Rate

BAB 143

Romance Series 197165

"Bila?"

"Malam ni boleh? Lagipun I nak tanya you something soal perancangan I nak anjurkan program dengan student I," balas Faqrul memberi alasan. Sebenarnya dia mahu luangkan masa dengan Tengku Arissya.

"Malam ni boleh tapi lewat sikit, lagipun I tak tahu balik ofis petang ni jam berapa,"

"Owh.. I okay aje, anggaran jam berapa malam ni?"

"Dalam jam sembilan lebih,"

"Okay, boleh. Kejap lagi I hantar location jumpa kat mana malam ni.."

"Alright.." balas Tengku Arissya yang agak sibuk menyiapkan kerjanya.

"Yesss! Malam ni semua penampilan aku berubah, yang penting wangi.. tak sabar pula nak jumpa pujaan hati," ucap Faqrul gembira apabila Tengku Arissya sudi menemuinya.

Bunyi telefon buat kali kedua, Tengku Arissya menjawab panggilan itu tanpa melihat siapa pemanggilnya, "Apa lagi Faqrul? Malam ni ajelah kita jumpa. I busy ni.."

Terkedu Tengku Harith Zaqwan. Dia hanya mendiamkan diri seribu bahasa apabila Tengku Arissya mematikan panggilannya.

Beberapa minit kemudian, Tengku Arissya berhenti membelek fail. Dia kembali berfikir kenapa si pemanggil tadi mendiamkan diri. Tentu orang lain.

Tengku Arissya melihat bahagian log panggilan masuk. Alangkah terkejutnya dia. Tengku Harith Zaqwan yang call tadi. Alamak! Sudah pasti lelaki itu tahu dia akan keluar dengan Faqrul malam ini. Tapi biarlah.. takkanlah dia nak call Tengku Harith Zaqwan semula. Lebih baik buat tak tahu saja.

'Arissya keluar dengan Faqrul? Allahu.. urusan apa mereka keluar berdua? Waktu malam pula tu. Ya Allah!' Desis hati Tengku Harith Zaqwan. Dia bingkas bangun dan keluar dari biliknya.

Sejam lebih akhirnya Tengku Harith Zaqwan sampai di kawasan ofis Tengku Arissya. Dia segera parkir keretanya di kawasan situ juga tanpa keluar dari keretanya. Dia tidak mahu Tengku Arissya tahu kehadirannya.

Dia sebenarnya tidak juga pasti bila Tengku Arissya akan ke tempat parkir kereta itu, tapi dia tetap mahu menunggu di situ. Dia nak ikut ke mana Tengku Arissya mahu pergi bersama Faqrul.

Sampai maghrib Tengku Harith Zaqwan menunggu Tengku Arissya. Dia solat maghrib di tempat solat yang dikhaskan untuk pekerja, itu pun dengan penuh berhati-hati. Takut jika diketahui oleh Tengku Arissya.

Selesai sudah solat maghrib Tengku Harith Zaqwan cepat-cepat masuk semula ke dalam keretanya. Dia masih melihat kereta milik Tengku Arissya ada di situ. Lega hatinya. Sampailah ke angka jam lapan lebih, kelihatan Tengku Arissya sudah menuju ke arah tempat parkir keretanya.

'Eh, Arissya tu. Okay ready Harith, follow dia. Jangan sampai terlepas!' Desis hati Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan follow kereta Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan ikut jejak Tengku Arissya sampai ke salah sebuah restoran mewah.

'Arissya buat apa kat restoran yang romantik ni? Hairan aku!' Desis hati Tengku Harith Zaqwan.

Tidak lama kemudian, Tengku Harith Zaqwan terkedu. Ada Faqrul disitu dengan penampilan gaya rambut dan pemakaian baru. Lelaki itu siap berdiri menyambut kedatangan Tengku Arissya. Berbulu matanya tengok.

"Dah lama ke sampai? Sorrylah kalau I lambat, I banyak kerja kat ofis tadi,"

"It's okay, lagipun I yang ajak you. I sanggup tunggu," balas Faqrul segak berpakaian malam itu.

"You nampak lain malam ni,"

"Really? Lain yang macam mana tu?" Soal Faqrul yang sudah tersengih. Memang dia tunggu saat-saat Tengku Arissya menyapanya begitu.

"Gaya pemakaian you,"

"Owh.. saja I ubah penampilan malam ni, you suka ke?"

"Apa pula tanya I, diri you kan. Kalau you selesa dengan penampilan baru tu apa salahnya," balas Tengku Arissya. Namun untuk gadis seperti dia, dia lebih suka lelaki yang tidak hipokrit.

"Owh ya.. you nak makan apa, orderlah," ucap Faqrul apabila pelayan restoran sudah ada di situ..

Tengku Arissya segera memesan makanan. Begitu juga Faqrul, pelayan restoran itu kemudiannya berlalu pergi dari situ seketika.

"Owh ya, you nak tanya I pasal rancangan untuk program tu kan, tanyalah.."

"Okay, hmm.. I sebenarnya nak buat satu program. Program ni untuk memantapkan jati diri student. So, you rasa kalau I buat program tu kat dalam hutan, okay tak?"

"Err.. why pilih hutan Faq?"

"Yelah, I nak adakan aktiviti yang mencabar kat dalam hutan tu dengan student,"

Tengku Arissya diam seketika, dia seakan sedang berfikir.

"Cik, encik makanan dah sampai," ucap pelayan restoran itu. Tengku Arissya senyum dan mengucapkan terima kasih. Sungguh sopan sekali.

"Arissya makanlah. Sambil bercakap kita dinner," balas Faqrul. Tengku Arissya mengangguk perlahan.

"I punya pendapat kan, elok kalau you buat di tempat peranginan,"

"You tak rasa ke tempat peranginan tu tak mencabar?"

"I rasa student lebih seronok kalau dapat ke tempat peranginan daripada kena masuk hutan. Dia orang dengar pun dah rasa takut,"

"Tak semestinya kat pantai tak boleh buat aktiviti yang mencabar. You mungkin boleh buat aktiviti bola tampar kat tepi pantai, best tau.. I pernah join dulu, tapi tak menanglah.." sambung Tengku Arissya.

Kata-kata Tengku Arissya buat Faqrul tersenyum. Gadis itu kalau bercakap dia punya aura boleh menggetarkan jiwa mana-mana lelaki.

"Faq! Hello.. helloooo.. kenapa ni?"

Boleh pula Faqrul mengelamun, dia kembali tersedar dari lamunannya apabila Tengku Arissya menyapanya.

"Eh, tak ada apa. Okay juga tu kalau I buat kat pantai. Tapi kat mana sesuai ya?"

"Pilihan I dah tentu kat Pulau Langkawi. Seronok kut,"

Faqrul tersengih, "Owh.. tempat bulan madu pilihan you rupanya,"

Tengku Arissya senyum, "Tak semestinya Pulau Langkawi tu sesuai untuk yang nak berbulan madu. Kalau nak pergi dengan student pun okay je,"

"You ikut I boleh? Kita pergi sana.." Ucap Faqrul membuatkan Tengku Arissya terkedu. Terdiam dia seketika.

"Arissya please.."

Tengku Arissya bertegas, "I tak boleh ikut you?"

"But why?"

"Tak manis kalau I ikut you ke sana, lagipun I bukan lecturer lagi kan, dah lain bidang. So, I harap you faham.."

"Arissya kita ke sana bukannya you dengan I aje, tapi ramai. Student I pun ada. Staf dua tiga orang, so tak salah kan. Boleh juga you tenangkan fikiran," Faqrul nampaknya seperti mendesak.

"Sorry, I masih banyak tanggungjawab kat sini.."

"Arissya tak lama pun, dua tiga hari aje. Please.."

"Faq jangan bersikap seperti budak-budak boleh tak!" Tengku Arissya sudah naik angin apabila didesak.

"I cuma nak you bagi masa untuk diri you tenangkan fikiran. Lagipun I..."

Pantas Tengku Arissya memotong, "Lagipun you tengok I ni macam tertekan sangat ya?"

"Arissya I tak bermaksud begitu.."

"Habis tu?"

"I just..."

"Okay, enough Faq. I tetap dengan keputusan I. Really sorry okay, I tak boleh ikut you.."

"Alright, I faham. Sorry Arissya kalau I nampak macam memaksa you,"

"It's okay," balas Tengku Arissya. Sudahlah dia penat, banyak kerja di ofisnya. Hal begitu pula terjadi. Di desak siapa suka.

Beberapa minit kemudian selesai makan malam mereka berdua, Tengku Harith Zaqwan gelisah. Nasib baik tidak terkantoi. Cepat-cepat dia menyembunyikan diri ditepi kereta yang ada di situ.

"Bang.. sedekah abang. Saya nak beli makanan," ucap satu suara budak lelaki.

"Nah, ni adik.."

"Banyak ni bang,"

"Tak apa, dik. Ambil aje, abang sedekahkan,"

"Terima kasih abang,"

Tengku Harith Zaqwan kembali fokus melihat ke depan. Kelihatan Faqrul sudah menaiki keretanya, mahu pergi dari situ. Tapi Tengku Arissya mana? Aik.. tidak pula kelihatan.

"Tengok apa tu?" Soal satu suara dari arah belakang Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan bingkas bangun, kemudian dia berpaling ke belakang dan alangkah terkejutnya dia.

"Tengok... errr.."

"Tengok siapa!" Marah Tengku Arissya geram.

"Tak tengok siapapun. Tengok tayar kereta ni haaa, tengah periksa kut bocor ke atau ada masalah lain,"

"Ni kereta I, tayar kereta I tak bocor pun.." balas Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan terkedu. Yelah ni kereta milik Tengku Arissya, aduh! Kenapalah kau boleh buat kesilapan Harith.

"You follow I kan? Why? You tak ada hak tahu buat I macam ni!" Marah Tengku Arissya.

"I.. I cuma..."

"Cuma apa?"

"Nak bagi alasan lagi ke?" Sambung Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan tidak terkata, hanya matanya merenung Tengku Arissya dengan pandangan yang terpilu.

"Harith, I tak suka you macam ni. I tak suka you masuk campur urusan I. Follow I macam ni. I rimas! I rimas tahu tak!"

"You perempuan Arissya, you sepatutnya jaga diri you.."

Tengku Arissya tersengih sinis, "You ingat I ni budak-budak ke hah? I dah besarlah Harith. I tahu jaga diri I. You tu kenapa nak sibuk pasal I ya. Tak ada kerja lain ke?"

"I tak suka you rapat dengan Faqrul.."

"You siapa nak halang I? You tahu tak dia tu siapa? Faq tu kawan baik I tahu tak. I kenal dia. I tahu dia macam mana. You jangan nak sibuk pasal I boleh tak.."

"I bukannya nak menyibuk pasal you, I cuma tak sukalah you keluar dengan dia. Time malam macam ni pula, pagi tak boleh jumpa ke?"

"Eh, you ni kan! Hisyh.. geramnyaaaaaa. Cakap apapun tak faham. Tepi!" Tengku Arissya menolak tubuh sasa itu ke tepi.. dia mahu masuk ke dalam keretanya.

"Arissya you marah I ke?" Soal Tengku Harith Zaqwan sambil mengetuk cermin pintu kereta itu. Tengku Arissya tidak peduli. Dia serabut. Sudahlah dia penat, ditambah lagi dengan sakit kepala.

Tengku Harith Zaqwan masuk ke dalam keretanya dengan perasaan kecewa dengan sikap Tengku Arissya. Tapi apakan daya dia, dia siapa nak halang Tengku Arissya berkawan dengan Faqrul?

Betul kata Hud Mikail, dia kini sedar siapa dia. Entahlah. Susah untuk dia fahami semuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience