Rate

BAB 40

Romance Series 197165

"Kakak!"

"Ya, Elvia. Apa pula kali ni?" Soal Tengku Arissya.

"Akak kenapa dua tiga hari ni tak contact Elvia, buat apa aje kat sana? Bercinta dengan Abang Harith semula ke?" Usik Tengku Elvia diiringi gelak tawanya.

"Akak sibuk sikit. Waktu petang pula biasanya akak akan keluar jalan-jalan kat sini.." balas Tengku Arissya langsung tidak mengaitkan nama Tengku Harith Zaqwan.

"Jalan-jalan dengan siapa? Sorang aje ke?"

"Adalah.."

"Aik.. pelik bunyinya tu. Mesti akak ada jalan-jalan dengan someone ni. Who?"

"Malaslah nak cerita," balas Tengku Arissya.

"Ceritalah akak. Risaulah pula dengan akak ni. Dengan siapalah dia berkawan sekarang ni.."

"Okaylah akak cerita. Hmm.. akak ada kenal dengan someone kat sini. Nama lelaki tu Aakif Aryanz. Baik orangnya, peramah. Dia pun dari Malaysia. Dia asal Selangor.."

Tengku Elvia terdiam seketika, cepat benar kakaknya menilai lelaki itu baik. Sedangkan sebelum ini mereka berdua tidak saling mengenali.

"Jangan mudah percaya pada lelaki yang akak baru kenal tu," ucap Tengku Elvia menasihati.

"Dia okaylah Elvia. Dia tak macam lelaki lain. Sepanjang kami berdua kenal, dia tak pernah ambil kesempatan pun kat akak.." Tengku Arissya mempertahankan Aakif Aryanz.

"Papa tahu tak pasal ni?"

"Tak tahu lagi, Elvia bagitahulah papa nanti," balas Tengku Arissya tidak kisah sekiranya papanya tahu.

"Akak ada contact dengan Abang Harith tak?"

"Kenapa tanya akak pula? Call tanya dialah," balas Tengku Arissya menyampah dengar nama bekas suaminya itu.

"Kalau dapat call dia tak adalah Elvia tanya akak. Whatsapp Elvia pun dia tak replay. Pelik.."

"Entahlah, hari tu akak ada call dia.."

"Wah.. akak call Abang Harith? Rindu eh?"

"Taklah! Dengarlah dulu akak nak cerita ni, jangan potong line.."

"Okay-okay, ceritalah.."

"Akak call sebab nak tanya dia nombor telefon mak mentua akak, lagipun dah call banyak kali tapi tak dapat. Macam mama dah tak guna nombor telefon tu.."

Kali ini Tengku Elvia terdiam seribu bahasa, dia cuba sedaya upaya menahan sebak. Dia masih meneruskan perbualan melalui telefon itu.

"Owh.. yeke? Dapat tak nombor baru mama?" Soal Tengku Elvia perlahan.

"Tak dapatlah.. tu yang geram dengan Harith. Akak tanya dia, dia boleh jawab hmm.. tak ada. Tak logiklah kan.. nombor baru mama sendiri pun tak tahu. Akak terus matikan panggilan telefon tu.."

"Ya Allah, akak kenapa marahkan Abang Harith pula? Tak sepatutnya akak marah dialah! Mungkin dia betul-betul tak tahulah tu.." Marah Tengku Elvia pada kakaknya tidak puas hati. Geram pula dia dengan sikap kakaknya. Segera panggilan itu ditamatkan saja.

"Helo.. helo.. Elvia! Eh, apasal dia marah aku pula?" Ucap Tengku Arissya pelik. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia rasa hairan, jarang adiknya akan marahkan dia begitu.

'Kenapa dengan Elvia tu? Eh, jap! Ke adik aku ada hati dengan bekas suami aku tak? Sebab tu dia marah sangat dengan aku bila aku marahkan Harith. Tapi logik ke?' Desis hati Tengku Arissya. Entah kenapa hatinya tiba-tiba dilanda rasa cemburu pula. Kalau betul pun kenapa, biarlah. Dia pun bukannya ada apa-apa hubungan dengan Tengku Harith Zaqwan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience