Rate

BAB 11

Romance Series 197165

Suatu malam dia menerima panggilan telefon yang mengatakan suaminya ditangkap khalwat di salah sebuah hotel terkenal. Dia segera ke sana untuk menyelesaikan hal itu, alangkah terkejutnya dia apabila Tengku Harith Zaqwan kena tangkap basah bersama Tengku Qistina. Jika sebelum ini air matanya tidak pernah kering menangisi sikap suaminya, tapi malam itu hatinya sudah menjadi ketulan batu yang takkan mampu dilenturkan walau hanya untuk setitik air yang menitis pada ketulan batu.

“Sayang tolong dengar penjelasan abang dulu..”

Tengku Harith Zaqwan cuba menghalang Tengku Arissya yang sudah mengatur langkah untuk pergi dari situ, namun tangan lelaki itu ditempis kasar olehnya. Dia tidak mahu lelaki itu menyentuhnya lagi.

“Sudahlah Tengku Harith Zaqwan. Semuanya dah jelas untuk saya!” Marah Tengku Arissya.

“Sayang dengar cakap abang, semua ni satu perangkap. Abang hanya cintakan sayang,” kata-kata yang keluar daripada mulut suaminya semakin membakar hatinya.

“Cinta? Habis tu yang kat dalam tu apa, nafsu?”

"Tak sayang, tak!!!"

Tengku Arissya menarik nafas panjang sebelum kembali bersuara, “Awak ingat saya tak tahu selama ni awak keluar dengan Tengku Qistina, awak banyak habiskan masa dengan dia, jadi saya tak terkejut bila tahu pasal ni, cuma saya terkilan orang yang selama ni kata cinta pada saya rupanya seorang pendusta. Pengkhianat!"

"Sayang please jangan cakap macam tu. Abang betul-betul sayangkan sayang. Abang bukan seorang pendusta cinta!"

"Enough!" Jerit Tengku Arissya. Dia segera ingin berlalu pergi dari situ.. tapi pergelangan tangannya ditarik. Tengku Harith Zaqwan menghalang.

“Sayang… sayang please dengar cakap abang..”

Kesabaran Tengku Arissya sudah hilang, dia menjerit dan menolak kasar tubuh sasa itu, “Enough Tengku Harith Zaqwan. Enough! I hate you call me ‘sayang’. Tolong ke tepi. Kita jumpa dekat mahkamah.."

Kali ini Tengku Harith Zaqwan membisu. Dia tidak pernah menyangka semua ini terjadi.. tapi dia akui semuanya kerana kebodohannya sendiri. Bodoh kerana percayakan Tengku Qistina. Dia langsung tak tahu apa yang terjadi. Bila sedar saja dia tengok.. dia sedang tidur bersama Tengku Qistina.

Tengku Qistina yang menyaksikan rumahtangga bekas teman lelakinya hancur hanya tersenyum sinis. Akhirnya dia berjaya memisahkan Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience