Rate

BAB 67

Romance Series 197233

Rancak Aakif Aryanz dan Zulfiqar berbual-bual dengan Tengku Harith Zaqwan. Kedua lelaki itu siap tergelak. Tengku Harith Zaqwan memang bijak dalam mengatur strategi untuk mendekati Aakif Aryanz. Namun dia juga tahu, ada risiko yang bakal menanti di hadapannya.. tetapi akan dia lalui setiap sesuatu yang bakal terjadi itu dengan tenang. Dia lakukan semua ini demi Tengku Arissya. Satu-satunya gadis yang dia cintai.

"Okay bro, aku chow dulu! Ada apa-apa contact," ucap Aakif Aryanz sambil menepuk bahu Tengku Harith Zaqwan.

"Ha'ah.. kau boleh join kita orang lepak time malam kat rumah Darius. Ada barang baik punya, kau mesti suka!" Sampuk Zulfiqar tergelak penuh makna. Dahi Tengku Harith Zaqwan berkerut seribu. Dia tidak memahami maksud lelaki itu.. tapi akhirnya dia terpaksa juga mengukir senyuman buat-buat faham.

"Okay nanti aku lepak dengan kau orang. Eh, aku sambung kerja dululah, customer pun dah makin ramai ni.." balas Tengku Harith Zaqwan kembali menyambung kerjanya.

"I tak sure lagi Emir," ucap Tengku Elvia.

"So, masih banyak lagi kerja you kat ofis tu?"

"Kerja I memang banyak Emir, lagipun ada projek baru masuk. Takkanlah I nak biarkan papa aje yang handle syarikat tu. Kesianlah papa I.." balas Tengku Elvia yang baru selesai minum jus oren.

"Owh.. jadi lambat lagilah you nak ke Paris kan?"

"Maybe.."

"Horeyyy! Yes.. bolehlah I luangkan banyak masa bersama you sayang.."

"Amboi.. happy aje dia.."

"Mestilah I happy. I kan baru aje balik dari luar negara, tapi tulah you pula nak ke Kota Paris. So, bila I dengar macam ni.. you lambat lagi nak ke Paris I happylah.."

"Yup, I faham Emir. Tapi you janganlah sedih, kan I dah janji nak kahwin dengan you lepas I balik dari Paris.."

"Okay sayang.. thank's.."

Tengku Elvia senyum, "Owh ya.. Emir. Sejak you kerja kat ofis ni, I tengok you makin segak. Handsome. Style you ni danger!" Puji Tengku Elvia diiringi gelak tawa Tengku Emir Danish.

"You ni sayang I pakai simple aje.."

"Simple for you but not me!"

"Seriously, I pakai macam ni bukan sebab nak menarik perhatian perempuan.. tapi nak jaga image sebab dah kerja kan. That's all.." balas Tengku Emir Danish.

"I gurau aje Emir. It's okay. I suka you pakai macam ni. You nampak lebih woww.."

Tengku Emir Danish senyum, "Thank you dear. Semua ni pun sebab you yang ubah I.."

Mana mungkin Tengku Emir Danish lupa, bagaimana garangnya Tengku Elvia waktu itu.

"Aku dah selesalah dengan gaya penampilan aku ini. Biarlah kalau jambang aku penuh muka pun. Suka hati akulah!" Jerit Tengku Emir Danish marahkan Tengku Elvia apabila dia diminta untuk ubah gaya penampilannya dan everything.

"Nooo!!! Kau tak okaylah. Kau pakai seluar kembang setaman, kau pakai baju macam baju baby yang penuh sticker macam ni, baju dahlah besar. Selekeh tahu tak!" Jerit Tengku Elvia. Waktu itu pergaduhan antara mereka sangat hebat. Peperangan mulut itu disertai rasa ego.

"Kau hina aku?"

"Kenapa? Kau dah rasa pedas makan cili ke?" Balas Tengku Elvia menjerling tajam ke arah Tengku Emir Danish. Geram!

"Pedas tak pedas, tapi aku tak suka kau datang dalam hidup aku semata-mata nak ubah setiap gaya hidup dan imej aku. Kau tu siapa?"

"Aku Tengku Elvia! Aku tak kisah kau suka ke tak.. tapi aku buat semua ni demi kebaikan kau. Eh, kau seronok ke kena hina dengan Tengku Delisha? Wey! Aku dengar semualah setiap hinaan dia tu pada kau. Kau nak ke dia tu pandang remeh kat kau?"

Kali ini terdiam Tengku Emir Danish.

"Kau lelaki Tengku Emir Danish! Takkan kau tak sentap bila perempuan jatuhkan harga diri kau? Hina kau macam tu.." Sambungnya.

Terdiam lagi buat kali kedua Tengku Emir Danish.

"Kau bukan tak ada duit, kau anak orang kaya. Anak Datuk Qaid dan Datin Falida, lebih dari mampu, nak apapun kau boleh beli. Takkan kau sayang nak korbankan sikit duit kau tu untuk ubah setiap penampilan kau!"

"Tapi aku..."

"Bodoh! Asyik guna lagi perkataan 'tapi' tu. Perkataan 'tapi' tu sampai bilapun tak boleh buat kau bangkit. Kau dengar sini Emir! Kau dengar!" Jerit Tengku Elvia di hujung kata-katanya.

"Sakit fizikal boleh sembuh kalau ada usaha. Tapi kalau sakit hati orang boleh bawa sampai mati! Kalau kau tak nak sakit hati.. rasa marah, kau kena berubah. Ikut cakap aku, ubah penampilan kau. Aku memang bukan siapa-siapa, kawan pun bukan.. tapi Datuk Qaid dan Datin Falida sangat berharap aku boleh bantu kau.."

"Owh.. jadi kau buat semua ni sebab kedua ibu bapa akulah?" Soal Tengku Emir Danish kembali marah.

"Nooo!!!!" Jerit Tengku Elvia geram.

"Aku cuma nak kau jadi seorang lelaki yang kuat. Kalau kau terus macam ni, kedua ibu bapa kau akan sedih. Kau tahu kan, kau satu-satunya anak tunggal dalam keluarga ini. Boleh tak kau jangan selfish!" Sambungnya.

Tertunduk Tengku Emir Danish, kali ini semua egonya lebur. Sejak itulah dia bersetuju menerima perubahan dalam hidupnya. Tengku Elvia yang banyak mengubahnya. Kesayangannya memang baik hati. Dia takkan lupakan semua kebaikan gadis itu kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience