Rate

BAB 49

Romance Series 197233

Semasa Tengku Elvia mahu keluar lunch dengan buah hatinya, dia terserempak dengan Datuk Mustaqim di tingkat bawah.

"Papa.. nak ke mana tu? Tergesa-gesa nampak," sapa Tengku Arissya.

"Owh, papa nak jumpa klien kejap. Ni Elvia nak ke mana?"

"Lunch dengan Emir. Kalau papa tak jumpa klien boleh lunch sekali dengan kita orang. Papa pun belum jumpa dengan Emir lagi kan," balas Tengku Elvia.

Datuk Mustaqim tersenyum, "Tak apa papa jumpa lain kali dengan menantu papa tu. Elvia pergilah lunch. Sampaikan salam papa pada Emir.."

"Okay pa, take care!" Ucap Tengku Elvia berpisah arah dengan Datuk Mustaqim.

Tengku Elvia memandu sendiri menemui Tengku Emir Danish untuk makan tengah hari. Sampai saja di Laman Grill Steak & Bar-B-Que Steakhouse Tengku Elvia menapak ke arah restoran mewah itu.

"Hai Emir, dah lama tunggu?" Sapa Tengku Elvia.

"Hai dear. It's okay, I pun baru aje sampai ni. Duduklah," balas Tengku Emir Danish bingkas bangun menarik kerusi untuk Tengku Elvia duduk.

"Thank you.."

"You're welcome. So, you nak lunch apa hari ni?" Soal Tengku Emir Danish.

Kelihatan pelayan restoran sudah ke situ untuk mengambil pesanan menu dari pelanggannya.

"I nak steak Australia and jus orange.." Menu Tengku Elvia pada tengah hari itu.

"You Emir?"

"Sama menu dengan I punya buah hati ya," balas Tengku Emir Danish pada pelayan restoran itu. Tengku Elvia tersenyum mendengarnya.

"Okay, thank you!" Balas pelayan restoran itu penuh hormat.

"Kenapa you punya menu lunch hari ni sama dengan I?"

"Sebab selera I hari ni sama dengan youlah sayang," balas Tengku Emir Danish diiringi gelak kecil Tengku Elvia.

"You mengada betul!"

"Sekali-sekala mengada apa salahnya kan.."

"Elvia serius I rindu sangat nak makan kat sini, tu yang I ajak you lunch sini. Sorrylah kalau tempat ni jauh sikit dari ofis you.." sambungnya..

"No problem Emir. It's okay. You pun baru balik dari Melbourne, so I faham kehendak you tu.." balas Tengku Elvia. Dia memang seorang yang sangat memahami.

Tengku Emir Danish memang suka ke Laman Grill Steak & Bar-B-Que Steakhouse. Mustahil untuk walau satu pun hidangan di restoran ini tidak mencapai standard rasa yang sepatutnya kerana restoran ini diasaskan oleh bukan orang yang calang-calang, tapi oleh chef yang berkaliber. Pendek kata, deria rasa pelanggan yang datang berkunjung menikmati makanan di sini dapat terbang dari satu negara ke satu negara dengan hanya duduk di dalam sebuah restoran.

"Dear.. bila kita nak kahwin ni?" Soal Tengku Emir Danish tiba-tiba bercakap mengenai perkahwinan.

"Entah.."

"You I serius ni," balas Tengku Emir Danish.

"Kenapa you nampak sedih bila I sebut pasal kahwin?" Sambungnya lagi.

"I bukan tak nak kahwin tapi I nak settle masalah kakak I dulu. Dia punya problem banyak lagi," balas Tengku Elvia. Sebelum ini pun Tengku Emir Danish tahu mengenai kakaknya.. tapi tidaklah tahu tentang perkara yang Tengku Elvia sedang perkatakan.

"Masalah rumahtangga Kak Arissya ke?"

"Ha'ah.. I dengan papa tengah usaha untuk menyatukan kakak I tu dengan Abang Harith semula, bekas suaminya.." balas Tengku Elvia.

"Tapi tu bukan masalah you kan sayang. Biarlah dia orang settle sendiri, kan masing-masing dah matang dan dewasa," ucap Tengku Emir Danish.

"You takkan faham Emir. Jadi biarlah kita cakap soal ni lain kali ya. Masa I pun tak banyak ni, kejap lagi dah nak masuk ofis. Jomlah kita lunch dulu. Makanan pun dah sampai tu," balas Tengku Elvia. Dari jauh dia lihat pelayan restoran di situ membawa hidangan makanan yang dipesan tadi.

"Okaylah.. kita makan aje dulu," ucap Tengku Emir Danish.

"Oh ya, lupa I nak bagitahu you yang papa kirim salam," ucap Tengku Elvia yang sudah menjamah makanan.

"Wa'alaikumussalam. Nanti kalau papa you free, I nak ke rumah you. Lama tak jumpa uncle," balas Tengku Emir Danish.

"Kalau you nak datang rumah I whatsapp bagitahu dulu sebab I takut papa busy tak ada kat rumah," pesan Tengku Elvia. Faham benar dia dengan kerja papanya.

"Of course I akan bagitahu you," balas Tengku Emir Danish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience