Rate

BAB 282

Romance Series 197165

"Ya Allah abang, penatnyaaa..."

Tengku Harith Zaqwan senyum melihat isterinya terus menjatuhkan tubuhnya dikatil, barangkali terlalu penat.

"Sayang tanggalkan dulu tudung tu kalau nak baring pun.."

"Biarlah Arissya penat ni," ucap Tengku Arissya sambil pejam mata. Perlahan saja dia menjawabnya.

Tengku Harith Zaqwan meletakkan barang yang dibelinya di atas meja, dia kemudiannya menanggalkan bajunya, terserlah tubuhnya yang sasa. Dia kemudiannya menuju ke arah isterinya.

"Arissya bangun.."

Tengku Arissya masih memejamkan matanya, cuba mengusir penat sambil menjawab, "Apa abang?"

"Bangunlah.."

Kali ini Tengku Arissya buka mata, dia terkejut, cepat-cepat dia bangun terduduk, "Eh, abang nak buat apa ni? Pergilah!"

"Apa sayang? Sayang fikir apa? Abang nak buka pin tudung sayang tu je.." ucap Tengku Harith Zaqwan... Dia mendekati isterinya, lalu pin tudung isterinya dibuka perlahan...

"Haa.. lain kali kalau sayang nak tidur, sayang kena tanggalkan tudung dulu. Takut tercekik ke atau kena pin tu, luka nanti.."

"Eeer... rrr.. Okay abang.."

"Cantik rambut sayang. Abang suka.." puji Tengku Harith Zaqwan tiba-tiba. Seram sejuk pula Tengku Arissya mendengarnya.

Merona merah muka itu, segan dipuji suaminya. Yelah Tengku Harith Zaqwan siap membelai rambut panjangnya. Dia dari tadi diam saja membiarkan suaminya membelai rambutnya.

"Tahu tak abang memang suka kalau perempuan rambut panjang, nampak macam princess. Dulu setahu abang rambut Arissya paras bahu je, ni dah panjang paras pinggang. Cantik. Sayang memang sesuai rambut panjang. Sayang jangan potong pendek tau.. macam ni cantik.." puji Tengku Harith Zaqwan lagi.

"Sayang are you okay? Kenapa diam je dari tadi? Ada apa-apa melekat kat muka abang ke? Ke ada apa kat tubuh abang?" Soal Tengku Harith Zaqwan sambil meneliti tubuh sasanya.

"Errr tak ada apalah.."

Tapi tiba-tiba Tengku Harith Zaqwan tergelak, "Haa..abang tahu ni mesti sayang tergoda dengan abang kan? Sebab tengok abang seksi? Kan.. kan?"

"Mana adalah, abang ni apalah!" Ucap Tengku Arissya.

"Yelah tu kan..." Balas Tengku Harith Zaqwan.

"Tak adalah! Abang pergilah tidur kat atas sofa tu. Arissya nak tidur kejap sebelum maghrib.."

"Alah abang tidur sinilah.."

"Alaa... abang kan dah janji. Mana boleh mungkir janji.." ucap Tengku Arissya.

"Okaylah abang tidur kat sofa. Ni tudung sayang abang sangkut sini yee.."

"Okay abang.." balas Tengku Arissya yang sudah menutup tubuhnya dengan selimut sampai ke muka. Dia tersenyum sendiri dalam selimut itu. Sebenarnya dia tercuit dengan kata-kata suaminya. Dia rasa itulah pandangan suaminya pada dia tentang rambutnya. Dia tak sangka suaminya masih ingat semua tentang dirinya. Benarlah Tengku Harith Zaqwan sangat mencintainya.

"Sayang tak lemas ke tidur tutup lingkup macam tu.. dah macam hantu bungkus.." usik Tengku Harith Zaqwan.

Tak pasal-pasal Tengku Arissya lempar bantal ke arah suaminya yang tergelakkan dia.

"Amboi, garang! Tapi abang lagi suka.. cantik!"

"Abangg!"

"Okay-okay abang tak usik dah, tidurlah. Nanti abang kejutkan sayang bangun dekat nak maghrib.." balas Tengku Harith Zaqwan yang masih tersengih.

Tengku Harith Zaqwan baring di sofa, dia sedang memandang skrin handphonenya. Beberapa minit sudah berlalu, Tengku Arissya sudah pun terlelap tidur kerana kepenatan.

Tiba-tiba terdengar deringan telefon milik Tengku Arissya di atas meja kecil berdekatan katil. Tengku Harith Zaqwan bingkas bangun. Dia melihat skrin telefon itu, untuk melihat siapa yang menelefon isterinya.

Angin satu badan dia bila melihat satu nama 'Riel'. Dia tahu nama itu milik Airel Azumi.

"Cis tak guna!" Ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan. Mahu rasanya dia menjawab panggilan itu dan memberitahu segalanya.

Sudahlah banyak kali Airel Azumi menelefon isterinya. Memang nak makan penumbuk agaknya.

Sungguh, pada saat itu ketenangan Tengku Harith Zaqwan diragut. Dia 'silent' kan telefon milik isterinya. Dia tak mahu isterinya tersedar, terganggu gara-gara lelaki tak guna tu, sebelum dia keluar tenangkan hatinya dengan menatap langit pada petang itu.

Dia tak peduli, kali ini apa nak jadi, jadilah. Kalau lelaki itu berlebihan gila, tahulah nasibnya macam mana. Terlalu banyak dia bersabar dengan Airel Azumi selama ini. Berdiam diri dengan segala perbuatan jahatnya terhadap dirinya.

Dulu dia banyak berdiam diri kerana tidak mahu menimbulkan masalah, dia tidak mahu mamanya risau. Dia hadap semua benda tu walaupun sakit, tapi kali ini jika Airel Azumi cuba menzaliminya lagi. Tahulah dia macam mana nak buat. Akan dia tamatkan semuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience