Rate

BAB 21

Romance Series 197165

Tengku Arissya menapak ke sofa bersama secawan kopi pada malam itu. Dia mencapai handphonenya. Dia scroll group whatsapp familynya. Tersenyum sendiri dia tengok Tengku Elvia shopping sakan. Ada beberapa keping gambar yang dimuatnaik ke whatsapp group family. Adalah beberapa text Tengku Arissya balas dalam group itu.

Baru saja dia mahu meletakkan handphonenya di atas meja kecil bersebelahannya, ada satu panggilan masuk daripada papanya. Segera dia menjawab panggilan itu.

"Tak ada buat apa papa. Tengah minum kopi aje ni. Sunyi juga ada kat sini sorang-sorang." Luah Tengku Arissya.

"Arissya perlukan temanlah tu. So, bila nak kahwin? Belum jumpa jejaka idaman ke?" Soal Datuk Mustaqim sekadar ingin menduga anaknya.

Tengku Arissya tergelak kecil, "Tak ada masa nak cari jejaka idaman papa. Malas nak fikir soal jodoh ni.."

"Papa tak minta Arissya fikir, jodoh tu Allah yang aturkan. Cuma Arissya tu perlu buka hati tu untuk seseorang. Nanti cepatlah jodoh sampai.."

"Papa nak cakap apa sebenarnya ni?" Soal Tengku Arissya.

"Papa maksudkan pasal lelaki tu kan?" Sambungnya. Bila bercakap soal Tengku Harith Zaqwan, Tengku Arissya akan angin satu badan. Dia tak suka dengar.

"Lelaki tu? Arissya.. nama menantu papa tu Tengku Harith Zaqwan. Bukannya tak ada nama. Cuba panggil elok-elok," tegur Datuk Mustaqim.

"Papa kan yang bagitahu dia yang Arissya kat Paris?"

"Ya, papa yang bagitahu Harith. Kenapa?"

"Arissya tak suka! Papa dah mungkir janji. Dulu papa janji akan rahsiakan keberadaan Arissya di Kota Paris. Tapi sekarang papa izinkan lelaki yang pernah lukakan hati Arissya ke sini. Why?"

"Sebab Harith tak bersalah Arissya. Percayalah cakap papa. Dengar apa yang dia nak jelaskan pada Arissya. Papa tak tahu semua.. sebab dia cuma cakap dengan papa yang....."

"Enough papa! Arissya tak nak dengar apa-apa lagi pasal dia. Semua tu dah berlalu. Tak perlu dia nak jelaskan apa-apa lagi!" Balas Arissya memotong kata-kata Datuk Mustaqim.

"Inilah masalah anak papa. Tak pernah bagi orang lain peluang kedua. Dari dulu sampai sekarang degil! Ikutkan sangat rasa sakit hati tu. Kalau Arissya terus bersikap macam ni papa rasa sampai bila-bila pun masalah takkan selesai.."

"Antara kami berdua tak ada masalah apa-apa papa." Marah Tengku Arissya.

"Okaylah, suka hati Arissyalah. Tapi satu aje papa nak pesan, jangan disebabkan nak menangkan ego sendiri Arissya menyesal suatu hari nanti. Take care yourself dear, goodnight. Assalamualaikum..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience