seperti lelaki bodoh yang tidak pernah mempunyai rasa cinta dan sayang terhadapnya. Mahu rasanya dia menampar muka Tengku Harith Zaqwan kuat, biar bergegar otak lelaki itu.. biar gugur segala kebodohan lelaki itu.

Jadi tidak salah lagi jika dia tidak memilih Tengku Harith Zaqwan sebagai pasangan hidupnya untuk kali kedua. Rupanya cukup hanya sekali. Satu kali itu juga sudah membuat jiwanya tercalar. Pedih dan terhiris.

"Aku benci kau Harith! Aku benciiii!!!" Jerit Tengku Arissya kuat.

Rokiah a.k.a Sharleez bergegas ke tingkat atas apabila mendengar jeritan itu, segera menapak ke bilik Tengku Arissya.

"Arissya kenapa ni?" Soal Rokiah, terus memasuki bilik itu yang sudah terkuak kecil.

Tengku Arissya mengamuk, dia baling bantal miliknya ke lantai, Rokiah yang melihat Tengku Arissya yang seakan kehilangan kewarasan segera memeluk tubuh kecil itu kuat supaya bertenang.

"Arissya sabar, bawa mengucap.. jangan macam ni,"

"Arissya tak boleh sabar lagi, Arissya terseksa! Sakit hati Kak Kiah. Arissya benci dia!" Jerit Tengku Arissya kuat. Nasib baik Datuk Mustaqim belum pulang dari ofis. Kalau tidak banyak pula disoalnya.

"Arissya bencikan siapa ni? Siapa buat Arissya menangis macam ni sekali?"

"Arissya bencikan Tengku Harith Zaqwan!"

Rokiah a.ka. Sharleez terkedu, sudah dia duga. Tapi kali ini kenapa marahnya begitu teruk. Pasti ada yang tidak kena. Tapi apa penyebabnya?

'Aku kena bagitahu tuan dan tanya dia kenapa Arissya dah macam orang yang sudah hilang kewarasan ni,' desis hati Rokiah a.k.a Sharleez.

"Kenapa Arissya bencikan Harith?"

"Dia sakitkan hati Arissya. Dia marah Arissya tanpa sebab. Arissya binggung, dia layan Arissya macam Arissya ni nampak jahat depan Tengku Qistina.."

"Tengku Qistina tu siapa?" Soal Rokiah buat-buat tanya.

"Bekas kekasih dialah Kak Kiah!" Cerita Tengku Arissya sambil menangis tersedu sedan.

"Arissya sabar ya. Pasti ada sebab dan alasan kenapa Harith layan Arissya macam tu.."

"Sebabnya dia memang lelaki tak guna! Arissya bencikan dia! Sampai kiamat pun Arissya takkan maafkan dia!" Ucap Tengku Arissya begitu marah.

Rokiah a.k.a Sharleez masih setia memujuk supaya Tengku Arissya bertenang.

"Kak Kiah tidur dengan Arissya malam ni. Temankan Arissya, pleaseee.." pinta Tengku Arissya.

Rokiah a.k.a Sharleez tersenyum sambil mengangguk perlahan. Dia akan selalu menjaga Tengku Arissya seperti yang diamanahkan oleh Tengku Harith Zaqwan.

"Hisyh mana perginya Leez ni, aku call tak angkat. Ya Allah.. risaunyaaa.." ucap Tengku Harith Zaqwan yang cuba menghubungi Sharleez tapi tidak dijawab panggilannya.

Tengku Harith Zaqwan melihat jam dinding didalam biliknya.

"Patutlah tak jawab call aku, dah jam tiga pagi rupanya.." ucap Tengku Harith Zaqwan tapi dia tak sedap hati, dia tetap terus menghubungi Rokiah a.k.a Sharleez. Namun segalanya hampa.

Tengku Harith Zaqwan risaukan Tengku Arissya. Dia mencapai sweater hitam miliknya, lalu dengan pakaian seluar tidur. Dia segera menapak ke halaman rumahnya jam tiga pagi. Dia mahu memastikan samada Tengku Arissya baik-baik saja.

"Harith nak ke mana tu?" Soal Hud Mikail yang baru menapak dibahagian tangga. Rupanya dia ada menetap tidur di rumah abang sepupunya.

"Aku nak ke rumah Arissya,"

"Kau dah gila ke? Ni dah jam berapa, agak-agaklah Harith.."

"Aku risaukan keadaan Arissya, dia terluka hebat hari ni,"

"Macam mana kau tahu dia terluka hebat?"

"Sebab aku yang hadiahkan luka tu pada dia,"

Berkerut dahi Hud Mikail, dia langsung tidak memahaminya. Terluka sebab apa? Apa puncanya?

"Harith jom kita duduk kat ruang tamu tu, cerita dengan aku apa yang dah jadi sebenarnya,"

"Eh, aku tak boleh buang masa ni. Aku nak tengok keadaan Arissya. Aku nak pastikan dia okay,"

Hud Mikail memegang bahu Tengku Harith Zaqwan, dia menghalang, "Kau fikirlah, kalau kau ke rumah Arissya sekarang ni.. kau yakin ke dapat masuk rumah dia. Silap hari bulan kau kena dituduh sebagai perompak. Kau kena ingat, kau dengan dia bukan suami isteri lagi.."

Tengku Harith Zaqwan melepaskan keluhan kecil, dia menapak beberapa langkah ke ruang tamu. Lalu duduk di sofa dengan penuh kehampaan. Hud Mikail juga sudah melabuhkan punggungnya di sofa itu.

"Sebenarnya....." Tengku Harith Zaqwan terus bercerita.

Hud Mikail terkedu mendengarnya. Memang benar kata-kata abang sepupunya, dia telah menghadiahkan luka yang cukup hebat pada Tengku Arissya. Tapi tergamak melakukannya. Kesian Tengku Arissya.

"Cara kau tu akan buat Arissya semakin bencikan kau,"

"Tapi aku tak ada pilihan Hud, aku terpaksa.."

"Kau akan kehilangan Arissya!"

"Aku dah lama kehilangan dalam hati dia. Dan dia pun memang dah bencikan aku,"

"Kau ni cakap benda yang sama aje. Cubalah fikir cara lain agar tak melukai hati Arissya tu,"

"Cara apa lagi yang aku ada. Hanya tu saja caranya. Tapi percayalah Hud, sakit Arissya tu cuma sementara. Aku janji akan hadiahkan dia kebahagiaan suatu hari nanti,"

"Kau ingat benda macam ni main-main ke? Ni soal hati dan perasaan Harith,"

"Boleh tak kau bercakap jangan nampak bodoh sangat. Aku takkan buat kerja segila ni kalau Arissya selamat, tapi keadaan berbeza sekarang. Arissya dalam bahaya. Aku buat semua ni demi Arissya. Keluarga dia.." marah Tengku Harith Zaqwan emosi.

"Sorry bro.. aku tak bermaksud untuk menyalahkan kau. Tak apalah kalau itu yang kau dah cakap, aku faham.."

"Hmm aku nak masuk tidur ni. Jumpa esok," ucap Tengku Harith Zaqwan kembali melangkah ke biliknya.

Tengku Arissya sudah terlelap, Rokiah a.k.a Sharleez yang ada disebelah itu memandang seraut wajah anak majikannya itu. Ada rasa sebak dihatinya. Pasti luka dihati Tengku Arissya sudah menjadi darah. Apalah agaknya yang terjadi pada gadis itu? Mesti berlaku sesuatu yang dahsyat. Teringin sekali dia mengetahuinya.

Rokiah a.k.a Sharleez bingkas bangun, dia mahu ke biliknya. Dia tertinggal telefon. Masuk saja ke biliknya ditingkat bawah, segera dia mencapai telefonnya. Bukan main banyak panggilan daripada tuannya. Pasti tuannya mahu bertanyakan perihal Tengku Arissya.

Dia mengambil keputusan untuk tidak menelefon semula atau mesej kepada tuannya, lagi pula tidak sesuai waktu sekarang. Mungkin tuannya sudah tertidur.

Tengku Arissya menggeliat malas, dia sudah terbangun dari tidurnya. Kelihatan disebelahnya Rokiah a.k.a Sharleez sudah tidak ada, mungkin sedang menyediakan sarapan pagi.

Tengku Arissya menelefon Tengku Elvia.

"Hai, kakak! Mimpi apa ni awal pagi lagi dah call Elvia.."

"Hisyh, takkanlah nak call adik akak pun tak boleh kut,"

"Alah, ingat Elvia tak tahu ya. Ni mesti ada something nak bagitahu," balas Tengku Elvia yang sudah tergelak kecil dihujung talian.

"Betullah tu, akak nak minta tolong ni. Boleh tak?"

"Apa saja, bagitahu aje.."

"Boleh tak handle kerja akak dalam tiga hari ni, akak nak rest.. lagipun penatlah, dah lama tak cuti.."

"Tiga hari? Eh, nak rest ke atau pergi bercuti ni?"

"Bercuti tu tak sure lagilah," balas Tengku Arissya.

"Okay no problem, asalkan kasi upah. Bagi hadiah ke apa kalau betul akak nak pergi bercuti,"

"Yelah akak belikan hadiah kalau betul akak pergi bercuti kat mana-mana," balas Tengku Arissya membuatkan adiknya tersenyum.

"Eh, kejap kak! Papa tahu tak ni?"

"Akak belum bagitahu papa lagi Elvia, tapi akan diberitahu.."

"Okay, kalau macam tu tak apalah, Elvia nak bersiap ke tempat kerja dulu.."

"Baik, jaga diri mak buyung!" Balas Tengku Arissya membuatkan Tengku Elvia tergelak kecil sebelum mematikan panggilan telefon itu.

Tengku Arissya terdiam seketika diatas katilnya, dia sedang berfikir. Ada baiknya kalau dia pergi bercuti. Setidaknya dia boleh tenangkan fikiran. Tengku Arissya masih berfikir, tempat mana yang paling best dan buat dia tenang dan jauh dari Tengku Harith Zaqwan dan perempuan gila tu, si Tengku Qistina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience