Rate

BAB 209

Romance Series 197165

Dua tiga hari kemudian, Remy sudah membuat keputusan. Dia bersetuju untuk membantu Tengku Harith Zaqwan. Dia rela dipenjarakan asalkan hukuman ke atasnya tidak terlalu berat. Dia membuat keputusan itu juga kerana mengenangkan emaknya. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku.

Sebelum dia terlibat dalam kerja jahat ini juga sebenarnya kerana pengaruh kawannya, jika tidak dia pasti menjadi seorang hamba Allah yang baik. Desakan daripada salah seorang kawannya dalam mengejar kemewahan dunia membuatkan dia leka. Banyak dosa telah dia lakukan.

Dia masih ingat pada malam itu di mana Tengku Harith Zaqwan menghumban dia dalam satu tandas kecil disitu, meminta dia mengambil wudhuk. Meminta dia untuk solat. Dia hanya mengikut arahan itu dalam keterpaksaan. Bahkan dia cuba untuk mencederakan Tengku Harith Zaqwan. Namun gagal apabila Sharkief dengan pantas mematahkan serangannya.

Selesai mengambil wudhuk, masih terniang-ngiang kata-kata Tengku Harith Zaqwan padanya.

"Solat sekarang!"

"Aku tak pandai solat. Aku dah tak ingat macam mana nak solat.."

"Aku ajarkan, tengok macam mana aku solat dan kau akan ingat semula cara nak solat.."

Tengku Harith Zaqwan sebagai imamnya. Ketika dia mengangkat takbir. Jatuh berderai air matanya. Luntur segala egonya dan sifat bengisnya. Terduduk dia seketika, menangis teresak disejadah. Teringat dia akan wajah emaknya dikampung.

Emaknya tidak pernah tahu dia melakukan kerja jahat selama ini di Kuala Lumpur, jika tidak pasti emaknya menyesal melahirkan dia ke dunia ini. Kesal memiliki seorang anak iblis yang sanggup menghancurkan kebahagiaan hidup orang lain.

"Kenapa kau menangis Remy?" Soal Tengku Harith Zaqwan pada waktu itu tidak jadi meneruskan solat maghribnya.

"Aku rasa sangat berdosa. Rasa berdosa dengan Allah dan mak aku. Mak aku tak pernah tahu aku melakukan kerja jahat sepanjang ada kat Kuala Lumpur ni. Dia ingat aku ke sini sebab nak cari duit untuk beli ubat dan merawat sakitnya,"

"Hari ini baru aku rasa kerdilnya aku dihadapan Allah," sambung Remy terduduk tertunduk dengan penuh penyesalan.

Tengku Harith Zaqwan memegang kedua belah bahu Remy, meminta Remy berdiri. Sharkief hanya memandang tanpa bicara.

"Kita semua pendosa, tidak terkecuali aku dan Kief. Tapi Allah tu Maha Pengampun. DIA Maha Penyayang. Mintalah keampunan dari-Nya. Pasti segala dosa-dosa kau akan diampuni.."

Makin lebat air mata Remy gugur. Tersedu-sedan dia. Dia insaf. Tiba-tiba Remy memegang lutut Tengku Harith Zaqwan, melutut dihadapan Tengku Harith Zaqwan sambil berkata, "Aku minta maaf. Maafkan aku. Aku tahu kaulah lelaki tu. Aku kenal siapa kau walaupun kau rahsiakan wajah kau. Aku tahu kau adalah Tengku Harith Zaqwan. Lelaki yang perempuan kejam tu tergila-gilakan.."

Tengku Harith Zaqwan membuka topeng yang dipakainya, "Benar akulah lelaki tu. Aku akui hidup tanpa isteri aku tak mudah. Susahnya untuk menagih cintanya kembali.."

"Aku janji dengan kau akan tebus balik segala kesalahan aku pada kau.."

"Baik, kalau macam tu kau kena cari bukti tu dulu. Kau kena tolong aku. Jangan pernah belot, kalau tak buruk padahnya.." balas Tengku Harith Zaqwan.

"Aku bersumpah dengan nama Allah yang aku takkan belot dengan kau. Tapi kau maafkan aku ke tak ni?"

Tengku Harith Zaqwan senyum, "Aku maafkan kau, Remy. Tapi berjanjilah lepas ni jadi seorang lelaki yang baik dan anak yang baik untuk mak kau.."

"Terima kasih, Harith. Aku janji akan jadi orang baik selepas ni.."

"Sama-sama. Kita solat maghrib dulu. Aku ajarkan.."

Semenjak itulah Remy pandai solat. Tengku Harith Zaqwan yang mendidiknya. Persis dia mengajar sahabat baiknya, Darius untuk kembali ke pangkal jalan. Tengku Harith Zaqwan bukanlah seorang ustaz tapi dia hanya manusia biasa yang mempunyai jiwa pendidik.

"Justin.. come!" Panggil Rubina Elizaberth. Anak lelakinya sudah semakin meningkat dewasa. Justin satu-satunya penyeri di hidupnya dan suaminya, Darius.

Anaknya kini sudah berumur dua belas tahun. Sudah bersekolah di Melbourne, Australia.

"Mommy, mana Daddy?" Soal Justin. Dia fasih berbahasa melayu kerana Rubina Elizaberth dan Darius mendidik anaknya dengan ajaran Islam yang sebenar.

Di sana juga ada pendidikan Islam, Darius mengupah seorang ustaz disana untuk mengajar didikan agama kepada anaknya. Anaknya membesar dengan didikan agama yang cukup.

"Daddy kerjalah sayang.." balas Rubina Elizaberth.

"But mommy tak boleh lupa tau.. sambut birthday Justin malam ni," balas Justin.

Rubina Elizaberth senyum, "Of course dear. Tonight.."

"Wow.. thanks mom!" Jawab Justin.

Sudah sekian lama Darius dan Rubina Elizaberth tidak ke Malaysia. Mereka tidak pernah melupakan Tengku Harith Zaqwan, tapi mereka cuma bersedih melihat keadaan lelaki itu pada suatu masa dahulu, bagaimana seksanya perjalanan hidupnya. Beratnya ujian yang perlu ditempuhi.

Namun setelah mengetahui perkara sebenar daripada Hud Mikail, barulah dia tahu yang Tengku Harith Zaqwan hanya berlakon amnesia. Tanpa Tengku Harith Zaqwan mengetahuinya. Buat masa sekarang, Hud Mikail meminta mereka supaya tidak ke Malaysia kerana atas alasan tertentu.

Apabila didesak atas alasan apa, Hud Mikail membuka cerita sebenar. Dia telah menceritakan semuanya pada Darius dan Rubina Elizaberth yang melibatkan Tengku Qistina. Bukan main terkejut keduanya menerima kenyataan itu, sahabatnya sudah pasti berdepan dengan mara bahaya yang cukup besar. Mereka berdua mahu membantu, mahu ke Malaysia namun dihalang oleh Hud Mikail. Akhirnya terpaksa mereka berdua akur.

Malam itu setelah menyambut ulang tahun kelahiran Justin, Darius dan isterinya berbual-bual.

"Darius why you nampak resah?" Soal Rubina Elizaberth.

"I fikirkan pasal Harith, sayang.."

"You risau pasal yang you baru tahu tu ke?" Soal Rubina Elizaberth. Darius hanya mengangguk perlahan.

"So, you ada plan nak bantu Harith?"

"Of course dear,"

"Tapi Hud dah ingatkan kita jangan buat apa-apa.."

"I takkan berdiam diri sayang.."

"You ingat Harith akan terima pertolongan you? Tentu dia akan menolak..."

"I akan plan ikut cara yang berbeza kali ni," balas Darius.

"You nak balik Malaysia?"

"Belum buat masa sekarang tapi I akan hantar someone untuk jaga Harith," balas Darius. Rubina Elizaberth terkedu.

"Who?"

"Smith Adrian.."

"Sepupu I tu?"

"Yup, I nak dia ke Malaysia bantu Harith. I nak upah dia jaga Harith dari jauh.."

Rubina Elizaberth senyum, "You tak salah pilih orang, Darius. I yakin my cousin boleh jaga Harith dengan baik but I rasa Harith tentu dapat mengesannya jika you minta Smith Adrian jaga dia.."

"Don't worry dear. I dah tahu nak planning apa.."

"Why you buat semua ni?"

"Sebab Harith yang bawa I ke pangkal jalan, bagi didikan agama dan jadikan I seperti sekarang. I nak balas jasa baik dia.."

"Alhamdulillah for everything, Darius.."

Tengku Qistin tidak dapat memejamkan matanya pada malam itu. Dia rasa ada yang tidak kena. Dia mula mencurigai Remy, dia sedang memikirkan tentang anak buahnya itu.

"Remy kat mana kau ni? Aku dah banyak kali call tak dapat!" Ucap Tengku Qistina yang cuba menghubungi Remy. Geram betul, sudah banyak kali Remy gagal dihubungi.

Dia mahu tahu keberadaan Remy. Hanya Remy mengetahui semua perancangan jahatnya. Jika benar Remy ditangkap sudah pasti dia juga akan ditangkap. Dia yakin Remy akan kembali. Namun sekiranya Remy belot, Gee yang akan membunuhnya kejam. Sesiapa yang belot pada Tengku Qistina pasti akan mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience